KEENGGANAN pembangkang yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan pihak berkenaan takut untuk kehilangan kuasa memerintah.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembangkang enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.
Jelas beliau, kem pembangkang juga dilihat mencipta naratif yang Barisan Nasional (BN) tamak kuasa apabila meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.
“‘Dalil’ baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.
“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.
“Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak.
“PRU-15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan.
“Justeru, dimanakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pembangkang dilihat sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.
Katanya, alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.
Tambah beliau, rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik pembangkang ~ UtusanTV
No comments:
Post a Comment