Monday, July 27, 2015

Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang?



Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang? Datuk Seri Najib Razak menikmati jamuan makan malam ini bertentangan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) meminta timbalan perdana menteri itu bersabar menunggu hasil siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang mengenakan baju batik hitam dilihat kurang bercakap dengan Muhyiddin yang duduk bersebelahan dengan Tuan Yang Terutama Melaka Tun Khalil Yaakob.

Rumah Terbuka CIMB diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang turut diserikan dengan kehadiran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.

Antara tetamu kehormat yang disaksikan memeriahkan majlis itu ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandez, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan lain-lain.

PMO petang tadi meminta semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran kerajaan termasuk Muhyiddin perlu menunggu hasil siasatan ke atas 1MDB sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Gambar Menceritakan Bagaimana Hubungan Najib - Muhyiddin Sekarang?

Menurut PMO, seharusnya anggota pentadbiran kerajaan mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap Putrajaya dan Umno.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka."

Semalam Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, laporan The Wall Street Journal (WSJ) RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi Najib adalah satu perkara yang serius dan memerlukan penjelasan.

"Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: "Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya". Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian.

"Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan," katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur malam semalam.











No comments:

Post a Comment