Monday, May 18, 2020

PH SEDANG MENUJU PENGAKHIRAN



Mungkin tajuk ini agak terburu buru dan ada yang tidak sependapat berkenaannya.

Namun menilai kepada kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku di setiap komponen parti dalam Pakatan Harapan, ia agak relevan sebenarnya.

PKR dilihat semakin hari semakin berpecah. Pengikut dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat pemimpin, ramai keluar meninggalkan parti ini.

Aktiviti keluar meninggalkan parti PKR ini dipercayai akan berterusan sehingga menjadikan parti ini perlu mengambil waktu yang cukup lama untuk kembali pulih serta kukuh semula.

Manakala untuk parti Bersatu pula, kebelakangan ini semakin ramai ahlinya yang bangkit menyebelahi TSMY. Kem Tun pula sudah mula dilihat seolah-olah terpinggir dan bakal hilang pengaruhnya sedikit masa lagi.

Parti Amanah dengan 11 MP yang tiada hala tuju tersendiri, tiada keterampilan dan sedang ditolak oleh pengikutnya sendiri akibat kecelaruan pemimpinnya. Bahkan parti ini dilihat semakin kehilangan arah setelah berlakunya peralihan kerajaan tempohari.

DAP pula, meskipun dilihat seolah-olah masih mampu untuk berdiri, namun dengan pelbagai agendanya selama ini yang telah terbongkar. Diterukkan lagi dengan sekutunya yang semakin layu. Maka tentu ia memberikan kesan yang besar.

Selagi sesuatu itu berjenamakan Pakatan Harapan atau ringkasnya PH, ianya pasti akan ditolak sebahagian besar rakyat negara ini.

Maklumlah, manifesto itu bukanlah kitab suci kata pengerusi lamanya 😂.

Selamat bersara untuk Pakatan Harapan.
Thanks
t.me/Wawasan202

No comments:

Post a Comment