Wednesday, October 5, 2022

Orang paling berkuasa di Malaysia - Tertipu dengan konsep demokrasi

 


   Mohd Shubhi        Monday, October 3, 2022


Saya dapat dan baca artikel yang ditulis oleh Mariam Mokhtar dalam grup wasap kawan-kawan sama pengajian. Pautan artikel tu ada dalam portal Malaysiakini berbahasa Inggeris di sini. Kalau tak subscribe tak leh baca habis artikel tu di portal tersebut.

Tapi tak apa kalau tak baca pun. Barangkali ada yang dah kongsikan dalam grup wasap yang anda sertai.

Point penting yang Mariam Mokhtar tu nak bagi tau adalah tentang siapa sebenarnya orang yang paling berkuasa di Malaysia.

Dia round satu persatu dari Tun Mahathir yang offer jadi perdana menteri sekali lagi, Zahid yang terlepas dari tuduhan 40 penyamun tarbus, Ismail Sabri yang sangat berbangga kecek malay depan semua orang putih, Anwar Ibrahim yang hanya suka orang muda buat teman saja tapi tak mau bagi orang muda memimpin, Haji Hadi yang tak segan silu tuduh punca rasuah pada bangsa dan agama lain tanpa berikan sedikit pun bukti kajian atau bancian ...

Habis semua dia pusing termasuklah ketua polis negara.

Cuma tak ada lansung Pemimpin Cina atau India termasuk dalam senarai ulasannya sebagai potensi orang paling berkuasa di negara kita. Barangkali dia terlupa.

Dari semua rumusan panjang lebar menolak kesemua orang yang ada sekarang sebagai orang paling berkuasa di Malaysia, akhirnya dia membuat rumusan siapa sebenarnya yang paling berkuasa.

Jawapannya adalah anda!

Ya! anda yang sedang baca artikel ni. yang baca artikel Mariam Mokhtar tu. Asalkan anda prihatin untuk turun ke pusat pengundian buat memangkah pemimpin politik pilihan anda.

Dia menyeru agar anda tunjukkan kuasa yang ada ketika PRU 15 nanti. Ketika itu baru semua orang sedar bahawa mereka berkuasa untuk menentukan siapa yang layak memimpin Malaysia.

Tertipu dengan demokrasi

Memang rasa ada sedikit semangat naik ketika baca artikel Mariam Mokhtar. Bagi yang dah lama bosan dengan pemimpin yang ada, tak sabar nak turun mengundi buat pilihan. Terajang mana yang tak betul dan menangkan mana yang lurus.

Tapi anda sendiri tahu itu hanyalah mimpi di siang hari. 

Dah berpuluh tahun pergi memangkah dari semenjak lepas merdeka takkan tak boleh nampak lagi demokrasi hanya bagi semua rakyat syok sendiri sahaja.

Kononnya anda ada kuasa. Kononnya rakyat ada kuasa tentukan sesebuah negara. Maka kita, anda dan saya, yang merupakan sebahagian dari anggota rakyat itu terus teruja dan rasa ada kuasa.

Satu undi tak dapat membantu apa-apapun. Ertinya anda seorang tak mampu tentukan satu bendapun kecuali kat mana nak lepas berak. Itu saja. Itupun jika senak masih ada dalam kawalan. Kalau terlalu senak sangat, mau lepas terhambur di mana saja anda berada.

Perlu ingat bahawa demokrasi adalah konsep yang majoriti akan menang. Kat situlah trik yang mereka tak mahu anda sedar.

Dalam mana-mana zaman sekalipun, dari zaman Firaun sehingga sekarang, kumpulan yang jauh lebih ramai akan sentiasa kalah dengan kumpulan lebih kecil sebab yang ramai lebih sukar berkali ganda untuk bekerjasama.

Lebih kecil kumpulan itu, lebih mudah bekerjasama. Maka kumpulan elite kat atas sana dengan mudah berkompromi bernego, bertolak ansur untuk masing-masing mencapai hasrat peribadi mereka.

Manakala kita yang kononnya dengan senjata satu undi satu kuasa tu yang kononnya powerfull hanya akan menang seandainya kerjasama dapat dicapai sepakat membawa berkat. 

Mana mampu nak capai kerjasama dalam keadaan berjuta-juta pengundi tu.

Sedangkan nak dapatkan kerjasama satu kampung pun sukar. Inikan pula kerjasama satu negara untuk tewaskan pemimpin yang korup!

Anda akan tanya bukankah pilihanraya juga yang telah jatuhkan Najib, jatuhkan dan naikkan Anwar Ibrahim atau jatuhkan PAS atau naikkan PAS di Terengganu atau di Kelantan dulu.

Ya!

Mana-mana pemimpin akan jatuh bila yang duduk kat atas tu berbincang dengan kumpulan mereka untuk naikkan atau jatuhkan mana-mana pemimpjn yang mereka tak suka. Itu saja. Bukan sebab engkau dan aku yang pangkah bongok!

Semua adalah caturan di peringkat atasan. Dari awal lagi dalam bab siapa nak masuk bertanding siapa nak jadi kambing hitam siapa nak jadi badut dan siapa nak jadi orang kaya baru, kesemuanya mereka yang catur dan susun.

Jangan lah buat tak faham keadaan sebenar puak-puak pemimpin di atas tu. Mereka senyum saja tengok rakyat terkial-lial cuba bekerja sama konon. Itu benda hampir mustahil!

Tak ada dalam sejarah setakat yang saya baca kumpulan majoriti naik berkuasa terutamanya ke arah kebaikan. Kalau naik juga hanya sementara saja sebab tak lama lepas tu mereka berbunuhan sesama sendiri pula sebab tak dapat kata sepakat.

Macam itulah selama ini manusia di momokkan dengan demokrasi untuk lenakan anak adam dengan harapan bahawa mereka lah yang menentukan percaturan negara mereka sendiri. Itu hanya mainan dan tipu daya syaitan sahaja.

Bila naik orang yang tidak disukai oleh kumpulan yang lebih berkuasa di atas sana, mereka akan mudah jatuhkan saja pemimpin tersebut. Paling mudah jika negara tu amalkan demokrasi.

Kalau negara yang tak amalkan demokrasi, mereka akan serang saja dengan berbagai alasan bodoh. Sebab mereka tahu susah nak turunkan pemimpin yang berkuasa secara apa yang mereka panggil kuku besi.

Negara Cina tak bagi kuasa mengundi pada rakyatnya. Mampus porak peranda negara seramai itu jika amalkan kerja mengundi pilih ketua. Mereka pakai sistem terpilih saja dan hanya segelintir sahaja yang akan tentukan siapa naik siapa turun.

Jadi macam mana nak naikkan orang yang betul?

Macam yang saya kata. jaga diri kamu, jaga keluarga kamu. Jangan jadi macai ahli politik yang membuta tuli. Buat kerja yang terbaik mungkin dan jangan kompromi dengan syaitan.

Paling penting jangan percaya demokrasi akan selamatkan negara Malaysia ! semua itu bohong Puan Mariam Mokhtar oi.

Tiada solusi sebenarnya. Dalam keadaan sekarang, jika ada orang yang betul-betul layak dan ikhlas mahu ubah halatuju negara, dia tak akan mampu naik jadi perdana menteri dengan mudah macam tu saja sebab semuanya dan berakar umbi mencengkam segenap sistem menentukan siapa berkuasa di negara kita malah di dunia.

Sekali lagi. Jaga diri kamu. Jaga keluarga kamu .. itu saja

No comments:

Post a Comment