Jika Presiden UMNO suatu masa lalu mengaku dirinya adalah keturunan Pahlawan Bugis, Hari ini seorang lagi pemimpin UMNO mengaku turut mempunyai darah pahlawan..
Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan, beliau sendiri mendapat gelaran “Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone” pada tahun 2005 yang menjadikan beliau “Pahlawan Gowa”.
Malangnya pengakuan Najib kononnya dirinya berdarah Pahlawan itu dipandang sinis oleh kebanyakkan dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Affifuddin Omar turut mempermainkannya..
Dalam forum di Petaling Jaya Mei tahun lalu, Affifuddin yang masih lagi ahli UMNO menasihatkan Najib agar berhenti bermimpin seolah-olah beliau adalah pahlawan Bugis.
"Kalau ikut sejarah, orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh diam saja, tak bercerita.
"Orang Bugis kalau di laut kuat menyamun saja, tak payahlah bermimpi jadi pahlawan Bugis," katanya yang disambut gelak ketawa peserta forum.
Dan hari ini muncul Ku Nan mengaku bahawa dirinya berdarah Pejuang..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui darah yang mengalir di dalam tubuhnya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak.
Ini kerana beliau dan keturunannya yang berasal dari Acheh merupakan pejuang negara dan juga agama Islam.
“Lihat sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air.
“Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda. Sebab itu saya kuat, darah itulah yang mengalir,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Batu, hari ini.
Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, isu gelaran Tengku ini bukanlah isu baru memandangkan beliau pernah menjelaskan perkara ini sejak zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO lagi.
“Pada 1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda, saya bukan Tengku dari Malaysia, saya keturunan Acheh, orang Islam yang datang ke bumi Malaysia,” ujar beliau lagi.
Tengku Adnan yang mesra digelar Ku Nan turut menyedari bahawa gelarannya itu menjadi perbualan sesetengah pihak.
“Saya tahu, bila saya cakap lepas ini saya kena, sehinggakan keturunan saya mereka bangkitkan,” kata beliau lagi.
Sebelum ini, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa, gelaran itu palsu dan bukannya gelaran yang berasal daripada keturunan lapor Free Malaysia Today
Orang kata.. anak seorang Imam belum tentu akan menjadi Imam.. Anak Ustazpun belum tentu akan menjadi Ustaz atau mengikut sepenuhnya apa yang disampaikan bapanya.. Inikan pulak cucu-cicit.. Dah semakin jauh dah tu..
Pahlawan konon.. pejuang Islam, pejuang yang pertahankan tanah air konon... masa Jepun menyerang Malaysia dulu tu kat mana Ku Nan dan keturunannya?
Tak adapun aku terbaca dalam mana-mana buku sejarah kaum kerabat Ku Nan dari UMNO ini yang mempertahankan Tanah Melayu.. yang ada cuma Leftenen Adnan.. bukannya Ku Nan..
Podah!! Najib mengaku ada darah Pahlawan.. dia pun mengaku ada darah pahlawan..
No comments:
Post a Comment