Monday, May 11, 2020
ZIARAH RAYA BERSAMA VIRUS WUHAN
Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.
Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang...
Boleh beraya dalam daerah..
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang, apa kata kita buat ulangkaji sikit.
1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak? Ada anak syurga?
Ada pesakit asma, jantung , darah tinggi, kencing manis, kanser, buah pinggang ?
Ya....check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi...
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.
2. Tanya dulu tuan rumah sudi terima tetamu tak?
Jangan terjah bodo gitu-gitu je.
Ada org sangat jaga diri, tak pernah keluar rumah, tetapi kalau tetamu dah ada depan pintu dia jadi serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.
3. Fikir tentang duit raya dan sampul
Dari mana kita dpt duit dan sampulnya, susah nak cakap.
Sampul raya kita serah kpd anak kecil dan warga emas.
Sampul bertukar tangan.
Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.
Jadi....fikir fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini?
4.Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang, kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting, asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan org-org yg kita sayang. .
Nak mudah...letak saja sign depan rumah.
Tulis " maaf sangat2 .... Kali ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.
5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini
Tetapi ramai boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.
Duduk sejenak..
Fikir2kan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.
In Shaa Allah...
Aamiin! 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment