Terdapat liputan media yang meluas selepas beberapa ahli Bersatu Sabah bertindak keluar parti mereka. 

Justeru, persoalan yang timbul ialah adakah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang baharu terpakai kepada mereka.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan parti politik. GRS adalah gabungan politik berdaftar rasmi. Salah seorang ahlinya merupakan ahli parti politik Bersatu. 

Jadi ia adalah gabungan politik parti politik bukan parti politik individu. 

Secara dasarnya parti politik adalah ahli kepada GRS bukan individu parti masing-masing. B

agaimanapun semakan mesti dilakukan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk melihat sama ada individu tersebut adalah ahli parti GRS. 

Saya meragui perkara ini kerana individu yang sudah menjadi ahli parti masing-masing seperti Bersatu, PBS, Star, dan lain-lain tidak boleh menjadi ahli parti politik lain.

Di bawah Perkara 49A baharu, Jika ahli Parlimen meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti politik tertentu, dalam kes ini parti Bersatu, ahli Parlimen tersebut perlu mengosongkan kerusinya di bawah undang-undang baharu.

Satu-satunya pengecualian jika parti politik itu sendiri misalnya Bersatu adalah berhijrah secara en bloc dari satu gabungan parti politik ke parti politik yang lain. 

Dalam kes ini hanya ahli tertentu Bersatu yang berhijrah ke gabungan lain.

Kita juga perlu melihat apabila calon-calon ini bertanding dalam PRU, mereka adalah ahli parti mana dan di bawah manifesto parti mana yang mereka wakili semasa Pilihan Raya Umum (PRU).

Pada asasnya Artikel 49A Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

1. Selepas pilihan raya jika ahli Parlimen meletak jawatan atau berhenti menjadi ahli parti politik, kerusinya kosong. Ia tidak menyebut tentang gabungan politik.

2. Jika Ahli Parlimen menyertai parti politik lain, mereka juga perlu mengosongkan kerusinya. Jadi jika dalam kes ini, Ahli Parlimen memilih untuk keluar Bersatu, adakah mereka tidak akan menyertai parti lain?

GRS bukan parti politik berdaftar tetapi gabungan parti politik berdaftar.

Jadi sekarang, jika individu-individu Ahli Parlimen ini keluar dari Bersatu, parti politik manakah mereka sekarang? 

Sebarang pertukaran parti daripada parti asal mereka akan membangkitkan persoalan berhubung Artikel 49A.

Ada yang mengatakan 49A baharu tidak terpakai untuk Sabah kerana ia belum dibentangkan dan diterima pakai. 

Saya percaya ini hanya berkaitan dengan kerusi DUN bukan kerusi persekutuan. 

Perlembagaan Persekutuan terpakai kepada semua termasuk Sabah dan Sarawak. 

Perkara 49A mengenai anti lompat telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu secara semula jadi ia mengikat semua ahli Parlimen Dewan rakyat.

Bagaimanapun di bawah 49A, ia terserah kepada Yang di-Pertua Dewan untuk mengesahkan kekosongan sementara sekiranya ada menerima pemberitahuan bertulis daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat.

Rajan Navaratnam

Peguam

*Kenyataan asal dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke bahasa Melayu.