Tuesday, July 11, 2017

Kos sara hidup: Kerajaan mesti tumpu tangani punca




 
Oleh Nasrudin Hassan
  
1. SABAN hari rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Pertambahan pendapatan yang sangat perlahan adalah tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terlalu ketara.

2.    Kerajaan pula dilihat sudah selesa dengan pengiktirafan oleh Economist Intellegence Unit yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara dengan kos sara hidup terendah dalam kalangan negara-negara Asean. Sedangkan, kaji selidik itu hanya membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia.

3.    Dua (2) jawatankuasa:

(i) Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kos Sara Hidup dan

(ii) Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kos Sara Hidup

yang ditubuhkan oleh Kerajaan sebelum ini dalam tempoh 2014 hingga 2016 juga dilihat tidak mempunyai peranan yang jelas, perancangan yang strategik dan tindakan yang berkesan sehingga mengakibatkan isu kos sara hidup ini terus membelenggu rakyat di negara ini.

4.    Kerajaan menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan ini sepatutnya memberikan penumpuan bagi menangani punca-punca ini. Antaranya ialah dengan :

(a)    Memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai alternatif lain (seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham yang dicadangakan oleh PAS) jika negara masih memerlukan cukai.

(b)    Menilai tahap pematuhan syarikat dan perniagaan terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada serta mengenakan tindakan kepada pihak yang melanggarinya.

(c)    Menangguhkan semua pelaksanaan rasionalisasi subsidi ke atas barangan utama (seperti bahan api, sumber tenaga dan makanan) sehingga keadaan ekonomi domestik kembali stabil dan rancak.

(d)    Menyelesaikan isu pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian graduan negara ini dan mengurangkan pengambilan pekerja asing.

(e)    Menyediakan pelan alternatif bagi menggantikan struktur ekonomi yang terlalu bergantung kepada sektor gas dan petroleum; dan juga cukai serta saman.
Sejahtera Bersama Islam

*Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pus

No comments:

Post a Comment