SURAT ARAB
Dalam mahkamah, bukan semua yang dicakapkan oleh saksi boleh diterima. Saya dah tulih dulu, kredibiliti atau “kebolehpercayaan” saksi itu paling utama.
Saksi yang ada perlu ada bukti dan saksi lain untuk dokong cakapnya. Kalau tiada, the very least, apa yang dia cakap perlu kredibel, tak putar alam jua.
Sama juga hukumnya, kalau bukti dokumen. Dokumen yang dimasukkan sebagai bukti di Mahkamah perlu lah yang boleh kita percaya.
Kalau dokumen fotostat, bukan ori punya, Mahkamah akan letak tepi dahulu. Sehingga orinya ada. Takpun pembuat surat datang jadi saksi untuk sahkan dokumen tersebut.
Ini dipanggil BEST EVIDENCE RULE. Termaktub dalam Seksyen 61 Akta Keterangan 1950.
Kalau setakat dokumen fotostat, ntah siapa2 yang buat, takkan la Mahkamah nak terima saja2. Sedangkan kita dapat surat fotostat pun kita pikir dua kali nak percaya.
Bab derma Arab ni saya nak komen sikit. Dalam kes SRC, Mahkamah melalui 9 hakim yang bijaksana, dah tolak mentah2 surat Putera Arab di bawah. Diputuskan hanya sandiwara.
Kenapa?
1. Surat fotostat jua, orinya mana?
2. Penulis surat tak dibawa ke Mahkamah untuk sahkan kandungan surat.
3. Penulis surat pun kita tak tahu siapa. Mereka kenal pasti sebagai Putera Arab, tapi kalau google namanya, beliau hanya Menteri Dalam Negeri (Minister of Interior) dan bekas Gabenor Madinah. Ntah ya ntah tidak dia yang bagi surat ni. Tiada surat Kerajaan Arab lain yang sahkan.
4. Dia bagi surat peribadi, bukan surat rasmi Kerajaan, walhal katanya derma sampai RM2.3bilion. Takkan la Putera Arab saja2 campak masuk akaun peribadi, walau pun kepada seorang Perdana Menteri.
5. Bukti money trail, duit tu bukan dari Putera Arab tapi dari SRC. Tiada bukti money trail datang dari Arab pun.
Dalam kes 1MDB pula, trick yang sama diguna. Pegawai Bank diminta sahkan itu duit Raja Arab hanya berpandukan surat fotostat macam ni. Yang Ambank minta untuk buka akaun.
Saya taknak komen banyak, sebab kes masih berjalan. Subjudis pula nanti.
Cuma satu, kita kena tahu. Jangan termakan spin dan auta. Selalu semak fakta. Kes di Mahkamah bukan pakai logik akal influencers jembalang. Mahkamah pun ntah2 mereka tak pernah datang.
Ada peraturannya yang perlu diikuti. Kalau tak ikut, ranap la sistem keadilan nanti.
Kalau level ni, boleh diterima sebagai bukti. Lepas ni scammer menipu orang kampung, boleh lepas dengan pakai surat fotostat. Tak ke musibat?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
No comments:
Post a Comment