Baru kehilangan jawatan Penasihat Petronas, Dr. Mahathir sudah mula meracau.
Jadi, tidak hairanlah mengapa dia marah sangat dengan Najib, dengan 1MDB kerana mengurangkan monopoli kroni-kroninya...
Dalam posting terbaru di blognya, Mahathir mencadangkan agar rakyat negara ini mengadakan referendum nasional atau undi awam bagi para pemilih di negara ini meyatakan sokongan kepada Perdana Menteri atau Dr. Mahathir
"Sekaligus menunjukkan betapa pentingnya untuk menunjukkan saya salah kerana mendedahkan skandal kewangan Najib."
Hanya dengan memangkah nama Najib, atau Mahathir, bergantung kepada mana-mana yang disokong, kata bekas Perdana Menteri itu. "Rakyat Malaysia sudah biasa dengan pengundian."
Referendum itu perlu dikendahlikan oleh syarikat atau agensi kaji selidik antarabangsa yang berintegriti dan dipantau serta diawasi oleh dua wakil yang dilantik.
Kata Mahathir, sekiranya Najib memenangi referendum antarabangsa itu, dia akan berhenti daripada mendesak Najib agar meletak jawatan. "Saya tidak akan berkata apa-apa tentang 1MDB, RM2.6 bilion dan rumah agam di UK, US dan Hollywood atau filem lucah 'Worlf of Wall Street. Najib boleh terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sepanjang hayatnya."
Bagaimanapun, sekiranya dia yang mendapat lebih undi berbanding Najib, itu bermakna rakyat menerima apa yang dia bangkitkan tentang penyelewengan kewangan Najib adalah benar. "Justeru, dia perlu meletak jawatan. Dengan cara ini, kita akan menyelesaikan persoalan tentang populariti Najib dan apa yagn rakyat fikirkan tentang skandal kewangan sekaligus."
Alternatif lain adalah, Akta Majlis Keselamatan yang perlu ditandatangani oleh Agong atau perlu menunggu sebulan sekiranya Agong tidak berbuat begitu, sebelum Akta tersebut dikuatkuasakan, kata bekas Perdana Menteri itu. "Kemudian, Najib boleh menangkap dan menahan saya tanpa perbicaraan sebagai bekas Perdana Menteri yang menjengkelkan."
"Saya mendapat mesej bahawa ini yang sedang menunggu saya sekiranya saya tidak berundur dan menutup mulut." Media bebas di Malaysia bagaimanapun, berpendapat Najib jauh lebih kuat dan lebih ramai yang menyokongnya.
Mahathir juga tersentuh dengan 'pemecatannya' dari Petronas. "Keputusan tersebut telah dibuat oleh Kabinet. Sudah tentu ianya amat penting kepada kerajaan."
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan dia sebenarnya telah meletakkan jawatan dari Petronas tidak lama dahulu. "Petronas enggan menerima perletakan jawatan saya atau elaun saya yang saya hantar balik. Mereka bertegas untuk memasukkan elaun saya ke dalam akaun saya."
"Para penyokong Najib juga mahukan saya disingkirkan dari Proton dan Yayasan Kepimpinan Perdana."
Kedua-duanya tidak dimiliki oleh kerajaan, tegas Mahathir. "Sudah tentulah, halangan besar untuk kerajaan yang boleh mendakwa sesiapa saya di bawah undang-undang pencegahan terrorism. Perkara buruk boleh berlaku, seperti mengancam untuk membankrapkan Proton atau mengancam orang yang mencipta PLF, jadi saya boleh dicampakkan. Sudah tentulah, ini merupakan demokratik."
No comments:
Post a Comment