bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my
- Oktober 31, 2022 @ 11:37pm
KUALA LUMPUR: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), didakwa tidak mengikut kaedah ditetapkan Perlembagaan parti.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata itu antara dakwaan yang berlegar membabitkan spekulasi calon BN biarpun parti lawan sudah mengumumkan senarai calon mereka yang dikatakan sarat dengan personaliti 'big and heavyweight'.
"Bakal calon (BN) sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu...justeru, 'rumours' (khabar angin) mula tersebar.
"Nampaknya, walau Perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan," dakwanya menerusi perkongsian dalam Facebook beliau, malam ini.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu mendakwa, biarpun Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO) diberi kuasa berunding bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT), senarai calon ditapis lagi oleh 'pihak lebih tinggi'.
Malah, beliau berkata, kedengaran banyak khabar angin mendakwa calon 'winners' yang boleh menang 'dipancung' atau tidak disenaraikan, terutama yang rapat dengan Perdana Menteri, walaupun dijanjikan bahawa bakal calon adalah dalam kategori WALI, iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) serta 'likeable' (disenangi).
"Tapi itu 'rumours' (yang tidak semestinya tidak berasas)
"Apapun, kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk berunding dan memilih. Menjadi calon tidak boleh diminta-minta. Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah, tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.
"Jika tidak, berkubur dua kali. Kurangkan spekulasi. Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi," tulisnya lagi.
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my
- Oktober 31, 2022 @ 11:37pm
Tan Sri Annuar Musa - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

No comments:
Post a Comment