Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Namun bukan semua begitu. Ada juga yang menolak rezeki dalam masa yang sama mencari musuh.

Itulah yang terjadi kepada seorang aktivis kebajikan, Mohd Salim Aripin. Beliau menceritakan pengalaman ketika sedang mengagihkan sumbangan kepada beberapa golongan yang berasal dari Bangladesh.

Menerusi entrinya, Salim memang sudah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan, cakna dengan masalah pekerja Bangladesh di sekitar kawasannya yang tidak bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Di atas kesedaran itulah yang membuatkan beliau tergerak hati untuk menghulurkan bantuan.

Menurut Salim, ketika sedang mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah, secara tiba-tiba warga Bangladesh ini mendekati beliau dan ingin memulangkan semula sumbangan yang baru sahaja mereka terima.

Pada mulanya Salim memikirkan mungkin bekalan makanan mereka sudah mencukupi dan mungkin mahu sumbangan itu diberikan orang yang lebih memerlukan.



“Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi…”



Apabila diselidiki rupa-rupanya mereka mahu sumbangan itu diberikan mengikut jumlah yang ada dalam rumah.

Sebelum ini, sumbangan yang diberikan adalah satu sumbangan untuk sebuah rumah. Ini bermakna warga Bangladesh tersebut menuntut untuk 10 sumbangan memandangkan mereka seramai 10 orang menduduki rumah itu.

Mereka mahu 10 kampit beras diberikan kepada mereka. Bukan satu kampit beras seperti yang diserahkan oleh Salim.

Sekumpulan warga Bangladesh tersebut bertindak memulangkan semula sumbangan itu dan mendesak sekiranya kehendak mereka tidak dituruti, mereka tidak mahu menerima sumbangan Salim.



Justeru itu, Mohd Salim dan pasukannya mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka.

Segala sumbangan ditarik balik dan tiada satu pun dari warga Bangladesh itu mendapat sumbangan. Mereka seperti tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan.

“Kami tak layan dan ambil semula barang² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar…”

Barangan sumbangan yang diberikan menerusi rumah ke rumah itu telah diambil semula, kerana bagi Salim tiada gunanya memberikan kepada orang tidak reti bersyukur.

Mengapa warga asing semakin besar kepala? Yang memalukan rata-ratanya adalah orang Islam seperti kita juga. – LepatPisang/Cinca