Tuesday, July 7, 2015

Baru ingat sahabat..semasa dok JEBON, SYAITAN, SARING, TAPIS, BARUA, TOLOL dahulu tak ingat sahabat..!!


'Jangan tubuh parti baru demi persahabatan'

 
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menasihati kumpulan progresif yang masih ada dalam parti itu supaya melihat kembali dasar ketika mereka menandatangani borang keahlian sebelum memutuskan untuk menubuhkan parti baru.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Idris berkata, kumpulan progresif PAS yang kini dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru turut dinasihati agar tidak keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti lain atas dasar persahabatan.
“Macamana pun kita (perlu) berjuang (ber)sama PAS la, kita duduk dalam PAS ini untuk apa?

“Apa tujuan masuk PAS? Yakin tujuan semua masuk PAS gitu, tak perlu tubuh parti baru (atas dasar) sebagai kawan dan sahabat,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, semasa menandatangani borang keahlian PAS sebelum ini beliau tidak menyangka akan bertanding dalam pilihan raya dan tidak juga terfikir akan menjadi wakil rakyat.


Malah katanya, oleh kerana dasar PAS, semasa berada dalam Dewan Pemuda beliau tidak bertanding jawatan tertinggi memandangkan Salahudin Ayub (bekas naib presiden) mahu menjadi ketua.

Idris bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut ketika ditanya sekiranya penubuhan parti itu tetap diteruskan dengan berkata: “Saya tak nak komen, nanti terasa hati kawan-kawan”.

Ekoran pemilihan dalam muktamar PAS awal Jun lalu, semua tokoh yang dianggap progresif - kecuali Mazlan Aliman - kalah di tangan perwakilan.

Mereka kemudian bergerak bersama di bawah nama G-18, manakala Mazlan meletakkan jawatannya daripada Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Dalam muktamar itu juga PAS telah menerima usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang mengakibatkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Ketika ditanya mengenai perpecahan dalam PAS, Idris berkata, parti itu tidak bimbang jika Umno dan DAP mendapat laluan lebih mudah masuk ke Kelantan bagi meraih undi.

katanya, penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang itu mempunyai kekuatan keahlian dan keagamaan yang kuat.

“Kelantan ada satu kekuatan, (iaitu) kekuatan keahlian yang ramai. Kelantan (juga) ada sentimen agama, sebab itu Umno kena berlakon untuk sokong Enakmen Syariah,” katanya.

Tambahnya, walaupun kini terdapat usaha dari Umno dan DAP meraih undi melalui program bantuan mangsa banjir di Kelantan, bagi Idris, ia bukan masalah jika usaha itu dibuat untuk membantu.

Malah beliau juga yakin PAS di Kelantan dapat mengekalkan undi mereka berdasarkan ‘semangat’ pengundi di negeri itu.

“Saya sebagai orang PAS saya kena yakin dan Umno tidak ada peluang (menakluki negeri Kelantan),” katanya.

No comments:

Post a Comment