Harta pengendali blog kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo akan disita dan dilelong kerana gagal menjelaskan ganti rugi berjumlah RM850,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Writ sita dan lelong dihantar hari ini oleh peguam Anwar, Latheefa Koya yang ditemani pegawai mahkamah di kediaman Papagomo di Villa Danau Apartment, Danau Kota.
Bagaimanapun, Papagomo tidak berada di kediamannya untuk menerima writ tersebut.
"Kami akan datang semula untuk menyerahkan notis ini dan akan mendapatkan tarikh baharu daripada mahkamah," kata Latheefa.
Anwar pada 2014 menang kes samannya terhadap Papagomo berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memerintahkan Papagomo membayar ganti rugi RM800,000 dan yuran peguam RM50,000 kepada Anwar.
Pada Mac 2013, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Papagomo menyiarkan 4 siri perkataan fitnah di laman blog miliknya.
Anwar memfailkan saman terhadap Papagomo kerana dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau mengaitkan dirinya.
Dalam penyataan tuntutan itu, defendan meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.
Menurut penyata tuntutan itu, defendan turut menulis perkataan memfitnah, lucah dan mencarut termasuk membabitkan isteri, anaknya, Nurul Izzah dan menantunya yang kononnya terlibat dalam aktiviti homoseksual.
Terdahulu minggu lalu, Papagomo juga didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju pada Januari lepas, dengan rakaman videonya menjadi viral di laman sosial ... laporan dari The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment