Saturday, May 2, 2020
MOHON KERAJAAN DEDAHKAN MUKA PENGKHIANAT NEGARA. (JUAL MYKAD)
Foto-Berita Harian
JUAL MYKAD KEPADA WARGA ASING.
Hanya kerana tamakan duit dan ingin mengejar kekayaan dengan jalan singkat mereka sanggup mengkhianati negara, mengkhianati YDPA, mengkhianati bangsa dan agama.
Kerajaan perlu dedahkan wajah² pengkhianat ini agar kami rakyat Malaysia akan ingat sampai bila² wajah pengkhianat negara.
Laporan akhbar:
Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi ditahan
“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,” kata sumber dipetik Harian Metro.
Akhbar itu melaporkan kakitangan dan pegawai dari sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang serta Putrajaya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Difahamkan, polis akan menahan beberapa lagi individu selepas hasil siasatan mendapati 6 MyKad dijual sindiket terbabit sehingga kini.
Isnin lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini.
Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.
Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 2017.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment