Saturday, May 2, 2020

#Doa Untuk Malaysia

Kes Covid-19 hari ini meningkat dengan drastik setelah kita berjaya mengawal jumlah kes positif sebanyak dua angka secara berterusan.

Kebimbangan dan keresahan rakyat mula terserlah apabila KKM mengumumkan kes positif Covid-19 hari ini berjumlah 105 kes baharu iaitu 11 daripadanya adalah kes import. Ini bermakna majoriti kes ini datang daripada rakyat tempatan.

Pengumuman kerajaan melonggarkan PKP akan membawa padah jika kes positif Covid-19 menujukkan peningkatan selepas 4 Mei ini dan usaha untuk melandaikan lekuk jangkitan adalah sia-sia kerana kita terlalu gelojoh untuk membuka sektor ekonomi.

Tiada guna jika kita duduk di rumah untuk tempoh masa yang lama ini dan akhirnya jumlah kes positif Covid-19 meningkat kembali.

Tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi kebenaran untuk sektor ekonomi beroperasi pada kapasiti penuh dilihat tidak membantu usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19, malah meningkatkan lagi risiko yang sedia ada.

Selepas 4 Mei, orang ramai sudah mula dibenarkan berjogging, main golf, melepak di restoran dan menggunakan pengangkutan awam seperti biasa tanpa larangan yang ketat seperti sebelum ini.

Fikirkanlah tentang keselamatan rakyat. Jika terjadi gelombang kedua, semuanya sudah terlambat.

Kita faham tentang kepentingan ekonomi negara, namun tiada salahnya mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksana kebenaran operasi secara berperingkat.

#DoaUntukMalaysia

https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2614109018804725/?d=n

No comments:

Post a Comment