Tuesday, October 4, 2022

Ismail Sabri: Rundingan Umno-PAS tak gagal sehingga diumum gagal

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata rundingan kerjasama antara PAS dan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 akan diteruskan.

Terdahulu, Ismail yang juga naib presiden Umno ditanya jika rundingan itu telah gagal.

"Perundingan akan diteruskan, Timbalan Presiden (Umno Mohamad Hasan) dah diminta untuk meneruskan perbincangan.

"Jadi, itu diteruskan, bukannya gagal sehingga lah diumumkan gagal itu gagal, sehingga itu tidak gagal," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

ADS

Rundingan tersebut telah meletakkan PAS dalam kedudukan yang sukar, kerana Umno mahu parti Islam itu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, PAS terus bertegas agar ketiga-tiga parti itu perlu bekerjasama.

PAS cuba menyasarkan Pakatan Harapan sebagai musuh utama ketiga-tiga parti berteraskan Melayu-Islam itu.

Bagaimanapun, Bersatu yang juga rakan kongsi PAS dalam gabungan PN, telah mengisytiharkan BN pimpinan Umno sebagai musuh utama mereka.

PAS dijangka membuat keputusan muktamad akan berpihak PN atau BN pada minggu ini.

No comments:

Post a Comment