Monday, May 18, 2020
Rakyat berhadapan masa depan yang sukar, jangan heret negara ke kancah politik lagi -YDP Agong
PARLIMEN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya dalam urusan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.
Titah Seri Paduka, sejurus selepas peletakkan jawatan Dr Mahathir Mohamad, baginda telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pada 25 dan 26 Februari.
Memperjelas rentetan kemelut politik negara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah pelantikan perdana menteri kelapan dibuat selepas parti-parti politik diberi masa yang mencukupi untuk membuat perhitungan secara demokrasi bagi menamakan calon masing-masing.
"Sekitar jam 5 petang pada 24 Februari, beta telah berkenan menerima menghadap Yang Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dalam pertemuan itu, beta telah meminta Tun Dr Mahathir untuk tidak meletak jawatan (sebagai perdana menteri). Namun beliau tetap dengan keputusannya,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, pada 25 dan 26 Februari 2020, Tuanku telah mengadakan sesi pertemuan secara berseorangan dengan ahli-ahli dewan rakyat untuk menilai sendiri sokongan kepercayaan mereka.
"Pada 29 Februari 2020, beta telah menitahkan semua parti-parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal perdana menteri.
"Atas permintaan beberapa ketua parti politik, Beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik mengemukakan pencalonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam mereka membuat perhitungan secara demokrasi.
"Sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya. Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya.
"Perkara 43 memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.
"Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan perlembagaan persekutuan, Beta telah mendapati Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat dan dengan demikian selayaknya di-lantik sebagai Perdana Menteri ke-8.
"Sesungguhnya, Beta telah menggalas amanah dengan telus dan adil selaras dengan konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita," titah Seri Paduka Baginda.
Titah Seri Paduka, pada masa yang sama, Tuanku juga menghargai kematangan dan kerjasama semua ahli-ahli yang berhormat dan rakyat jelata yang telah memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika bagi menggalas amanah tersebut.
"Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan memanda Perdana Menteri, yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan yang lebih tinggi akan menjadi kenyataan.
"Nasihat beta, laksanakan amanah ini dengan jujur dan penuh tanggungjawab serta jangan sekali-kali mengabaikan kesejahteraan rakyat jelata," titah Tuanku.
Sidang Parlimen ini adalah kali pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan.
Naratif landskap politik negara telah digegarkan dengan kancah politik setelah peletakan jawatan perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PH selepas tidak sampai dua tahun mentadbir Putrajaya.
Mengenai perpaduan masyarakat majmuk negara ini, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kebimbangan mengenai polarisasi kaum yang masih wujud dan mahu semua kaum menunjukkan sikap dan teladan yang jujur untuk mengeratkan hubungan.
Titah Seri Paduka, sebarang bentuk provokasi dan fahaman serta nilai yang bertentangan dengan norma, adat dan undang-undang negara biarpun dilakukan hanya segelintir pihak perlu dibendung sebelum merebak dan menjadi barah kepada kestabilan negara.
“Beta menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi memastikan agenda perpaduan nasional dapat diterapkan secara menyeluruh menerusi elemen-elemen kepercayaan dan jati diri yang teguh berlandaskan kepada prinisip Rukun Negara.”
Al-Sultan Abdullah menegaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahankan dan pada masa sama penganut agama lain bebas mengamalkan hak-hak dan agama mereka secara berhemah dan aman.
Teguran buat Ahli Politik
"Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta ingin berpesan kepada ahli-ahli yang berhormat sekaliannya. Sebagai seorang pemimpin, ahli-ahli yang berhormat menjadi teladan dalam menyemai nilai-nilai positif kepada rakyat."
"Perbezaan pendapat tidak seharusnya diakhiri dengan permusuhan dan caci mencaci. Sebaliknya, perbezaan pendapat seharus-nya menjadi landasan kepada pencetus idea-idea baharu untuk membangun dan menyatu-padu-kan negara.
"Ahli-ahli yang berhormat hendaklah sentiasa mempamerkan kematangan dalam berpolitik. Ini termasuklah menjiwai keluh kesah rakyat, membela nasib rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik yang bersih, tidak menyentuh sensitiviti ugama dan bangsa mahu-pun kedaulatan serta kedudukan raja-raja Melayu.
"Jangan mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.
"Sesungguhnya, perpaduan dan keharmonian bermula di dalam dewan yang mulia ini. Beta yakin, rakyat akan terus erat bersatu padu dan sepakat dalam membangunkan negara jika rakyat tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan."titah baginda.
-Tun Carlos
https://www.tuncarlos.com/2020/05/rakyat-berhadapan-masa-depan-yang-sukar.html?m=1
Perlantikan Muhyiddin = Atas Pilihan Majoriti Ahli Parlimen
Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda mengadakan sesi pertemuan dengan Ahli Dewan Rakyat pada 25 dan 26 Februari untuk menilai sokongan dan kepercayaan mereka, selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pada 29 Februari, beta menitahkan semua wakil parti yang mempunyai calon dalam Dewan Rakyat untuk mencalonkan nama bakal Perdana Menteri dan melanjutkan masa untuk mereka membuat perhitungan secara demokrasi.
"Sesungguhnya beta sudah menggalas amanah dengan telus dan seadil-adilnya selaras dengan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen yang menjadi tunjang amalan negara kita.
"Pada masa sama, beta menghargai kematangan dan kerjasama semua Ahli Dewan dan rakyat yang memainkan peranan dengan penuh berhemah dan beretika sehingga membolehkan beta menggalas amanah ini,"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690097/muhyiddin-layak-dilantik-perdana-menteri-agong
Mudah cerita : Perlantikan Muhyiddin = Atas Pilihan Majoriti Ahli Parlimen Pada 25 & 26-Feb-20

PH DAP BOHONG LAGI.
Pada istiadat sidang Dewan Rakyat hari ini, YDPA bertitah bahawa baginda telah berusaha memujuk Tun Dr Mahathir daripada meletakkan jawatan tetapi gagal. Dan baginda memilih TS Muhyiddin berdasarkan pertimbangan bahawa beliau memiliki sokongan majoriti.
Buktinya pada kedudukan kerusi sidang kali ini terdapat 114 ahli parlimen yang berada di blok kerajaan sementara hanya 107 di blok Pakatan Harapan. 1 kerusi Bebas.
Ia membuktikan 5 perkara:
1. Pakatan Harapan jatuh kerana Tun meletakkan jawatan. Bukan kerana UMNO dan PAS gulingkan kerajaan.
2. PH berbohong bahawa mereka memiliki majoriti kerusi. Senarai yang mereka dakwa sebagai jumlah ahli parlimen yang menyokong Tun pada akhir Februari 2020 adalah bohong
3. Bekas Menteri PH terbukti menyebarkan prasangka buruk terhadap YDPA dengan mengatakan Agong tidak memilih PH kerana majoriti ahli parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu".
Hakikatnya Agong tidak boleh memihak PH kerana mereka tidak cukup kerusi
4. Undi tidak percaya yang cuba diusulkan adalah membuang masa kerana PH tidak memiliki majoriti.
COPY N PASTE
PH SEDANG MENUJU PENGAKHIRAN
Mungkin tajuk ini agak terburu buru dan ada yang tidak sependapat berkenaannya.
Namun menilai kepada kepada perkembangan semasa yang sedang berlaku di setiap komponen parti dalam Pakatan Harapan, ia agak relevan sebenarnya.
PKR dilihat semakin hari semakin berpecah. Pengikut dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat pemimpin, ramai keluar meninggalkan parti ini.
Aktiviti keluar meninggalkan parti PKR ini dipercayai akan berterusan sehingga menjadikan parti ini perlu mengambil waktu yang cukup lama untuk kembali pulih serta kukuh semula.
Manakala untuk parti Bersatu pula, kebelakangan ini semakin ramai ahlinya yang bangkit menyebelahi TSMY. Kem Tun pula sudah mula dilihat seolah-olah terpinggir dan bakal hilang pengaruhnya sedikit masa lagi.
Parti Amanah dengan 11 MP yang tiada hala tuju tersendiri, tiada keterampilan dan sedang ditolak oleh pengikutnya sendiri akibat kecelaruan pemimpinnya. Bahkan parti ini dilihat semakin kehilangan arah setelah berlakunya peralihan kerajaan tempohari.
DAP pula, meskipun dilihat seolah-olah masih mampu untuk berdiri, namun dengan pelbagai agendanya selama ini yang telah terbongkar. Diterukkan lagi dengan sekutunya yang semakin layu. Maka tentu ia memberikan kesan yang besar.
Selagi sesuatu itu berjenamakan Pakatan Harapan atau ringkasnya PH, ianya pasti akan ditolak sebahagian besar rakyat negara ini.
Maklumlah, manifesto itu bukanlah kitab suci kata pengerusi lamanya 😂.
Selamat bersara untuk Pakatan Harapan.
Thanks
t.me/Wawasan202
Monday, May 11, 2020
Siapakah yang masih percayakan DAP?
Mohon rakyat Malaysia sebarkan info ini seluas2nya!!!
Terang-terang di depan mata kita DAP adalah perosak negara, yang masih menaruh harapan kepada DAP ketika ini hanyalah puak-puak PKR diketuai Anwar dan puak-puak PAN yang diketuai Mat Sabu.
Mereka tau kepimpinan DAP ini adakah saki baki ideologi Komunis.
Pada masa yang sama, ada satu puak Bunga yang diketuai Mahathir anak beranak pula, masih di dalam dilema, hilang punca seperti segumpal benang yang berserabut tenggelam punca untuk memilih sama ada mahu menyertai PH atau PN.
Manakala sebahagian besar bumiputera dan separuh non bumiputera mula serik setelah melihat dan merasa penangan 22 bulan PH menjadi kerajaan.
Lalu apa akan jadi kepada DAP sekarang? Mereka amat-amat kecewa dengan kegagalan PH yang tumbang sebelum sempat tiba separuh penggal pemerintahan. Hanya kerana tiba-tiba PM ke7 letak jawatan dan kuasa politik kembali dikuasai bumiputera islam dalam PN.
Ini menyebabkan DAP kecewa setelah perancangan licik mereka tersungkur ditengah jalan. Sebelum ini DAP cukup yakin dan bongkak dengan strategi sendiri, sebab itu DAP cuba memerintah negara dengan sifat angkuh sehingga berani ambil risiko menggadaikan segala aset negara dan sengaja menjatuhkan ekonomi negara demi kepentingan mereka sendiri.
Kerana mereka percaya dengan kesempatan mempergunakan peluang menyalahkan segala-galanya kepada DS Najib Razak yang dilambakkan pelbagai pertuduhan mahkamah walaupun tanpa bukti yang kukuh. Semua ini boleh menjadikan DAP dapat pertahankan kuasa sehingga berabad lamanya seperti mana yang berlaku di negara jiran.
Dalam masa yang sama DAP cuba mengubahsuai perlembagaan negara melalui ICERD dan Statute Rom tetapi kedua-dua ini berjaya digagalkan tetapi tetap tidak ambil iktibar kemarahan orang-orang melayu ketika itu.
DAP makin berani hingga melampaui batas mahu mengubah pemikiran orang-orang melayu dengan slogan Malaysia Baru yang mana hak kesaksamaan rakyat harus dipraktikkan.
Sebab itu DAP masih berani dan sengaja melebihi apa jua keuntungan kepada puak-puaknya sehingga mengabaikan dan menidakkan banyak kepentingan islam dan bumiputera. Ini untuk mempraktikkan hak sama rata sedangkan kedudukan orang-orang melayu dan bumiputera masih ketinggalan dalam pelbagai sudut terutama dari segi ekonomi.
DAP sengaja melakukan segala ini diawal pemerintahan dengan harapan akan U-turn 360 darjah ketika tiba masa hampir PRU15.
Iaitu menjelang kempen PRU15, DAP akan lambakan segala bantuan kepada islam bumiputera untuk beli jiwa dan cuba mencipta persepsi baru yang mereka sudah pulihkan ekonomi negara. Dengan ini DAP akan dianggap sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia.
Tetapi perancangan licik ini gagal sebelum sempat menyempurnakan setengah penggal pemerintahan. Akibatnya DAP meninggalkan rekod terburuk dalam sejarah pemerintahan negara iaitu:
1. Ekonomi negara jatuh merudum, para pelabur lari meninggalkan negara secara besar-besaran.
2. Aset negara terutama aset bumiputera habis digadai dan dipindahkan.
3. Rizab dan kekayaan negara hampir habis dikikis.
4. Semua sektor GLC dan institusi bumiputera di bawah masuk puak-puak DAP sehingga Tabung Haji sendiri mencipta sejarah diletakkan akauntan bukan islam hingga memindahkan 19 bilion aset umat islam keluar dari Tabung Haji.
5. Meletakkan puak-puak DAP dalam portfolio perundangan hingga mereka boleh mencabul undang-undang mengikut kepentingan DAP sesuka hati, termasuk membebaskan kes rasuah Lim Guan Eng secara tergesa-gesa melalui pintu belakang.
6. Yang paling dahsyat DAP berani tipu rakyat dengan lancar tabung harapan memulihkan negara tetapi duit entah kemana, menipu Manifesto, menipu cara pemerintahan dan salah guna kuasa berluasa tanpa terkawal.
7. Semua portfolio penting kerajaan di masuk puak-puak DAP hinggalah portfolio agama dilantik menteri yang lebih mesra DAP dari Islam.
Semua itu menyebabkan DAP dilabelkan sebagai perosak negara. Akhirnya DAP kecewa kerana kebodohan mereka sendiri.
Sedangkan ketika menang PRU14 mereka hampir-hampir diangkat sebagai hero negara. Ini akan menjadi realiti jika DAP berjaya memonopoli perundangan negara dengan menjadi DSN bersalah dalam semua pertuduhan walaupun tanpa bukti kukuh.
Sekarang DAP terjerat dengan agenda jahatnya sendiri. DAP sendiri bunuh jenama DAP yang gah sebelum PRU14, setelah ambil risiko bekerjasama dengan Mahathir.
Sekarang DAP amat terdesak untuk memulihkan imej DAP dengan mencipta propaganda menjatuhkan kerajaan PN. DAP masih menggunakan kaedah yang sama seperti mana mereka menjatuhkan DS Najib.
Persoalannya adakah rakyat akan terjun ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya?
Fikir2kan...
Lepas baca... Sebar luaskan.

Mukhriz amat lemah, Pas kini sedia terajui Kedah
EKORAN kepincangan dan perpecahan yang kian tidak terkawal dalam Pakatan Harapan (PH) Kedah, Pas yang memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kini bersedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri tersebut.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, kenyataan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee secara terbuka mempertikaikan keputusan pemecatan timbalannya di Cabang PKR Sungai Petani menunjukkan beliau tidak sehaluan dengan kepimpinan PH.
Kata beliau, bakal ada beberapa lagi ADUN PKR lain yang akan mengikuti langkah Dr Robert, sekali gus berlaku pengurangan jumlah kerusi penguasaan PH di Kedah.
“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekarang bukan lagi Pengerusi PH Kedah.
“Beliau hanya mampu melihat tanpa berhak mencatur pergerakan ADUN PH daripada PKR kerana dari sudut gabungan, PKR dan Bersatu tidak lagi sehaluan.
“Mukhriz juga dalam keadaan amat lemah kerana daripada enam ADUN Bersatu Kedah, tidak sampai separuh yang berpihak kepadanya kerana banyak kelemahan yang gagal diperbaiki Mukhriz,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ahmad berkata, pada dasarnya, PH Kedah telah tempang dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan negeri ini dan perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi.
“Pas Kedah memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah iaitu jumlah paling tinggi dalam kalangan parti yang ada bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini.
“Atas semangat Muafakat Nasional Pas-UMNO, kami memiliki lagi dua kerusi milik UMNO menjadikan kesemuanya 17 kerusi DUN,” katanya.
Tambahnya, keyakinan itu turut mengambil kira kredibiliti calon Menteri Besar di kalangan ADUN Pas yang mempunyai pengalaman dan rekod yang bersih sepanjang bersama dalam kerajaan negeri ketika era Pas mentadbir Kedah pada 2008 sehingga 2013.
“Kecelaruan iklim politik yang dipamerkan PH ini telah memberikan kesan negatif terhadap penumpuan memajukan negeri dan rakyat menerima tempias buruk akibat perbalahan pemimpin PH,” katanya. – SM
*Tun Mahathir & Mukhriz dipecat?
Khabarnya hari ini 11 Mei 2020 Tun Mahathir dan Mukhriz akan dipecat dari parti PPBM (BERSATU). Alasan pemecatan nya seperti yang kita sedia maklum sebelum ini yang mana Tun Mahathir dan anak nya Mukhriz telah melanggar perlembagaan parti PPBM dengan menyokong parti pembangkang. Mana boleh dari parti yang sama menjadi kerajaan dan pembangkang, ini tak pernah berlaku dalam mana mana negara.
Kerajaan PH Kedah juga akan turut tumbang hari ini dengan perubahan kerajaan negeri yang akan ditadbir Perikatan Nasional. Adun PAS akan dilantik sebagai Menteri Besar memandangkan PAS mempunyai majoriti sebanyak 15 kerusi dun daripada 36 kerusi semuanya.
Apa pun kancah politik negara kembali hangat setelah dua bulan dalam perintah PKP. Rakyat akan dihidangkan suasana politik yang tidak keruan dan pastinya akan memualkan banyak pihak.
Apa pun yang berlaku pastinya Anwar Ibrahim tidak akan sama sekali berpeluang menjadi Perdana Menteri dan akan kekal sebagai PM tepi selama lamanya 😆
Psssttt.... Matlamat masih sama 😏
ZIARAH RAYA BERSAMA VIRUS WUHAN
Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.
Ya...boleh beraya tak lebih 20 orang...
Boleh beraya dalam daerah..
Tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang, apa kata kita buat ulangkaji sikit.
1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak? Ada anak syurga?
Ada pesakit asma, jantung , darah tinggi, kencing manis, kanser, buah pinggang ?
Ya....check dulu.
Sebab mereka berisiko tinggi...
Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.
2. Tanya dulu tuan rumah sudi terima tetamu tak?
Jangan terjah bodo gitu-gitu je.
Ada org sangat jaga diri, tak pernah keluar rumah, tetapi kalau tetamu dah ada depan pintu dia jadi serba salah.
Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.
3. Fikir tentang duit raya dan sampul
Dari mana kita dpt duit dan sampulnya, susah nak cakap.
Sampul raya kita serah kpd anak kecil dan warga emas.
Sampul bertukar tangan.
Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.
Jadi....fikir fikirkanlah.
Logik tak beri duit raya tahun ini?
4.Tuan rumah kena jujur.
Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dlm rumah anda sebagai keutamaan.
Jangan sebab nak jaga hati org yg datang, kita abaikan apa yg seharusnya kita jaga.
Biar orang kata kita overacting, asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan org-org yg kita sayang. .
Nak mudah...letak saja sign depan rumah.
Tulis " maaf sangat2 .... Kali ini tak dapat terima tetamu." Orang pasti akan faham.
5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini
Tetapi ramai boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
Jangan kerana nafsu meraja...
Kita gagalkan semua usaha.
Duduk sejenak..
Fikir2kan..
Akal ini bukan untuk kita simpan.
Semoga Allah menjaga kita semua.
In Shaa Allah...
Aamiin! 🤲🏼🤲🏼🤲🏼
MAKLUMAN PENTING⚠️ : Amran Fans
Untuk makluman semua, pages Amran Fans kini adalah milik D4P yang mana pemilik asal telah pun menjual pages tersebut kepada kumpulan RBA. Pages Amran Fans kini diketua seorang wanita Melayu yang merupakan ahli D4P.
Justeru itu Saya minta kepada anda semua untuk jangan mudah percayai apa yang disebarkan baik dari pages Amran Fans atau pages pages lain.
Mengikut maklumat yang Saya perolehi setakat ini, RBA D4P sedang giat membeli pages pages FB yang popular dikalangan orang Melayu bagi mereka menjalankan propaganda mereka menghasut orang Melayu membenci pemimpin Melayu dalam Kerajaan hari ini.
Moga anda semua berfikiran rasional dan berhati-hati dengan sebarang sebaran yang dibuat dalam sosial media hari ini. Ingat bahawa D4P akan meneruskan kerja mereka dengan memastikan MELAYU SKREW MELAYU.
Berhati-hati Guys ......
https://www.facebook.com/100506774683011/posts/288416502558703/
DOA SUNNAH MALAM LAILATUL QADAR
Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika malam lailatul qadar. Berikut doa malam lailatul qadar:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Dibaca:
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ertinya:
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Beliau menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii...
(HR. Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).
FAKTA: GAME OVER, PAKATAN HARAPAN
1. Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar.
2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) jelas mengatakan bahawa 'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong'.
3. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Dewan Rakyat adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya di tangan ahli majoriti Dewan Rakyat.
4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah, dan selepas mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020, hanya beliau yang boleh memilih sama ada untuk menasihati baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat atau meletak jawatan.
5. Tiada istilah pelantikan Perdana Menteri bergantung 100% jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya perlu perkenan Baginda - seperti mana dalam kes pelantikan Tan Sri Muhyiddin.
6. Berdasarkan situasi semasa, baginda telah menjalankan kesemua langkah secara tertib dan bijaksana seperti mana menurut Perlembagaan Persekutuan, dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah.
7. Tindakan sesetengah ahli parlimen melompat selepas pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dijadikan asas kononnya secara automatik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbatal kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali.
8. Hal ini bermakna kesemua ahli Parlimen boleh memilih sama ada untuk mematuhi keputusan baginda - dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri - atau bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Bukannya menganggap diri mereka sebagai penentu posisi Perdana Menteri kerana segala prosedur telah dijalankan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong.
9. Satu lagi pilihan ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin adalah dengan mendesak beliau agar membubarkan Dewan Rakyat. Tentulah mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya, tetapi bukan dengan menganggap bahawa secara automatik calon yang mereka usulkan akan terus dilantik sebagai Perdana Menteri.
10. Harus diingat, langkah Pakatan mendesak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin samalah ertinya mendesak beliau membubarkan dewan rakyat. Hakikatnya, keputusan telah dicapai menurut kaedah yang tertib. Tidak seharusnya ada cubaan oleh Pakatan untuk terus memanjangkan krisis politik di negara kita saat ini.
11. Sesungguhnya, hari ini krisis politik negara adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalaman Pakatan Harapan. Ia telah dileraikan dengan sebaiknya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong - dibantu kerjasama sebahagian ahli politik yang bertindak demi kestabilan negara, bukannya demi kepentingan individu. Maka Pakatan seharusnya insaf, tidak bertindak memanjangkan krisis ini dengan adegan lompat-melompat yang mengimpak kestabilan yang telah diputuskan Baginda.
Semoga Allah peliharakan kestabilan negara kita.
Allah Maha Besar,
Daulat Tuanku,
Tahniah Tan Sri Muhyiddin.
Terima kasih PAS, UMNO, Bersatu, GPS, dan PBRS.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
** Siapa lawan YDP Agong kita desak pihak PDRM TANGKAP!!! Jangan bagi muka pada mereka yang tak menghormati institusi DiRaja!
UMNO KENA UBAH FAKTA SEJARAH KALAU NAK BERUBAH ...
FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU
Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.
Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR
Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.
Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan.
Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan. Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah.
Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;
22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

PN warisi perangai BN, sogok jawatan untuk kekal berkuasa ???
Sogokan jawatan demi jawatan oleh kerajaan PN saling tak tumpah seperti kerajaan Barisan Nasional. Namun kali ini lebih dahsyat, sogokan jawatan ini untuk meraih sokongan agar terus kekal berkuasa beberapa individu.
Menerusi satu status yang dimuatnaik oleh Ahmad Lutfi Othman di Facebooknya;-
Tak salahkan politikus dilantik pengerusi Felda, sekarang bukan zaman Pakatan Harapan lagi, kini era Perikatan Nasional yang mewarisi budaya Barisan Nasional. Rakyat pun boleh terima kan? Apa nak bising-bising? Depa dah rindu zaman BN semula.
Tak salahkan politikus dilantik pengerusi Felda, sekarang bukan zaman Pakatan Harapan lagi, kini era Perikatan Nasional…
Posted by Ahmad Lutfi Othman on Sunday, May 10, 2020
Ada kebenarannya, rakyat dah tak ambil kisah kerana kerajaan terdahulu BN dah serasi dengan sogokan apatah lagi imbuhan. BN dan PN sama perangainya.
MENTERI KKM : TAKKAN DIAM JER NIH...
Baru sahaja memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dah terpalit dengan khabar angin yang sangat negatif.
Apa kes ni?
Pusat Memerangi Rasuah & Kronisme (Pusat C4) sangat terganggu oleh artikel berita yang melaporkan bahawa beberapa syarikat yang dilantik secara langsung oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membekalkan peralatan ujian berkaitan Covid-19 kini terperangkap dalam kontroversi dan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Apa yang Adham Baba dah buat? Apa kaitan dia dengan kontrak pembekalan alat ujian Covid19 ni?
Nilai keseluruhan projek pembekalan tu bernilai RM30juta. Dan Adham Baba adalah individu dibelakang semua ni?
Wow… baru beberapa bulan ada jawatan, sudah pandai cari duit tepi? Memang betul-betul UMNO Totok ni.
Pada 5 Mei bahawa sekurang-kurangnya lima kontraktor telah dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan yang melibatkan kontrak yang dipercayai bernilai sekurang-kurangnya RM30 juta.
Kontrak tersebut melibatkan pembelian kit ujian Covid-19, peralatan pelindung diri dan topeng muka.
Khabar angin berkaitan kes ini mula timbul apabila wujudnya dakwaan bahawa sebuah syarikat yang menerima kontrak telah dibayar "duit muka" yang sangat tinggi dan tidak memenuhi syarat.
Adham Baba dalam masa yang sama ketika isu ini hangat diperkatakan, telah mengeluarkan kenyataan pada 4 Mei, dengan mengatakan bahawa kementerian sentiasa memantau dan memastikan kakitangannya mengamalkan integriti yang tinggi.
Dalam Adham Baba dok berlagak macam HERO, kononnya berdiri dihadapan frontliner dan turut sama berkorban satu penemuan kritikal yang tidak diketahui oleh Pusat C4
Pencarian di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa pemegang saham dan pengarah KJSB adalah Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui. Mereka juga merupakan pemegang saham dan pengarah South Asia Noble Sdn Bhd (SAN).
Tapi ramai orang tak tahu bahawa salah seorang mantan pengarah SAN adalah Iskandar Miza Ahmad, yang kebetulan menjadi pemegang saham dan pengarah di klinik swasta Adham Baba, Klinik Adham.
Klinik Adham kebanyakan dimiliki oleh Adham Baba (96.8%) sementara Iskandar Miza yang telah menjadi pengarah sejak April 2004 memiliki kira-kira 1,000 saham.
Disini kita boleh nampak, perkaitan Adham Baba dalam isu Projek RM30 Juta KKM.
Dan Adham Baba, sehingga hari ini masih belum ada usaha untuk membersihkan nama sendiri.
Mungkin betul dia ada kaitan dengan Projek RM30Juta KKM tu?
Alahh… apa susah kan sangat nak cakap perkara sebenar. Jujur jelah dengan rakyat.
“Yaaa… memang saya ada kaitan dengan projek tu”
Itu kalau masih ada telur lahh…. Sebab biasanya pemimpin UMNO ni bila dah songlap duit rakyat, telor depa sume terus masuk kedalam… hilang terus…
Kesian.

Ambiga bantah penahanan Patrick Teoh hina TMJ
by - Cinca
KUALA LUMPUR, 10 Mei - Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mengatakan kegusarannya dengan penahanan pelakon dan juruhebah radio Patrick Teoh di atas komen yang dibuat terhadap Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.
Beliau berpendapat bahawa Teoh telah memberi kerjasama dengan pihak polis, dan oleh itu beliau tidak perlu direman selama tiga hari.
"Apa yang berlaku kepada @patrickteoh sangat membimbangkan. Apa perlunya reman apabila beliau telah memberi kerjasama dengan pihak polis?" Hantaran yang dibuat melalui akaun Twitternya.
“Patrick berumur 73 tahun dan tidak layak ditahan. Lebih-lebih lagi pada waktu ini ia dapat membahayakan kesihatannya,” tambahnya, merujuk pada penularan wabak Covid-19 sekarang.
Sentimen Ambiga disuarakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, Datuk Maria Chin Abdullah.
“Sangat setuju. Tolong lepaskan dia,” kata Maria memetik tweet Ambiga.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan awal hari ini Teoh telah direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 12 Mei untuk memudahkan siasatan.
Dia mengatakan bahawa Polis Johor menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa bahawa suspek yang berusia 73 tahun itu telah didakwa menghina Tunku Ismail, yang juga terkenal dengan julukan TMJ, dan institusi kerajaan Johor dalam catatan Facebook dengan nama "Patrick Teoh".
Ayob Khan berkata polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kandungan jelik dan menyinggung, dengan hukuman denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,
Dia mengingatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan "berita palsu" yang akan menimbulkan rasa tidak puas hati, mengancam dan juga menyentuh sensitiviti. – MalayMail/Cinca
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/ambiga-bantah-penahanan-patrick-teoh.html#ixzz6MBTI05YO
32 kali PPBM desak saya letak jawatan – Tun M
Point-point Tun Mahathir ketika di wawancara yang dapat diringkaskan dari video rakaman di bawah:
1. Undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) pada sidang parlimen akan gagal.
2. Ramai orang tak senang hati dengan Anwar terutamanya penyokong kuat Anwar sebelum ini.
3. Populariti Anwar sudah merosot. Saya tak yakin Anwar akan dapat sokongan jika ada PRU baru.
4. Tun Mahathir letak jawatan kerana MT PPBM tak lagi menyokong beliau. Beliau meletakkan jawatan dengan niat kononnya PH akan mencalonkan beliau semula menjadi PM ke-8. Tetapi malangnya PH mencalonkan Anwar. Sebab itu Mahathir kalah.
5. Tun Mahathir tekankan lagi alasan beliau meletakkan jawatan kerana PPBM telah menolak beliau. Beliau sebenarnya masih mahu lagi bersama dengan PH. Sayang benar beliau dengan DAP.
6. Tun Mahathir berkata PH telah mencalonkan Anwar sebagai bakal PM kerana menyangka Anwar banyak sokongan. Malangnya tidak, dan apabila sedar Anwar tidak banyak sokongan mereka terpaksa kembali menyokong Tun Mahathir.
7. Selepas itu Anwar telah meminta kepada Tun Mahathir agar dilantik jadi timbalan perdana menteri. Mahathir tidak bersetuju dengan alasan Anwar tidak kuat, tiada sokongan, ramai yang tidak suka kepadanya dan beliau juga tidak akan menyokong Mahathir jika Anwar dinamakan sebagai TPM. Anwar sebenarnya merupakan beban buat Mahathir. PAS, PPBM dan Azmin tidak boleh lagi terima Anwar sama sekali. Anwar adalah benda yang orang tidak suka, kata Tun Mahathir.
8. Anwar liberal, tidak akan dapat sokongan orang Melayu.
9. Bidak Anwar sentiasa menyerang dan mengecam Mahathir serta sentiasa mendesak beliau untuk meletakkan jawatan. Ini menyebabkan bidak Mahathir dari PPBM tidak suka Anwar.
10. Mahathir bekerjasama dengan Anwar dan DAP hanya kerana hendak jatuhkan Najib dan BN. Tidak pula disebut untuk menjaga kebajikan rakyat. Dikutkan lagi dengan bukti dua tahun lalu rakyat tidak terbela.
11. Mahathir sakit hati Anwar jalan merata pi jumpa Raja-raja dan berlagak aktif sebagai pemimpin.
12. Anwar ini pi mana pun buat ribut (kacau bilau).
13. MT PPBM telah mendesak Tun Mahathir untuk meletakkan jawatan sebanyak 32 kali. Malah orang yang benci kepada TSMY juga mendesak beliau letak jawatan dan sokong Muhyiddin.
14. Tun Mahathir sebak, mengaku bahawa UMNO adalah parti yang mulia dan berjasa kepada negara.
15. Tun Maharhir berkata Anwar adalah penipu besar.
Kesimpulan ringkas:
- Pakatan Harapan penuh dengan pengkhianatan.
- Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim masing-masing telah hilang kepercayaan dari parti sendiri.
- PH tidak ada agenda untuk memperkasakan rakyat. Rakyat tertindas tanpa pembelaan sewaktu PH mentadbir.
– NabeelNaqie/Cinca
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/32kali-ppbm-desak-saya-letak-jawatan.html#ixzz6MBSpRt8r
Selepas Rohingya, Bangla pula buat hal, tolak sumbangan sebab sedikit
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Namun bukan semua begitu. Ada juga yang menolak rezeki dalam masa yang sama mencari musuh.
Itulah yang terjadi kepada seorang aktivis kebajikan, Mohd Salim Aripin. Beliau menceritakan pengalaman ketika sedang mengagihkan sumbangan kepada beberapa golongan yang berasal dari Bangladesh.
Menerusi entrinya, Salim memang sudah lama terlibat dalam kerja kemasyarakatan, cakna dengan masalah pekerja Bangladesh di sekitar kawasannya yang tidak bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Di atas kesedaran itulah yang membuatkan beliau tergerak hati untuk menghulurkan bantuan.
Menurut Salim, ketika sedang mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah, secara tiba-tiba warga Bangladesh ini mendekati beliau dan ingin memulangkan semula sumbangan yang baru sahaja mereka terima.
Pada mulanya Salim memikirkan mungkin bekalan makanan mereka sudah mencukupi dan mungkin mahu sumbangan itu diberikan orang yang lebih memerlukan.
“Mengejutkan apabila mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah saya dan memulangkan semula bantuan yang diberi…”
Apabila diselidiki rupa-rupanya mereka mahu sumbangan itu diberikan mengikut jumlah yang ada dalam rumah.
Sebelum ini, sumbangan yang diberikan adalah satu sumbangan untuk sebuah rumah. Ini bermakna warga Bangladesh tersebut menuntut untuk 10 sumbangan memandangkan mereka seramai 10 orang menduduki rumah itu.
Mereka mahu 10 kampit beras diberikan kepada mereka. Bukan satu kampit beras seperti yang diserahkan oleh Salim.
Sekumpulan warga Bangladesh tersebut bertindak memulangkan semula sumbangan itu dan mendesak sekiranya kehendak mereka tidak dituruti, mereka tidak mahu menerima sumbangan Salim.
Justeru itu, Mohd Salim dan pasukannya mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka.
Segala sumbangan ditarik balik dan tiada satu pun dari warga Bangladesh itu mendapat sumbangan. Mereka seperti tidak bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan.
“Kami tak layan dan ambil semula barang² setelah menasihati mereka agar bersyukur dan jangan kurang ajar…”
Barangan sumbangan yang diberikan menerusi rumah ke rumah itu telah diambil semula, kerana bagi Salim tiada gunanya memberikan kepada orang tidak reti bersyukur.
Mengapa warga asing semakin besar kepala? Yang memalukan rata-ratanya adalah orang Islam seperti kita juga. – LepatPisang/Cinca
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/bangla-tolak-sumbangan-dakwa-terlalu-sedikit.html#ixzz6MBSDRyW0
Syed Saddiq diarah isytihar harta dalam siasatan pemilikan RM250,000
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan hartanya sebagai sebahagian siasatan ke atas wang tunai kira-kira RM250,000 yang hilang di rumahnya.
Sumber berkata, arahan itu dibuat ketika agensi anti-rasuah itu menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM berkaitan rasuah.
“Kami memberi beliau masa untuk mengemukakan butiran kerana negara kini di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat,” kata sumber kepada FMT.
Loading...
Katanya, ini turut menjejaskan usaha SPRM untuk mendapatkan maklumat dari bank kerana pegawai terpaksa bekerja dari rumah.
Setakat ini, katanya, keterangan sudah diambil daripada 3 lagi individu yang ada kaitan dengan bekas menteri belia dan sukan itu.
“Kami boleh melengkapkan siasatan secepat mungkin.”
Bulan lalu, Syed Sadiq dan 2 yang lain dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Syed Saddiq diminta menyerahkan dokumen bank untuk membantu siasatan itu.
Loading...
SPRM melancarkan siasatan susulan aduan berkaitan kehilangan wang tunai milik ahli Parlimen Muar itu.
Beliau membuat laporan polis pada 29 Mac lalu, mendakwa wang itu disimpan dalam peti keselamatan di rumahnya.
Katanya, hanya beberapa orang tahu kod peti keselamatan itu yang kali terakhir dibukanya pada 13 atau 14 Mac lalu.
Beliau enggan menjawab spekulasi berhubung insiden itu, termasuk laporan media yang wang itu milik PPBM. – FMT
TERKINI: Anwar terima hakikat jadi bakal PM sampai bila-bila
by - Cinca on
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sedia untuk menerima hakikat yang beliau tidak akan menjadi perdana menteri, menurut wawancara dengan media Australia The Age dan Sydney Morning Herald.
"Ditanya berkenaan minggu luar biasa pada Februari lalu yang menyaksikan harapannya untuk menjadi perdana menteri terpadam sekali lagi, Anwar bertegas bahawa beliau boleh menerima hakikat tidak akan menjadi perdana menteri," kata laporan itu.
"Minggu luar biasa" itu merujuk kepada "langkah Sheraton" yang menyaksikan beberapa pergerakan politik akhirnya membawa kepada tumbangnya kerajaan PH.
"Pastinya lebih munasabah untuk berada dalam kerajaan, untuk mampu memberi kesan terhadap perubahan dasar dan reformasi sebenar untuk negara, tetapi ia tidak seharusnya dibuat dengan harga tertentu.
"Kita patut melakukan apa saja yang wajar, tetapi pastinya bukan sehingga mengorbankan prinsip," katanya seperti dipetik.
Pada akhir Februari lalu, kerajaan PH tumbang setelah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada PH dan bekerjasama dengan sejumlah anggota Parlimen PKR yang diketuai Azmin Ali.
Bersama-sama Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti kecil lain, mereka menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun langkah itu juga membawa kepada pergeseran antara Muhyiddin dan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang menentang tindakan itu.
PH memiliki 92 anggota Parlimen, sementara Warisan dan Upko 10 anggota Parlimen. Parti Sarawak Bersatu yang menyokong PH pula memiliki seorang anggota Parlimen.
Ia menjadikan jumlah anggota Parlimen yang menyokong PH di Dewan Rakyat kepada 103 orang.
Pada masa sama, Mahathir sebelum ini menyatakan hasrat untuk kembali mengawal Bersatu, dan membawa parti itu kembali kepada PH.
Bagaimanapun majoriti 36 anggota Parlimen Bersatu menyokong Muhyiddin. Termasuk dirinya, Mahathir memiliki sekurang-kurangnya sokongan lima anggota Parlimen.
Ia menjadikan jumlah anggota Parlimen di blok pembangkang kepada 108 orang, kurang empat untuk mendapat majoriti.
Pada masa ini belum jelas sama ada Mahathir mampu meraih lebih sokongan untuk menambah bilangan itu. – Mkini
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/anwar-terima-hakikat-tak-jadi-pm.html#ixzz6MBOFNv32
Sidang DUN Melaka kecoh Isu singkir speaker
by - Cinca
Sidang DUN pertama Melaka untuk tahun ini tamat lebih awal daripada jangkaan, hanya setengah jam setelah ia bermula pada pukul 9.30 pagi ini.
Sidang itu berakhir setelah perbalahan antara bekas ketua menteri Idris Harun (Sungai Udang-Umno), speaker Omar Jaafar dan beberapa adun PH.
Insiden bermula ketika speaker ingin memulakan sidang dengan bacaan doa, apabila Idris bangun dan memberitahu Omar bahawa beliau tidak layak untuk berada di kerusi speaker kerana tiada sokongan majoriti ahli DUN.
Menurut seorang wartawan media kerajaan yang menyaksikan insiden itu, Idris menuduh Omar membuat keputusan menolak usul oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali (Lendu-Umno) untuk menyingkirnya daripada kedudukan speaker, atas dasar kepentingan peribadi.
Untuk rekod, hanya media milik kerajaan yang dibenarkan membuat liputan sidang pagi ini, sementara wartawan dari organisasi media lain dilarang berada di ruang yang diperuntukkan kepada media untuk mengikuti perjalanan sidang.
Berdasarkan beberapa rakaman video insiden itu yang diberikan oleh timbalan speaker Dr Wong Fort Pin, tindakan Idris itu kemudian mencetuskan perbalahan dengan beberapa adun PH menggesa speaker agar mengarahkan Idris keluar dewan.
Dalam masa sama, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) turut didakwa diprovokasi oleh Low Chee Leong (DAP-Kota Laksmana) sehinggakan kedua-dua wakil rakyat itu terpaksa ditenangkan oleh wakil rakyat lain sebelum bentara datang.
Omar kemudian mengarahkan sidang ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – Mkini/Sinar/Cinca
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/sidang-dun-melaka-kecoh-isu-singkir-speaker.html#ixzz6MBNvCb88
Norhizam tampil cerita kenapa beliau babikan ADUN DAP
by - Cinca
MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata wakil rakyat pembangkang sengaja mencari peluang menyerang dirinya ketika Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 yang berlangsung hari ini.
Beliau mengakui terkejut apabila di tengah-tengah ketegangan susulan cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker, dia secara tiba-tiba dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh beberapa wakil rakyat pembangkang yang mendakwa dirinya ‘barua’, ‘babi’ dan 'pengkhianat'.
“Pada mulanya saya hanya duduk mendiamkan diri apabila Datuk Seri Idris Haron mempertikaikan kedudukan Speaker, Datuk Omar Jaafar sehinga tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang cuba memulakan provokasi terhadap saya.
“Kumpulan mereka (pembangkang) kemudian melabel saya sebagai 'barua', 'babi' dan 'pengkhianat' dan saya hanya cuba mempertahankan diri sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas mengenai video berdurasi 1.10 saat memaparkan beliau bertegang leher dengan beberapa ADUN pembangkang itu jelasnya, beliau kecewa apabila klip video berkenaan memperlihatkan seolah-olah dia sengaja menghangatkan lagi suasana.
“Saya kecewalah macam mana video yang seolah-olah saya yang membuat provokasi itu boleh tular, sedangkan saya hanya mendiamkan diri dan diprovokasi.
“Tetapi sebagai wakil rakyat yang bersemangat kental, isu video tular ni sudah biasa pada saya. Saya percaya apa pun bentuk video yang keluar, akhirnya rakyat tahu saya seorang wakil rakyat yang bekerja,” tambahnya.
Terdahulu, Persidangan Pertama Penggal Ketiga DUN Melaka ke-14 kecoh sehingga terpaksa ditangguhkan susulan berlaku pertikaman lidah gara-gara cadangan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker sedia ada.
Selepas kira-kira 45 minit kemudian, persidangan itu diteruskan tanpa kehadiran wakil pembangkang dan juga Speaker, Datuk Omar Jaafar serta Timbalan Speaker Datuk Wong Fort Pin. — Astro Awani
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/norhizam-tampil-cerita-insiden-babi-dalam-sidang-dun.html#ixzz6MBNIemnJ
Monday, May 4, 2020
BILA MUHYIDDIN DAPAT DISINGKIRKAN? 18 MEI, JULAI, NOVEMBER, 2021 ATAU 2023?
Dalam perkembangan mutakhir, di sebalik Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran jawatan dalam GLC, Ahli MT UMNO, Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pemimpin nombor dua UMNO itu sepatutnya dilantik sebagai menteri atau timbalan perdana menteri oleh Muhyiddin.
Sekali fikir, kalau ditawarkan jawatan menteri, tentu mustahil Tok Mat Hasan menolaknya, apa lagi jika ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri.
Selain itu, kritikan beberapa pemimpin UMNO terhadap Azmin Ali berhubung penolakan 9 negeri untuk melaksanakan PKPB turit dilihat sebagai suatu bentuk tekanan secara tidak langsung terhadap Muhyiddin.
Dengan semua ini, hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu dalam PN, kalau pun belum retak, ia bolehlah dikata dalam keadaan suam-suam kuku situasinya.
Meskipun Muhyiddin mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik, tetapi bagi UMNO, mereka tidak pernah muak melakukan tuntutan dan tekanan sehinggalah semua kehendak mereka dipenuhi.
Secara umumnya, sekurang-kurangnya ada lima cabaran di depan Muhyiddin yang boleh menyebabkan beliau hilang jawatannya dan dengan tekanan berterusan daripada UMNO, sampai bilakah kemampuannya untuk bertahan?
Pertama, sidang Parlimen 18 Mei depan ini adalah penangguhan daripada tarikh asal yang yang sepatutnya pada 9 Mac. Ia ditangguhkan berikutan Muhyiddin baru mengangkat sumpah pada 1 Mac dan kerana bimbang usul tidak percaya akan dikemukakan terhadapnya, beliau telah menangguhkannya kepada 18 Mei.
Oleh kerana wabak Covid-19 sedang melanda, sidang Parlimen 18 Mei nanti hanya diadakan selama sehari dan sesuai dengan surat pemberitahuan kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa tiada usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawatan, kemungkinan besar tiada usul undi tidak percaya dapat dikemukakan pada hari tersebut.
Tetapi, selain PH berterusan mendesak agar sidang Parlimen penuh selama 14 hari diadakan, terbaru, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang pro Tun Mahathir Mohamad, Warisan dan PH telah pun bergabung tenaga membuat desakan yang sama.
Kesepakatan baru ini tentu saja tambah menggerunkan Muhyiddin, apalagi Tun Mahathir sudah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH di dalam Parlimen.
Untuk itu, sidang Parlimen 18 Mei ini, kalau pun usul undi tidak percaya tidak berjaya dikemukakan kerana keengganan Muhyiddin mengadakan sidang penuh, imej beliau sudah pun tambah merudum dan beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang penakut.
Kedua, sidang Parlimen seterusnya pada bulan Julai tidak dapat dielakkan daripada diadakan, selain untuk membentangkan banyak rang undang-undang yang tertangguh, ia juga perlu untuk membahas titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang disampaikan baginda pada 18 Mei sebelumnya.
Dalam sidang itu nanti, sukar untuk Muhyiddin mengelakkan diri daripada berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya. Mahu tidak mahu, bellau mesti mempersiapkan 112 Ahli Parlimen cukup dengan habuan jawatan serta kedudukan sebelum bermulanya sidang Parlimen Julai yang dijadual pada 13 Julai hingga 27 Ogos.
Ada seorang dua yang berkecil hati atau berasa jawatan yang diberikan tidak sepadan dengan martabat diri, bererti kedudukan Muhyiddin berada dalam bahaya.
Begitu pun, kejayaan usul undi tidak percaya itu juga bergantung kepada sejauh mana Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan PH dapat mencapai persefahaman untuk bekerjasama semula.
Gerakan Tun Mahathir secara sendirian atau Anwar secara sendirian, tidak mungkin mampu membuahkan kejayaan untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mahu tidak mahu, mereka mesti bergabung semula.
Tetapi dengan kesediaan Tun Mahathir untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH dan setujunya beliau mengeluarkan kenyataan media bersama PH serta Warisan menuntut sidang Parlimen semalam dengan sendirinya memperlihatkan persefahaman dengan Anwar hampir pasti terjalin semula.
Ketiga, sekiranya usul undi tak percaya kepada Muhyiddin tidak berjaya dibawa pada Sidang Parlimen Julai disebabkan Speaker tidak memberi laluan kerana mahu mendahulukan usul-usul kerajaan, usul tersebut boleh dibawa semula pada Sidang Parlimen seterusnya yang dijadual 28 September hingga 26 November.
Namun, jika kerajaan terus berhelah tidak membenarkannya juga, pihak pembangkang atau PH boleh melakukannya dengan cara tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.
Jika pembangkang berjaya menolak kelulusan Belanjawan 2021, kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan tumbang dengan sendirinya.
Keempat, tahun 2021 adalah tahun pemilihan bagi UMNO dan tahun tersebut adalah kritikal bagi Zahid Hamidi dari segi mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO.
Kiranya menjelang tahun 2021 iaitu tahun depan, belum ternampak tanda-tanda Muhyiddin sedia campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO, ramai yang percaya bahawa UMNO akan menarik diri keluar daripada PN.
Keghairahan UMNO menggugat kerajaan PH sehingga ia tumbang bukanlah kerana faktor DAP, Melayu terancam, Islam tergugat atau apa-apa sebab yang lain, sebaliknya faktor terbesarnya ialah kerana kes mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpinnya, terutama Zahid Hamidi dan Najib Razak.
Harus disedari bahawa tanpa kesediaan Muhyiddin untuk campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi hampir pasti akan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya jika beliau dicabar oleh pemimpin lain yang ada jawatan menteri dalam kerajaan.
Dalam budaya UMNO, di mana ada gula, disitulah banyak semut akan datang.
Setelah bersusah payah bekerjasama menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Zahid Hamidi pasti tidak mahu ia akhirnya akan menyebabkan beliau kerugian dengan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.
Pemimpin UMNO lain yang ada kes mahkamah juga lebih mungkin bersama Zahid Hamidi dalam perkara ini.
Situasi kelima iaitu PRU15 yang dijangka bakal diadakan pada tahun 2023 adalah merupakan tarikh mati yang tidak dapat dielakkan bagi PN berdasarkan pengesahan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan yang mengatakan parti itu hanya mahu bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam pilihanraya tersebut.
Dengan UMNO, BN dan Pas bakal bergabung dalam MN untuk berhadapan dengan PH yang dalam PRU15 akan datang, Bersatu pro Muhyiddin yang sekarang bersama UMNO, Pas dan GPS membentuk kerajaan PN tanpa berdaftar, hanya akan terbiar sendirian tanpa teman yang meyakinkan untuk memenangi pilihanraya.
Berdasarkan lima situasi cabaran tersebut, sampai ke tahap manakah Muhyiddin mampu bertahan?
Paling ramai menjangkakan, terutama melihat tekanan UMNO yang makin mencengkam, Muhyiddin diramal tidak mungkin mampu membawa hayat politiknya melepasi tahun 2021.
UNTUK BERSATU JADI SATU, PILIHANNYA HANYA SATU
Seterusnya, melalui kerjasama dengan UMNO, Pas, GPS dan kumpulan pengkhianat daripada PKR dan mereka yang lupa diri daripada Bersatu sendiri, Muhyiddin akhirnya diangkat sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lalu.
Sejak itu, Bersatu tidak lagi menjadi parti yang bersatu, tetapi sudah jadi parti berdua – atau terpecah kepada dua.
Satu kumpulan yang memihak kepada Muhyiddin berada dalam kerajaan tidak berdaftar PN, manakala satu pihak lagi yang menyokong Tun Mahathir terus pro kepada PH.
Setiausaha Agung juga ada dua, satu lantikan asal oleh Tun Mahathir dan satu lagi lantikan baru oleh Muhyiddin.
Dalam keadaan ini, Bersatu terus terpecah dua sehingga dalam sidang Parlimen pada 18 Mei ini, Tun Mahathir telah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH.
Mungkin beberapa lagi Ahli Parlimen Bersatu yang memihak kepada Tun Mahathir akan turut sama duduk bersama PH di barisan pembangkang.
Sesungguhnya situasi ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti sebelum ini dan ia sama sekali bukanlah sesuatu baik bagi Bersatu.
Mana-mana parti politik mesti ada satu hala tuju saja, tidak boleh sama sekali separuh berada dalam kerajaan dan separuh lagi bersama pembangkang.
Tidak lama lagi, mungkin dalam suku ketiga tahun 2020 ini, Bersatu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya.
Tun Mahathir yang mempertahankan jawatan Pengerusi tidak dicabar oleh sesiapa dan dengan demikian, beliau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Muhyiddin pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden.
Ini bermakna, menjelang pemilihan akan datang atau jika Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Presiden Bersatu dalam pemilihan akan datang ini, parti itu sentiasa menjadi parti yang ada dua nakhoda sehinggalah tempoh tiga tahun akan datang.
Jika demikian, bagaimana Bersatu mahu menghadapi PRU akan datang dan di kerusi-kerusi mana mereka ingin bertanding nanti?
Berbanding Muhyiddin yang bersama PN, tetapi UMNO sendiri telah mengumumkan akan mengenepikannya bila tiba masa bertanding, Tun Mahathir dan Mukhriz sebaliknya ingin membawa kembali Bersatu ke pangkuan PH.
Usaha membawa Bersatu kembali ke pangkuan PH tidak mungkin berjaya jika Muhyiddin terus menang sebagai Presiden kerana menangnya beliau, sementara Tun Mahathir tetap ada juga sebagai Pengerusi, parti itu akan terus terbelah dua dan caca marba.
Lantaran itu, untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang satu, dalam erti kata satu haluan dan satu tujuan, memenangkan kumpulan Tun Mahathir dalam pemilihan akan datang ini adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Hanya dengan kemenangan kumpulan Tun Mahathir menguasai Bersatu, hala tuju parti itu dapat ditentukan dengan lebih baik, terpulang sama ada selepas itu mahu kekal bersama PN, keluar meninggalkan PN atau membawanya kembali menyertai PH.
Kumpulan yang kalah pula dengan senang hati boleh menyertai mana-mana parti lain seperti UMNO atau Pas misalnya, sebagai pilihan meneruskan perjuangan.
Barangkali kesilapan Muhyiddin di sini ialah tidak meletakkan orang untuk mencabar Tun Mahathir bagi jawatan Pengerusi Bersatu.
Jika semua jawatan dipertandingkan, maka proses pembersihan dan penyucian hala tuju parti melalui usaha memastikan satu kumpulan saja menguasai kepimpinan Bersatu tentu lebih mudah untuk dilakukan.
Tetapi, dalam keadaan sekarang, oleh kerana Tun Mahathir telah diisytiharkan menang tanpa bertanding dan kedudukannya tidak boleh diketepikan lagi, satu-satunya pilihan untuk menjadikan Bersatu sebagai parti yang bersatu hanyalah dengan menjadikan Muhyiddin dan kumpulannya sebagai “korban sebuah perjuangan”.
KALAU MUHYIDDIN MASUK UMNO, ADAKAH BELIAU AKAN DIBERI LALUAN MUDAH UNTUK JADI PRESIDEN?
Dengan sokongan kuat daripada UMNO untuknya menjadi Perdana Menteri dan sebelumnya membawa Bersatu keluar meninggalkan PH, seterusnya perbalahannya dengan Tun Mahathir Mohamad tidak ternampak ada penyelesaiannya, dikatakan jalan terbaik untuk survival Muhyiddin hanyalah kembali ke pangkuan parti lama yang pernah dicerca dan diungkapkan janji tidak sesekali beliau akan menyertainya semula.
Diperkatakan lagi, sama ada berjaya mempertahkan jawatan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti itu nanti, dan lebih-lebih lagi jika kalah kepada Mukhriz Mahathir, pilihan seterusnya paling mungkin bagi Muhyiddin ialah menyertai semula UMNO.
Kalau menang, beliau diberitakan akan membubarkan Bersatu secara rasmi, sebagaimana tindakannya membawa parti itu meninggalkan PH sebelum ini, dan mengisytiharkan menyertai UMNO secara beramai-ramai.
Jika kalah pula, Muhyiddin bersama penyokongnya juga akan memilih menyertai UMNO sebagai tanda perpisahan, tetapi terpaksa membiarkan Bersatu ditinggalkan kepada Tun Mahathir bersama para penyokongnya.
Secara logiknya, tambahan lagi dengan penegasan Zahid Hamidi, Najib Razak dan Mohamad Hasan bahawa UMNO hanya bekerjasama dalam PN sehingga Parlimen dibubarkan saja, penyudah bagi Muhyiddin dan mereka yang menyokongnya dalam Bersatu boleh dikata terlalu sukar dalam PRU15 akan datang.
UMNO dan BN sebaliknya hanya komited untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional saja untuk berhadapan dengan PH.
Bertembung dengan PH dan MN, Muhyiddin dan kumpulannya daripada Bersatu hampir pasti akan “mati berdiri” begitu saja.
Lalu, kembali kepada UMNO dan menjilat kembali ludahnya dulu tidak dapat dielakkan lagi.
Cuma, Muhyiddin kini adalah Perdana Menteri dan tradisinya ialah sesiapa yang memegang jawatan Perdana Menteri melalui parti itu mesti jadi Presiden UMNO, maka jika beliau masuk semula UMNO, apa jawatan yang akan diberikan kepadanya?
Adakah Muhyiddin akan jadi Presiden UMNO dengan cara Zahid Hamidi memberi laluan kepadanya dalam pemilihan parti tahun depan?
Apa balasan atau imbuhan kepada Zahid Hamidi jika beliau sedia berbuat demikian?
Adakah ia berkaitan campurtangan dalam kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan seterusnya Zahid Hamidi akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?
Tetapi, bagaimana jika Zahid Hamidi tidak sedia memberi laluan kepada Muhyiddin kerana yakin kerjasama UMNO, BN dan Pas dalam MN turut menjanjikan harapan untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 akan datang, seterusnya menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri juga jadi terbuka?
Tambahan lagi, dengan membenarkan Muhyiddin dan kumpulannya daripada Bersatu menyertai semula UMNO, ia juga bermakna UMNO harus memberi laluan kepada mereka bertanding dalam pilihanraya dan ini dengan sendirinya mengurangkan peluang calon-calon UMNO sedia ada untuk menjadi wakil rakyat.
Dengan itu, besar kemungkinan kemasukan semula Muhyiddin ke dalam UMNO akan menghadapi sedikit kesukaran serta halangan.
Jadi, apa pllihan Muhyiddin selanjutnya jika beliau memang berhasrat mahu kembali ke pangkuan UMNO?
Adakah Muhyiddin akan menunggu sehingga Zahid Hamidi disabitkan bersalah dalam kes mahkamahnya terlebih dahulu dan dengan itu kembalinya beliau ke pangkuan untuk mengisi jawatan Presiden UMNO mungkin tidak berdepan banyak masalah lagi?
Namun, kalau Zahid Hamidi tidak boleh mempertahankan jawatan Presiden UMNO disebabkan sabitan kes mahkamah yang dihadapinya, apakah Mohamad Hasan yang kini merupakan Timbalan Presiden UMNO tidak pernah teringin mengisi jawatan tersebut?
Selepas menolak tawaran menerajui GLC daripada Muhyiddin, apakah Tok Mat Hasan seorang yang terlalu zuhud untuk menolak jawatan Presiden UMNO yang daripada jawatan itu dan melalui persefahaman dengan Pas dalam MN tidak dinafikan turut membuka peluang lebih cerah untuknya menjadi Perdana Menteri?
HUBUNGAN UMNO DENGAN MUHYIDDIN JELAS ADA TANDA2 SEMAKIN TIDAK BAIK
PN, tambahnya, bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dan kerana itu hubungan UMNO dalam gabungan kerajaan itu dan Bersatu hanyalah sehingga PRU15 saja.
Untuk PRU15 akan datang, tegas Tok Mat lagi, UMNO serta BN hanya ada perjanjian dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) dan tidak dengan PN atau Bersatu.
Dengan kata mudah, penegasan beliau itu menunjukkan UMNO dan BN akan meninggalkan Bersatu dan Muhyiddin sebaik saja Parlimen dibubarkan.
Maknanya, apa nasib Bersatu dan bagaimana ia mahu membawa diri dalam PRU15 akan datang, pandai-pandai nak hidup dan membawa diri.
Siapa pun dalam kedudukan Muhyiddin, pasti akan berasa tidak sedap hati, kalau pun tidak tersinggung dengan kenyataan Tok Mat itu.
Semalam pula, Tok Mat mengesahkan beliau telah ditawarkan untuk sebuah GLC, tetapi membuat keputusan menolak tawaran tersebut.
Beliau dikatakan menolak perlantikan itu kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan parti menghadapi pilihanraya umum datang.
Sebelum ini viral tentang beberapa tawaran Muhyiddin untuk menerajui GLC kepada pemimpin UMNO dan Tok Mat disebut ditawarkan untuk menerajui TNB.
Bersama kenyataannya minggu lalu dan keputusan terbaru menolak tawaran menerajui GLC, rasa tidak sedap hati Muhyiddin terhadap UMNO dan Tok Mat mungkin sudah di paras yang lebih tinggi sekarang ini.
Tok Mat dengan jelas benar-benar mahu membawa UMNO, BN dan MN kepada persada kuasa selepas PRU akan datang dan tidak terliur dengan jawatan dalam kerajaan tidak berdaftar PN yang dibuat oleh Muhyiddin kepadanya.
Dalam waktu yang sama, Tok Mat seolah-olah mengajak seluruh ahli UMNO menilai kembali bahawa walaupun bersama dalam kerajaan, kedudukan parti itu adalah dalam hireaki ketiga dari segi keutaman oleh Muhyiddin.
Melalui perlantikan kabinet dan kementerian yang diamanahkan, tanpa keraguan menunjukkan Muhyiddin lebih mengutamakan kelompok Bersatu, termasuk Ahli Parlimen yang melompat daripada UMNO dan kem Azmin Ali, meskipun mereka mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang sedikit berbanding UMNO.
Sementara itu, seorang Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pula membidas pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan dengan menganggap mereka sudah terpesong hala tuju.
Para pemimpin UMNO, kata beliau sepatutnya terus memperkukuh kerjasama dengan Pas dalam MN, manakala keberadaan mereka dalam PN hanya membabitkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen semata-mata.
“Sepatutnya kita teruskan usaha memperkukuhkan MN untuk siap siaga hadapi PRU-15.
“Tapi malangnya ada orang sudah terpesong hala tuju yang sepatutnya ditumpukan untuk hadapi PRU-15 tetapi digunakan untuk ambil bahagian dalam kerajaan.
“MN macam sudah tidak penting, yang penting dapat masuk kerajaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak di Perak.
Dengan kenyataan ini, tidak dipastikan sama ada ia membayangkan Tajuddin yang turut ditawarkan menerajui GLC, Prasarana Bhd, akan mengikuti jejak Tok Mat menolak sama tawaran Muhyiddin terhadapnya.
Jika beliau menolak tawaran itu, sama seperti Tok Mat, maka ia benar-benar merupakan tamparan kepada Muhyiddin yang masih terumbang-ambing dari segi kedudukan sokongan majoriti di dalam Parlimen.
Apa pun, mahu tidak mahu, Muhyiddin tentu saja mulai berasa hati UMNO sekarang ini, terutamanya dengan kenyataan dan pendirian Tok Mat itu.
Kalau Tajuddin juga mengambil pendirian yang sama, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang ada undi di Dewan Rakyat, tahap stress dan tekanan darah tinggi Muhyiddin barangkali akan meningkat dengan sendirinya.
Yang pasti, perkembangan ini memperlihatkan hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan kedudukan parti itu dalam PN juga semakin berada dalam keadaan yang tidak baik, walaupun hanya kira-kira dua bulan bersama-sama membentuk kerajaan baru melalui tebuk atap.
Dengan perkembangan ini, berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan menghadapi tekanan dan karenah UMNO?
Subscribe to:
Posts (Atom)