Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Dewan Rakyat pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka, selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pada 29 Februari, beta menitahkan semua wakil parti yang mempunyai calon dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri dan melanjutkan masa untuk mereka membuat perhitungan secara demokrasi.
"Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.
"Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690097/muhyiddin-layak-dilantik-perdana-menteri-agong
Mudah cerita : Perlantikan Muhyiddin = Atas Pilihan Majoriti Ahli Parlimen Pada 25 & 26-Feb-20
No comments:
Post a Comment