Wednesday, December 7, 2022

Harga Telur: Anwar Berjanji, Mat Sabu Mungkiri.. Kenapa?



SHAH ALAM - Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu masih 'mengunci mulut' meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Anwar sebelum itu memaklumkan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada Selasa.

Namun beliau dalam kenyataan hanya menyatakan mengenai langkah mengimport telur daripada beberapa negara sudah dikenal pasti dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.

Katanya, itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.

Bagaimanapun, Mohamad langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu.

Di Semenanjung, harga siling bagi telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C.

Di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.

Isu telur ayam mula hangat susulan dakwaan bahawa barangan asas itu semakin berkurangan di pasaran sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga.

Dalam pada itu, Anwar turut ‘menegur’ Mohamad ekoran masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

“Ini telur tak dak,” katanya kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam loghat utara ketika bersalam dengan Presiden Amanah itu sebelum mesyuarat khas kabinet hari ini.

Dalam perkembangan lain, seramai kepada 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, pada Rabu.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Saingan itu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Manakala dua lagi pencabar adalah Mohd Bakhri Hashim mewakili Warisan dan calon Bebas, Sreanandha Rao.

DUN Tioman pula bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas.

Calon wanita tunggal, Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Justeru, parti manakah yang berjaya memenangi kerusi kedua-dua kawasan berkenaan.

PRU15 di kedua-dua kawasan itu ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini, iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai, dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk DUN Tioman lapor Sinar Harian

No comments:

Post a Comment