Sunday, July 5, 2015

Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib.

 
 


Oleh Lim Hong Siang


Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib. Malah jikalau Najib pecat Muhyiddin malam ini juga, saya yakin Muhyiddin akan reda dan akur akhirnya. Jangan harap Saifuddin Abdullah atau siapa-siapa keluar UMNO dan tubuh parti baru untuk menentang UMNO.

Jawapannya, MUSTAHIL. Ini kerana semua orang sedar akan nasib mereka yang keluar dan menentang UMNO. Malah pemimpin yang paling berkarisma dan licik berpolitik seperti Anwar Ibrahim pun, dua kali dipenjarakan. Gagal walaupun 17 tahun mencuba.

Akhirnya beliau ditinggalkan meringkuk dalam penjara bersendirian. Malah dicemuh dan disindir, "Inilah risiko nak merebut kuasa." Sampai dirinya apabila ditanya khabar, masih nak minta rakyat usah risau tentang keadaannya.

Bandingkan dengan Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. Biarpun dalam UMNO, hidup mewah, tetapi masih disanjung dan dipuja sebagai "reformis" dalam sistem, hanya kerana sekali-kala membuat kenyataan yang dilihat agak terbuka. Orang tak kisah siapa taja NGO Saifuddin Abdullah, orang lupa berapa duit menantu tu angkat, orang hanya ingat dia angkat bagasi untuk seorang gadis dalam kapal terbang.

Dan saya rasa ini masalah kita juga. Senang ditipu kerana terlalu naif. Gagal melihat bagaimana pemegang kuasa boleh mengerah segala jentera negara untuk menjahanamkan musuh politiknya. Paling jelek ada pula tokoh agama yang senang termakan dengan tuduhan liwat terhadap "kawan"-nya, tetapi apabila "lawan"-nya dituduh memunggah dana awam, dia sukar nak percaya pula.

Ini sebabnya masyarakat kita kekal begitu sahaja. Tak ke mana. Jangan balik kampung jika nak jimatkan duit. Jangan makan ayam jika tak nak bayar GST. Padan muka kita, kan?

No comments:

Post a Comment