Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di London, adalah tertumpu kepada membentuk sebuah pakatan berasaskan reformasi serta dalam usaha demi Malaysia yang lebih baik.
'Biar parti menentukan sama ada saya akan kekal di sini mahupun dipindahkan ke tempat lain.'
Izzah berkata, namun malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah menghangatkan isu ini sebagai serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pembangkang secara langsung dan tidak langsung.
"Kesemua serangan ini berpunca pasca berita berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencapai kesepakatan antara Pakatan Harapan dan parti Bersatu demi usaha formaliti membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional yang melindungi kleptokrat atau perompak bangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini sebuah portal melaporkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Mahathir di London yang dikatakan usaha menyelesaikan krisis struktur kepimpinan di barisan pembangkang itu.
Jelas Izzah, sebab utama pertemuan adalah usaha konsisten demi Malaysia, dan ini petunjuk jelas bahawa ketakutan mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan kelihatan gentar dengan kesatuan ini.
"Saat Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil bersama untuk rakyat bakal menggegar kekuatan rakyat yang mana julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para pemerintah elit," katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.
Katanya lagi, "alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan meluas dari pihak atasan yang tampil membuat kenyataan balas dan serangan bertubi-tubi".
Justeru katanya lagi, diyakini bahawa struktur Pakatan Harapan bakal dimuktamadkan.
"Insya-ALLAH, akan dimuktamadkan menerusi mesyuarat rasmi," katanya.
Pertemuan di antara Nurul Izzah dan pengerusi Bersatu itu berlangsung pada Isnin lalu, di mana difahamkan bahawa anak sulung Anwar itu itu berada di London untuk bertemu dengan peguam ayahnya, manakala Dr Mahathir pula bagi tujuan menyambut Aidilfitri bersama anak dan cucunya lapor Sinar
No comments:
Post a Comment