Tuesday, October 4, 2022

PN tolak PRU15 tahun ini

 

mk-logo
BERITA

Diterbitkan:  Oct 4, 2022 2:55 PM
Dikemaskini: 3:11 PM

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata menteri gabungan itu diarahkan untuk tidak bersetuju dengan pilihan raya umum yang diadakan tahun ini dalam mesyuarat kabinet.

"Semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional juga diminta mengambil pendirian yang sama,” kata Muhyiddin pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, PN berpendirian bahawa PRU15 tidak wajar diadakan pada tahun ini memandangkan Monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi "dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur."

"Mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya di samping menyusahkan rakyat.

ADS

"Kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik,” kata Muhyiddin.

Dia berkata kerajaan perlu memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh selain mempercepatkan pemulihan negara selepas pandemik dan bukannya memikirkan pilihan raya umum.

"Rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit di samping proses pemulihan negara yang masih perlahan.

"Penyelesaian kepada permasalahan ini mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023," katanya lagi.

ADS

Majlis Tertinggi Umno telah mengisytiharkan pada Jumaat lepas bahawa pilihan raya umum perlu diadakan dalam waktu terdekat pada tahun ini dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mencadangkan tarikh membubarkan Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong tidak lama lagi.

Sejak itu, timbul spekulasi kuat bahawa perdana menteri mungkin menasihatkan Agong untuk membubarkan parlimen sebelum Bajet 2023 dibentangkan petang Jumaat ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menjelaskan dia selalu menghadap Agong sebagai taklimat pra-kabinet biasa.

Perdana menteri juga berkata tiada siapa boleh mempengaruhi beliau dalam menasihati Agong tentang tarikh pembubaran Parlimen.

No comments:

Post a Comment