Kedatangan Imam Mahdi
jaipk.perak.gov.my-disebutkan
dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah
dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat
kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan
banyak bala.
Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan.
Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu
kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan
negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak
berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting
beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak
jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari
arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk
selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah
orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh
orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan
datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati.
Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah
tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat
didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling
menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.
Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan
dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa
Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam
bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.
Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua
orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan
banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya.
Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.
Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari
orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun
sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti
yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir.
Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir
nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau
Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya
orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak
disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.
Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan
datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah
jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai
daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam
Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan
datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang
dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi
merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia
yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk
lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah
s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat
orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah
begitu buruk keadaannya.
Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah
melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia
yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan
dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam
Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi
yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia
sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu
bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi
pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk
mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu
bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia
ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar,
kemudian orang pun mengikuti arahannya.
Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu
diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah
dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba
datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun
terus mengikutnya.
Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang
mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang
yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan
perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya
kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.
Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana
keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah
berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah
ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak
terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin
mereka itu adalah Imam Mahdi.
Kedatangan Dajjal
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat.
Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai
solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau
Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua
duduk di atas sajadahnya.€ Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa
aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?€ Kami menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.€
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul
di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku
ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang
Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada
bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia
ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki
kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke
tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan
kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu
bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya
matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan
binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina
dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?€
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.€ Mereka tanya: “Apa
itu Al-Jassasah?€ Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan
lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke
tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap.
Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya
sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya
sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?€ Orang
seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku.
Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?€
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut
menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke
tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan.
Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya
sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia
katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki
macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.€
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa
dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.€ Makhluk yang
sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan
soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan
itu,€ nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya
yang tuan maksudkan?€ Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah
pokok kurma itu berbuah?€ Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma
itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak
berbuah.€
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai
Tabarah.€ Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?€
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.€ Mereka
menjawab: “Airnya tidak susut.€ Lelaki itu berkata: “Air sungai itu
disangsikan akan kering.€
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan
kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?€ Mereka
menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.€ Lelaki itu
bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?€ Mereka
menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.€ Lelaki itu
bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?€
Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya
dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka
beruntung jika taat kepadanya.€ Kata orang besar itu lagi: “Sekarang
aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku
akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam
masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan
Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah
dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.€
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di
atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya
itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan
cerita ini kepada kamu?€ Mereka menjawab: “Ya, sudah ya
Rasulullah.€ Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim
itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa
yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada
mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah
timur. Ia dari arah timur,€ kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk
ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari
arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan
atau Asfihan.
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak
ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT
ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan
aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela
bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap
orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang
mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah,
wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah,
tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai
Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum
kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat,
bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca
atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni
panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya,
hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca
pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api
yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama
meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?€
Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.€ Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku,
ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.€
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia
belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa
yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia
semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?€ Orang yang dia
bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.€
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.€
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh
langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi
supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk
ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan
penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian
hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal
kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa
bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan
hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya
itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya
(tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah
mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman
kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian
itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi
supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air
dan tanam-tanaman mereka subur.€
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang
turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang
pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang
tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.€
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi
yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia
dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan
cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum
wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.€
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika
aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa
menangis?€ Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan
Dajjal, maka saya takut mendengarnya.€
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih
hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang
setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.€
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal
muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang
agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari
terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada
satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya
seperti hari biasa.€
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun
itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?€ Rasulullah s.a.w
menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.€
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian
alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?€ Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu
hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata
kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu
berjalan?€ Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.€ Maka dia
tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah
Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama
empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat
puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin
Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Masud dan kemudian membunuh
Dajjal itu.€
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk
dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya
orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum
wanita. Wallahu A'lam.
Kedatangan Nabi Isa
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Saman bahawa Rasulullah
bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara
putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak
tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan
kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.€
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga
di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada
waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik
menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping
masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.€
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada
tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani
yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan
nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu
dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu.
Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak
ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun
nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih
kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti
menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan
mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan
menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan
Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan
aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga
harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain
dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu
berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan
disembahyangkan oleh kaum muslimin.€
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi
sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi
kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi
Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua
Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu
semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman
Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w
selaku nabi terakhir.
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah.
Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau
diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan
izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang
nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya
Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?€ Rasulullah s.a.w
menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke
Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi
menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang
kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil
memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat
dibacakan untuk engkau.€ Maka sembahyanglah mereka semua di belakang
Imam tadi.
“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu
itu.€ Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri
di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu
atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari
terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus
saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah
Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu
itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka
bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah.
Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan
sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang
mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok
berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya,
pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada
orang Yahudi, bunuhlah dia.€
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat
puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang
seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang
terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk
kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain
hari pun masuk waktu malam.€
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan
solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?€ Rasulullah
s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang
panjang sekarang ini.€
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan
bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di
dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan
cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat
pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.
“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada
saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama
makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan
harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan
dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian,
keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada
pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain
Allah.
“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi
mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi
Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga
mereka kenyang memakannya.€
Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya
hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi
banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada
diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan
memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi
pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi,
bunuhlah dia.€
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah
kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam
keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang
yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir
masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan
membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan
cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia
hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.€
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Masud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada
malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan
Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan
permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada
pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.€
Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak
tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.€
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak
ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan
Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit
(alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur
seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya,
begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu
nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir
bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.€
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang
muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian
keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat
tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan
yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan,
daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis
mereka minum.€
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat
ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya
dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu
mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai
Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana
seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan
lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut
ke laut.€
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum
terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk
mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji
dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok
Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama
ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.€
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan
bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun
demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa
Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat
ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat
itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit
pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi,
yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin
dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40
tahun. Wallahu A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih,
Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT
memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan
dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti.
Muhammad bin Kaab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi
sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji.
Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh
kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan
kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan
Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
No comments:
Post a Comment