Sunday, July 5, 2015

[VIDEO] UMNO & PAS Kini Berlumba Untuk Jadi Juara Rasisma


Mangkuk, cawan melayang di majlis Kit Siang

Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.

Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.

Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang. -mk





PAS Kuala Terengganu dedah agenda 'Singapura kedua' DAP


Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda 'cauvinisme' Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk 'Singapura Kedua' di Malaysia.

Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Perpecahan ini sedang dituai dengan rakus oleh DAP. Mereka angkuh dan gelojoh dalam menjayakan agenda cauvinis menguasai negara agar cita-cita sebuah lagi Singapura segera dicapai", katanya.

Ahmad Amzad juga mempersoalkan langkah agresif DAP menarik ahli dari kalangan bukan Melayu menyertai parti itu.

"DAP sedang dengan agresif mendaftar masyarakat bukan Islam sebagai pengundi untuk menguasai negara. Mereka juga ambil orang Melayu agar bila perlu, mereka ada calon untuk jadi menteri besar di negeri negeri bersultan.

"Tentu sekali (mereka) Melayu yang patuh pada agenda DAP seperti Zairil atau Nizar Jamaludin," ujar Ahmad Amzad.

Kemelut yang mencengkam Pakatan Rakyat semakin meruncing apabila DAP mula memulaukan PAS terutamanya di Sabah dan Sawarak.

Keadaan semakin memburuk apabila PAS dalam Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor pada Jun lalu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia ekoran tindakan DAP mengisytiharkan 'perang senyap' dengan memutuskan hubungannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
-Antara Pos




ULASAN GB

Kebencian terhadap bangsa lain, agama lain disemai, kononnya atas nama Islam sedangkan Islam tidak mengajar manusia saling membenci atas sebab bangsa, bahasa mahupun agama.

Menyemai kebencian ke atas kaum dan bangsa lain itulah "cauvisism" yang sebenar, mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci maki mereka, apa tah lagi dengan mereka-reka hal yang tidak benar semata-mata untuk orang lain membenci bangsa/kaum dan agama lain.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yg menyeru kepada assabiyah, serta berjuang dan mati kerana menegakkan assabiyah’br>
lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

No comments:

Post a Comment