Sunday, March 13, 2016

Hadi disenarai 500 muslim paling berpengaruh


 
Beliau muka baru yang dipilih pusat kajian antarabangsa bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani
hadi
PETALING JAYA : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia oleh sebuah pusat kajian Islam antarabangsa.
The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan, menerusi penerbitan edisi ketujuh, The Muslim 500 2016 memberi pengiktirafan kepada Hadi bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani.
Hadi antara tiga muka baharu yang diberi penghormatan menduduki senarai dalam kategori itu.
Pemilihan individu termasuk Hadi berdasarkan pengaruh kepada dunia dan masyarakat Islam.
Seorang lagi wakil Malaysia, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim telahpun berada dalam senarai itu.
The Muslim 500 diterbitkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Pemahaman Muslim-Kristian Putera Al-Waleed bin Talal di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Penerbitan itu mengiktiraf 50 muslim paling berpengaruh di dunia manakala 450 muslim lain dipecahkan dalam 15 kategori.
Raja Jordan, Raja Abdullah ll diiktiraf muslim paling berpengaruh di dunia, diikuti Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayed dan ketiga, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz.
Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkal…an di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World's 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

No comments:

Post a Comment