Sunday, December 18, 2022

suka suka hati jer kosong kerusi....

 

Bukan mudah bapa buat keputusan kosongkan kerusi'

Mohammed Taufiq (tengah) bersama Johari (kanan) dan ibunya, Noraini Mohd ketika diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU15.
Mohammed Taufiq (tengah) bersama Johari (kanan) dan ibunya, Noraini Mohd ketika diumumkan menang kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU15.
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari menyifatkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun oleh bapanya, Datuk Johari Abdul dibuat selepas menimbangkan pelbagai aspek.

Beliau berkata, sebagai anak yang menyambung legasi Johari di Parlimen tersebut selepas tiga penggal disandang bapanya, ia bukanlah suatu keputusan yang mudah.

“Saya percaya keputusan bapa (Johari) untuk mengosongkan kerusi DUN Gurun bukanlah sesuatu yang mudah, sudah pasti banyak pertimbangan yang telah dibuat oleh beliau sebelum memutuskan perkara tersebut,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Mengulas sama ada keputusan Johari itu didorong oleh pencalonannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat oleh Pakatan Harapan (PH) yang akan bersidang esok buat kali pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohammed Taufiq sekadar menyifatkan ia spekulasi selagi lantikan belum dibuat.

“Saya tidak mahu membuat sebarang komen atau respon terhadap spekulasi yang wujud. Kita harus hormati dan tunggu sehingga pengumuman,” katanya lagi.

Spekulasi pencalonan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai Speaker Parlimen seakan menjadi kenyataan apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Gurun pada Ahad.

Dalam satu kenyataan menerusi rakaman video, Ketua Pembangkang DUN Kedah itu mengesahkan telah mengutuskan sepucuk surat bertarikh 13 Disember 2022 kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat bagi memaklumkan peletakan jawatan tersebut.

Johari berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal sejak 2018, namun tidak menyertai PRU15, selepas digantikan anaknya, Mohammed Taufiq yang menjadi satu-satunya wakil rakyat PH yang menang di Kedah.

No comments:

Post a Comment