Monday, October 31, 2022
UMNO CUBA TAMATKAN KARIER POLITIK KHAIRY, KATA PEMERHATI
KHAIRUDDIN CALON UMNO TANDING KUALA NERUS, KATA PEMIMPIN NEGERI
WOIT
INI SEMUA
TANDA TANDA
AKAN BERLAKU
KEMAH BESAR
BARU
AMIN
KEMAH BESAR
LEPAS PRU
AMIN
KHALAS
Kena Sailang Barulah Ada Akal
Bhai/DeeDee semua...
Kalu gua berada di tempat Ahmad Zahid Hamidi .... memang nama Shahidan Kassim, Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Ismail Sabri dan ramai lagi memang takder tempat dalam senarai calon PRU15... tak kisah la di DUN atau Parlimen....
Sebab mereka tak bersetia bersama UMNO dan kepimpinan masa UMNO berada di titik paling lemah selepas PRU14...
Itu ja....
Takder dolak dalik.. takder bincang-bincang bagai... semua tue karut... Masa tengah UMNO lemah... depa semua naik tocang... siap cakap itu ini... siap kutuk itu ini... siap tuduh itu ini....
Jadi ... selaku Presiden Parti UMNO.... buat apa nak simpan mangkuk-mangkuk nih semua... kasik habis semua sekali... baru padan muka depa... UMNO kuat balik pon bukan sebab pengaruh depa pun.... semua pengaruh akar umbi....
Buang masa jer layan depa....
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz7jMtgukmj
PH Dah La Tak Kuat, Tapi Bertelagah Sesama Sendiri
Bhai/DeeDee semua...
Depa ingat Pakatan Harapan (PH) nih cukup kuat.... Cukup dapat sokongan besar dari rakyat (pengundi)... Depa ingat pengundi akan undi depa sama macam impak pada PRU14 .... Tapi depa silap ... silap besar...
Gua tau tulisan gua nih akan mengundang amarah dari kawan-kawan yang dok dalam Pakatan Harapan... yang dok dalam DAP... yang dok dalam PKR ... dan yang dok dalam AMANAH...
Tapi...
Seperti mana lu orang tau... gua akan bercerita tentang akar umbi... gua akan bercerita tentang marhaen mustad'afin... gua akan bercerita tentang pengundi atas pagar.... malah gua akan bercerita tengan apa yang berkemungkinan besar Undi 18 akan buat... gua citer realiti.... takder nak tutup dengan citer ampu dan bodek..
Simple....
Pada padangan pengundi atas pagar ... mereka lihat Pakatan Harapan (PH) sedang kacau bilau... PH tue tak kuat pun... PH cuma option kepada pengundi atas pagar yang dah muak dengan Barisan Nasional (BN).. Dulu PH dapat undi besar dari atas pagar pasai pengundi takder pilihan lain... Tapi kini tak... Pengundi atas pagar ader pilihan dah.... Depa tak suka BN tak bermakna depa akan undi besar kat PH... Pengundi atas pagar boleh ja nak undi Perikatan Nasional (PN) ... Mungkin apa jugak ramai yang akan undi Gerakan Tanah Air (GTA) tapi GTA tak la kuat mana... dan pengundi tak berapa nak kenal logo GTA...
Tapi ... tentang Perikatan Nasional (PN) .... pengundi dah kenal... dan pengundi dah tau camana dan siapa didalam PN...
PH dah la tak kuat, tapi bertelagak sesama sendiri. Pemimpin besar AMANAH pun tak berani nak bekap kawasan sendiri... sampaikan kena buli dengan DAP ... macam di Changkat Jong Perak bila Dr Muhaimin Sulam (AMANAH) yang dah dapat surat dan lampu hijau dari Mat Sabu untuk jadi calon... tetiba DAP masuk campur nak kawasan tue... dan Anwar Ibrahim, Anthony Loke dok tekan Mat Sabu sampaikan Mat Sabu boleh beralah... bagi gak kat DAP...
Dalam kes Parlimen Jerai pun sama... Betapa lemahnya Mat Sabu nak pastikan AMANAH jadi calon disana... yang akhirnya dikebas juga oleh DAP kerusi tue... lalu menyebabkan Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengerusi Amanah Kedah) dipecat keahliannya semalam...
Gila... hanya kerana takutkan DAP... hanya kerana lemahnya pentadbiran Mat Sabu... Pengerusi Amanah Kedah dipecat.... Bangang.... time dah bubar Parlimen dan nak PRU15 nih boleh pulak nak pecat bagai.... Bodoh aaaa rupanya Mat Sabu nih.... orang masa nih la nak memperkuatkan parti.... nak memperlihatkan kepada pengundi atas pagar yang AMANAH nih berintegriti dan kuat.. dan boleh memperjuangkan orang Melayu...
Amanah tue parti Melayu... parti solid Melayu... PKR bukan parti solid Melayu.... tapi AMANAH kena buli dengan PKR dan DAP .... bodohlah....
Dalam kes Parlimen Sungai Siput pun PKR dok berlagak macam boleh memang besar dan takmo nak bekerjasama dengan PSM.... benda simple jer... PSM cuma mintak 1 kerusi jer... itu pon PH ta k boleh nak bekerjasama dan buat deal... walhal PSM tue ader kecenderungan nak deal ngan PH... dan depa memang takkan ngam ngan BN atau PN..... Tapi pasai PH bodoh... berlagak dan sombong... serta tamak....
So.... pada PRU15... memang jahanam la PH... pengundi dah ader pilihan.... kalu tanya ramai pengundi atas pagar.... mesti mereka akan kata PH boleh pi jahanam la.... sebab depa boleh undi PN kalu depa tak suka BN...
Babai....
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz7jMtTtY00
AKHOR DIA YANG KENA
Otai politik kata, politician dinosaur ni selalunya delusional. Dia rasa dia hebat belaka. Takde tandingannya.
2 hari lepas, Shahidan Kassim belasah bakal calon PKR di Arau, “She’s nothing”, katanya.
Rilex je, saudari Fathin ni jawab, dia respect Shahidan dan ini asam garam politik kena tahan.
Tup Tup, semalam, Shahidan Kassim pula jadi “he’s nothing”. Habis pencalonan dia. Presiden sudah cantas.
Mental note pada setiap calon, hati2 jangan mulut puaka. The karma atau Kifarah Allah is real.
~LM~
STABIL
STABIL?
Latest gossip politik, Presiden UMNO cantas 10 heavyweights geng Ismail Sabri.
Little bird bagtau saya, satu kerusi akan beri laluan untuk Ketua Puteri mereka. Sama ada Ketereh atau Padang Besar.
Pada saya, ini tindakan smart Zahid. Dia cantas pesaing terdekat. Pada saya, dia nak cantas warlords tak berguna macam Shahidan Kassim, Bung Mokhtar, Azeez Rahman, Noh Omar. Saya sokong. Takde value add pada parti dan negara. Boleh ganti orang baru pula.
Zahid ni crude politician juga.
Cuma, satu la yang peningnya. Bagi parti yang nak cepat sangat PRU, tapi sampai la ni tak settle line up calon. Parti lain siap dah announce.
Obvious sangat, dalam UMNO sekarang bergaduh Kluster Mahkamah vs Kluster Menteri.
Bagi parti yang motonya nak kan stabiliti negara, tapi dalam parti sendiri pun, lagi 4 hari nak namakan calon masih bergaduh, ater, STABILTI celah mana?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Annuar sahkan tak dijemput ke majlis pengumuman calon BN malam ini
Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung malam ini di WTC, Kuala Lumpur.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu berkata tiada surat dihantar kepadanya untuk hadir majlis malam ini dan akan meneruskan program di kawasan Parlimennya seperti biasa, ia walaupun spekulasi kuat mengatakan Annuar antara yang disisihkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Setakat ini tidak ada jemputan,” katanya semasa sidang media hari ini.
Bagaimanapun, Annuar mengesahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad ada memaklumkannya berhubung surat jemputan yang diterima berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Berhubung spekulasi namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Annuar berkata sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat parti dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.
“Saya fikir biar benda itu terjadi dulu baru kita fikir… kalau fikir rancang awal-awal itu orang kata nak nak mendahului qada dan qadar itu tak payahlah.
“Cuma pesan saya begini jangan-jangan panik-panik jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanyalah dalam hidup,” katanya lagi.
Namun, Annuar tidak menyifatkan sekiranya tidak tercalon pada PRU-15 kali ini, ia bukan pengakhiran kepadanya selepas ini.
“Kalau parti tidak pilih kita, itu bukanlah segala bukan the end of the thing (bukan pengakhiran).
“Tapi itu juga tidak menyekat kita kalau kita nak juga bertanding. Kita boleh juga bertanding, kita beli borang, bayar deposit, semua orang pun boleh bertanding. Orang tak ada parti pun boleh bertanding,” ujarnya.
Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO itu dalam kenyataan di Facebook beliau semalam mendakwa, bakal calon Barisan Nasional sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu sekali gus menimbulkan pelbagai khabar angin.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut membayangkan beliau tidak termasuk dalam kalangan bakal calon yang dibawa membuat ikrar tersebut.
“Nampaknya, walau perlembagaan (UMNO) menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.
“Dijanjikan juga top five diberi kuasa merundingkan (calon) bagi pihak majlis kerja tertinggi yang berkuasa memilihnya, namun ahli top five mengesahkan list (senarai) itu ditapis lagi oleh high up (pihak atasan). Proses sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan itu.
“Tan Sri tolonglah saya sedang dihadap ke mahkamah,” cerita Azmin Ali
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan bahawa memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini samalah dengan memilih perompak dan kleptokrat.
Sebaliknya, kata beliau jika rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti, amanah dan prihatin kepada rakyat dan terbukti ketika menghadapi krisis pandemik Covid-19 dan kesannya, maha Perikatan Nasional mesti menjadi pilihan.
“Kalau kita mahu perompak ataupun pemimpin yang lembab dan lembik, yang sanggup menerima arahan daripada kleptokrat… yang berada di bawah telunjuk kleptokrat… undilah Barisan Nasional.
“Tetapi kalau saudara mahu sebuah kerajaan yang bersih yang berintegriti, yang prihatin rakyat.. undilah Perikatan Nasional.
“”Pakatan Harapan (PH) tak payah cakap lah… dah tak tahu ke mana dia nak pergi… bukan sahaja di tepi… (tapi) dah tersungkur dah,” katanya.
Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata rakyat perlu membuat penilaian dan perbandingan dalam kalangan pemimpin, khususnya mereka yang berjawatan perdana menteri.
“Kalau kita nak uji pemimpin… uji semasa krisis… Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berdepan dengan tiga krisis… kesihatan, ekonomi dan politik. Beliau berdepan dengan krisis politik untuk membenteras perasuah, perompak dan pencuri dalam negara ini.
“Nak uruskan kleptokrat, nak uruskan perasuah dan perompak yang berdepan dalam pelbagai kes di mahkamah. Salah seorangnya tampil ke rumah Tan Sri… saya menjadi saksi…
“Beliau menyatakan… Tan Sri tolonglah… saya sedang dihadapkan ke mahkamah… Saya tidak bersalah… ambillah dokumen ini Tan Sri. Bacalah malam ini. Besok saya bawa peguam untuk terangkan pada Tan Sri.
“Saya saksi. Apa kata Tan Sri… saudara minta maaf… saya tidak mahu campur urusan mahkamah. Kalau saudara tidak bersalah tampil di mahkamah… bersihkan nama saudara di dalam mahkamah,” cerita Azmin tanpa merujuk kepada pemimpin terlibat yang semua rakyat tahu siapa dimaksudkan itu.
Azmin berkata kepimpinan Muhyiddin yang berani ketika itu walaupun mempunyai majoriti sokongan yang kecil, tetapi tegas dan memikul amanah, perlu diberi sokongan.
“Sudah tentulah ketika krisis kesihatan, ekonomi dalam tempoh yang paling mencabar dengan berani dan bertanggungjawab beliau menegaskan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional… kita nak menyelamatkannya nyawa manusia dan rakyat dalam negara.
“Bukan mudah. Beliau terpaksa melancarkan program vaksinasi secara besar-besaran… dan inilah kejayaan Perikatan Nasional menyelamatkan nyawa dan kesihatan rakyat,” katanya.
Calon ‘orang’ Zahid, nama besar dalam UMNO bakal digugurkan?
Bayangan senarai ‘orang’ Presiden UMNO bakal terpilih dalam senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin menjadi kenyataan, menurut sumber parti.
Kenyataan terbuka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini calon yang dipilih perlu ada disiplin tinggi dan tidak besar kepala adalah amaran keras diberikan kepada kumpulan yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO tersebut.
Walaupun parti lain sudah mula mengumumkan barisan calon masing-masing di setiap negeri, nampaknya belum ada satu wakil daripada UMNO diumumkan sebagai calon setakat hari ini.
Malah, pemimpin UMNO sama ada Ketua Bahagian dan penyandang kerusi Parlimen setakat ini tidak berani mengumumkan diri masing-masing bakal dicalonkan, malah ada yang berhati-hati daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pencalonan.
Senarai calon sudah dihantar semua Bahagian UMNO seluruh negara untuk dipertimbangkan, namun ia belum menjadi jaminan nama yang disenaraikan itu bakal dipilih sebagai calon.
Untuk rekod, Zahid kini merupakan individu paling berkuasa dalam parti kerana statusnya selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), ia bermakna watikah calon hanya akan ditandatanganinya.
Malah, terdapat penyandang kerusi Parlimen yang sudah mula menghidu nama mereka tidak tersenarai sebagai calon pada PRU-15 kali ini, ia menyebabkan keresahan dikalangan mereka, khususnya mereka yang berada di kem Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Walaupun menyedari bakal tersingkir, terdapat penyandang kerusi Parlimen mengambil langkah awal dengan mempromosikan diri sendiri untuk diangkat sebagai calon, hampir setiap hari penyandang kerusi Parlimen UMNO memuatnaik video pendek atau pun gambar dalam akaun media sosial bagi menunjukkan kerelevanan mereka dikekalkan.
Pelbagai program dan kunjungan rumah ke rumah dijalankan untuk menunjukkan mereka buat kerja di kawasan ketika ini.
Namun, sumber parti mengesahkan terdapat beberapa nama besar dalam UMNO khususnya bukan ‘orang’ Zahid bakal tercicir daripada senarai calon.
“Adakah individu seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan beberapa nama lain yang dilihat lantang terhadap Zahid akan disenaraikan semula?
“Kita tunggu sajalah nanti bila senarai calon diumumkan oleh Presiden,” kata sumber tersebut.
Untuk rekod, nama-nama disebut sumber diketahui umum sebelum ini banyak mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Zahid, tidak kurang dikalangan mereka yang berani mengkritik secara terbuka.
Difahamkan, kelewatan BN mengumumkan senarai calon disebabkan beberapa pertimbangan dan risiko yang sedang dikaji bagi melihat sejauh mana implikasi kepada parti sekiranya mereka ini tidak dicalonkan.
Zahid menyedari PRU-15 kali ini adalah yang terpenting bukan sahaja kepada parti tetapi lebih penting buat dirinya yang sedang berdepan pendakwaan di mahkamah ketika ini.
Kes-kes Zahid masih sedang dibicarakan di mahkamah, jika kalah ia akan memberi kesan buruk kepada karier politiknya.
Bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara akan susah hati, Zahid juga pasti akan lebih susah hati kerana bakal mengikut jejak sama rakan baiknya itu.
Penting untuk Zahid memastikan ‘orang’ yang sekutu dengan pendiriannya dipilih sebagai calon, ia juga boleh memudahkan dirinya diangkat menjadi Perdana Menteri Kesepuluh nanti.
Jadi, adakah ‘orang’ Zahid yang akan dipilih sebagai calon, atau ‘orang’ kem lain bakal menguasai pencalonan BN kali ini?
PRU15: Pemilihan calon BN tidak ikut kaedah Perlembagaan parti?
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohd_iskandar@bh.com.my
- Oktober 31, 2022 @ 11:37pm
KUALA LUMPUR: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), didakwa tidak mengikut kaedah ditetapkan Perlembagaan parti.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata itu antara dakwaan yang berlegar membabitkan spekulasi calon BN biarpun parti lawan sudah mengumumkan senarai calon mereka yang dikatakan sarat dengan personaliti 'big and heavyweight'.
"Bakal calon (BN) sudah dibawa menandatangani dokumen dan aku janji tertentu sejak dua hari lalu...justeru, 'rumours' (khabar angin) mula tersebar.
"Nampaknya, walau Perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan," dakwanya menerusi perkongsian dalam Facebook beliau, malam ini.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu mendakwa, biarpun Top 5 (lima pemimpin tertinggi UMNO) diberi kuasa berunding bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT), senarai calon ditapis lagi oleh 'pihak lebih tinggi'.
Malah, beliau berkata, kedengaran banyak khabar angin mendakwa calon 'winners' yang boleh menang 'dipancung' atau tidak disenaraikan, terutama yang rapat dengan Perdana Menteri, walaupun dijanjikan bahawa bakal calon adalah dalam kategori WALI, iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) serta 'likeable' (disenangi).
"Tapi itu 'rumours' (yang tidak semestinya tidak berasas)
"Apapun, kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk berunding dan memilih. Menjadi calon tidak boleh diminta-minta. Tak perlulah melobi-lobi. Ia satu amanah, tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.
"Jika tidak, berkubur dua kali. Kurangkan spekulasi. Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi," tulisnya lagi.