Sunday, July 5, 2015

Rumah & Pejabat Najib tak diselongkar, sebaliknya 3 syarikat yang salurkan duit di geledah


PELIKKAN, PEGUAM NEGERA TIDAK SELONGKAR PEJABAT DAN RUMAH NAJIB RAZAK, SEBALIKNYA TIGA SYARIKAT YANG SALURKAN DUIT DIGELEDAH


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara bahawa serbuan keatas 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak telah pun dilakukan oleh pasukan khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan BANK NEGARA.

Tindakan serbuan tersebut dialu alukan. Namun penjelasan perlu diberikan juga oleh Peguam Negara ialah apakah serbuan juga telah dibuat keatas pejabat dan rumah Datuk Seri Najib untuk mendapat maklumat dan penjelasan dari Datuk Seri Najib. Penjelasan juga perlu diberikan apakah pasukan khas telah mendapat pegesahan dari pihak AmBank tentang status akaun Datuk Seri Najib seperti yang didedahkan oleh Wall Street Journal dan Serawak Report.

Pasukan khas khususnya bank negara perlu mendapatkan pengesahan dari AmBank tentang akaun yang dikatakan dimiliki kepunyaannya oleh Datuk Seri Najib dan benar kah akaun tersebut pernah menerima USD700 seperti yang didakwa. Jika akaun tersebut bukan akaun Datuk Seri Najib, bank negara perlu mendapat penjelasan dari AmBank adakah Datuk Seri Najib mempunyai apa apa akaun bank di AmBank dan berapakah jumlah wang simpanan dalam akaun tersebut. Perkara ini penting untuk membolehkan penyiasatan terhadap kekayaan wang simpanan yang dimiliki oleh Datuk Seri Najib.

Penjelasan dari Tan Seri Ghani Patail sangat penting untuk meredakan kegelisahan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.penjelasan yang telus dan tindakan yang tegas kepada WSJ Dan SR hatta kepada Datuk Seri Najib akan dapat menyelamatkan keadaan dari krisis yang lebih buruk.

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5 Julai 2015

No comments:

Post a Comment