Anak Exco dan adik Exco Dato' Nassuruddin Daud begitu gembira |
Saya dididik oleh keluarga supaya mengurangkan aktiviti hiburan dan menumpu perhatian sepenuhnya menghafal al-quran dan membaca kitab. Dari kecil ayah dan ustaz mendidik bahawa maksiat boleh menjadi penyebab kami mudah lupa apa yang kami hafal dan belajar.
Mungkin maksiat kepada anda tidak sama dengan kami. Bagi kami, ketawa atau membuat sesuatu yang tidak berfaedah itu maksiat.
Dihati kami sentiasa membaca dan mengingat apa yang kami telah hafal. Saya pernah terlupa sural Ar Rahman ketika menjadi imam terawih pada ramadhan 2 tahun lepas hanya kerana saya sibuk lepak makan colek dan berborak-borak dengan kawan-kawan selepas berterawih.
Selepas peristiwa itu saya sentiasa menghindarkan diri dari segala majlis atau program yang melalaikan atau ada unsur-unsur maksiat.
Budak-budak tahfiz beratur dan berpanas di luar sekolah semata-mata untuk menyambut Awie & the gang |
Mereka terpaksa beratur dan berpanas di luar sekolah semata-mata untuk menyambut rombongan motosikal berkuasa besar yang diketuai Awie.
Adik saya sebelum ini langsung tidak mengenal siapa itu Awie. Beliau menyangka Awie seorang Tok Guru atau seorang Hafiz melihat kepada persediaan menyambut kumpulan tersebut.
AJK MTD, Pemuda dan Muslimat Pas memenuhi sekolah mereka. Seolah-olah pimpinan besar akan turun. Namun hanya dia terkejut apabila hanya sekumpulan motosikal berkuasa besar sahaja yang datang. Mereka menyangkakan kumpulan motosikal itu pengiring, namun adik saya terkejut apabila seorang berambut panjang dan berseluar jeans ketat itulah yang mereka perlu sambut.
Namun, sehingga kini saya sendiri tidak faham tujuan Awie itu diangkat sedemikian rupa. Saya tidak mahu membuka aib beliau namun saya tidak nampak kedatangan Awie ke sekolah tahfiz itu mampu mengangkat atau memperkasakan pendidikan tahfiz atau pun hal-hal dakwah.
Pakaian sunnah dijadikan satu bahan jenaka? |
Mereka memperbodohkan diri semata-mata kerana seorang artis rock. Sedangkan sebelum ini kami diajar untuk lari dari dunia ini. Tiba-tiba kini mereka pula yang membawa artis berambut panjang ini untuk dijadikan ikon. Ini satu penghinaan kepada kami pelajar tahfiz.
Kami juga bersedih apabila Kerajaan Kelantan terus "memuja" Awie dan menyediakan Stadium Negeri dan membenarkan menyanyi dalam keadaan lelaki dan wanita bercampur tanpa kawalan.
Walau kami tidak ke sana, namun kami takut sekiranya perkara itu boleh menyebabkan Allah swt datangkan bala kepada kita semua. Kami berharap Kerajaan Kelantan dan penganjur bertaubat atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Selepas kepulangan Awie, negeri yang kami cinta ini terus bergolak. Parti-parti politik terus bertelagah hanya kerana Awie. Bahkan pelajar tahfiz dari luar negeri Kelantan juga hubungi saya menyatakan ketidaksenangan dengan apa yang telah berlaku ini.
Rockers berambut panjang untuk dijadikan ikon
kepada pelajar tahfiz?
|
Puak-puak politik terus berbalah dan saling bercakaran sehinggakan Ketua Pemuda Amanah berani membuat laporan polis terhadap Menteri Besar yang kita sayangi. Saya tidak faham kes yang mereka bawa namun saya yakin sekiranya Ketua Pemuda Amanah Kelantan membuat laporan polis sudah pasti kes itu sangat serius. Saya menunggu ceramah penerangan dari PAS tentang isu Skim Cepat Kaya yang dikaitkan dengan MB namun sehingga kini saya tidak nampak poster atau Tok Penghulu datang untuk menjemput kami bagi memenuhi tempat ceramah.
Imam Besar Rock selepas ditarbiah oleh Sudin Copong? |
Namun saya ingin tegaskan, bahawa kami pelajar tahfiz dan pondok sama sekali tidak bersetuju apabila program itu akan dihadiri tokoh wahabi Dr Zakir Naik.
Saya bukanlah seorang anti wahabi, namun saya perpandangan, ini bukanlah waktu yang tepat. Seperti mana yang kita tahu, konflik di Sekolah Pondok Moden sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian. Kedatangan tokoh wahabi itu jelas seperti ingin mencabar para Guru pondok. Dimana sebelum ini Kerajaan Kelantan telah berkerjasama dengan Kerajaan Madinah yang melahirkan ulamak wahabi yang menimbulkan kemarahan para Tok Guru pondok.
Kami tidak mahu aliran wahabi bertapak di Kelantan. Sekiranya kerajaan atau Pas ingin teruskan dengan program ini, saya tidak teragak-agak untuk menyokong Amanah atau Umno.
Saya berharap surat terbuka ini dapat membuka minda pimpinan kerajaan Kelantan. Kami masih sayangkan Pas, namun sekiranya Pas terus merosakkan negeri ini, kami juga akan bersama parti lain untuk membaiki kerosakan ini.
Amirul Habibullah
Pelajar Tahfiz STAM ~ Grp WhatsApp Bekas Tentera (PV-PNM) Negeri Perak
No comments:
Post a Comment