SHAH ALAM - Adalah amat penting penubuhan blok politik ketiga yang dirancang Pas perlu menunjukkan kemampuan bersaing secara demokratik dan kuat dengan blok sedia ada, sekali gus mencabar dalam pilihan raya.
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, pembangkang mungkin tidak berpuas hati dengan kewujudannya dilihat bakal memecahkan undi mereka terutama di luar bandar.
"Berlainan dengan BN yang agak selesa dengan keadaan ini kerana ia beri peluang meraih kemenangan. Namun, ia mungkin memecahkan undi BN terutama di kawasan bandar.
"Jadi blok politik ketiga ini harus memikirkan agenda bersama sebagai manifesto dan perjuangan kepada gabungan itu diterima ahli dan penyokong. Jika itu mampu dilaksanakan kemungkinan blok baharu ini akan menjadi lebih kuat," katanya.
Mohd Azizuddin berkata, penubuhan blok politik ketiga itu dilihat sebagai alternatif baharu kepada blok politik sedia ada iaitu BN dan Pakatan Harapan, timbul persoalan sejauh mana rasional kewujudan blok politik ketiga itu, walaupun dari segi demokrasi, penubuhannya adalah hak parti.
Beliau turut mempersoalkan sama ada blok politik ketiga itu mampu bersaing dengan blok sedia ada seperti BN dan Pakatan Harapan.
"Adakah blok politik ketiga itu nanti terdiri dari kalangan Melayu Islam atau pelbagai bangsa? Ini kerana gabungan politik melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan dan tidak khusus kepada satu kaum atau bangsa sahaja.
"Ia juga harus mempunyai gabungan mantap yang boleh dijadikan alternatif kepada dua blok sedia ada," katanya.
Mengambil contoh politik di Amerika Syarikat dan United Kingdom, katanya, apabila parti baharu wujud, biasanya mereka berhadapan masalah bersaing dengan parti dominan.
Tetapi katanya, berdasarkan konteks dalam negara, gabungan politik diwujudkan sebelum pilihan raya.
"Bezanya, parti mana yang bakal bergabung dengan Pas belum diketahui bagi menilai kekuatan yang ada pada blok baru tersebut.
"Kebiasaannya blok politik ketiga mungkin berhadapan masalah mendapat sokongan rakyat, kerana sudah terbiasa dengan blok gabungan politik sedia ada. Ia mengambil masa untuk bersaing dengan blok politik yang lain," katanya.

No comments:
Post a Comment