Tuesday, July 11, 2017

SOALAN HUSAM MUSA DALAM SIDANG DUN KELANTAN.


Isu projek karbon kredit Kelantan,TV3 .RTM dan media UMNO masih diam.Isu boleh meletup ini seakan tidak diminati abang besar Najib.Mungkinkah kerana mereka rakan sekutu.

Berikut adalah senarai Soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Dato Husam selaku ADUN SALOR kepada persidangan Dewan Hari ini.

1. Adakah 10 juta ringgit telah diterima oleh Kerajaan dari  Climate Protectors.

2. Jika sejumlah 10 juta itu telah diterima....Bila?

3. Adakah Kerajaan memiliki surat rasmi dari UN-Redd atau cabang mana-mana pihak dari PBB yang menyatakan Climate protectors berdaftar dengan PBB bagi menjayakan Projek Karbon Kredit?

4. Adakah kelulusan 103 ribu hektar kawasan taman negara ini telah mendapat kelulusan dari Tuanku Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong?
 Jika ada surat tersebut mohon surat tersebut dimaklumkan bila tarikhnya?

5. Adakah Perkara hal berkenaan tidak dimaklumkan bahawa tidak ada mana perkara boleh dilakukan oleh mana-mana pihak tanpa perkenan Tuanku Sultan dan YDP Agong, adakah perkara ini dimaklumkan kepada MB dan mengkaji sebaik mungkin?

6. Adakah YB MB tahu bahawa dialamat tersebut adalah sebuah koperasi dan tiada langsung pejabat syarikat tersebut sebagaimana alamat yang di catatkan diperjanjian?

7. Kenapa semakan tidak dibuat terhadap latar belakang TS Tang yang merupakan orang yang sama dalam Ecobit dan Climate Protectors dan segala aktiviti jualan BITCOINS oleh ecobit sehingga jualan ini telah memperdayakan kepada orang awam?

8. Dimanakah pegawai-pegawai MB yang sehingga tidak dapat memantau jualan oleh ecobit yang mencecah 7 juta ringgit Malaysia kepada orang awam.

9. Adakah Kerajaan telah menerima 10 juta itu yang semua deal dan semua perkara penerimaan dan pembayaran oleh Climate Protectors MESTI DI KELASKAN SEBAGAI RAHSIA?

10. Kenapa semakan tidak dibuat oleh pihak Kerajaan dengan teliti terhadap Syarikat ini?

11. Saya ingin penjelasan didewan ini, Apakah hujah-hujah dan sebab-sebab pihak kerajaan untuk tidak membatalkan perjanjian ini selepas isu ini dibangkitkan?

12 Kenapa report polis dibuat keatas saya,adakah ini cara yang betul menjaga kepentingan negeri Kelantan kenapa report Polis tidak dibuat terhadap Mr Tang, Climate Protectors,Ecobit?Kenapa report Polis dibuat kepada orang yang ingin menyelamatkan kerajaan Kelantan?

13.Apa akan jadi kepada Negeri Kelantan jika orang yang terlibat melarikan diri dalam tempoh 2 tahun lagi lari dan meninggalkan Program Karbon Kredit ini,apa akan jadi kepada Kerajaan Negeri pada waktu itu?

14. Kenapa pegawai-pegawai disekeliling MB tidak peka dengan berita internet yang jelas memaparkan tentang ALERT yang di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan MB masih lagi dengan bangga berucap tentang hal ini seolah-olah tiada apa yang berlaku?

15 Saya difahamkan akan ada satu lawatan ke China, baru2 ini ke Sepanyol, rombongan ke Korea, ke jepun dan hasilnya kilang KPK yang saya telah bangkitkan hal ini, sehingga ini saya tidak pernah menerima jawapan berasaskan audit dalaman SUK, Rosyaimi Enterprise ambik kayu tak bayar harga kayu ....Saya difahamkan Rosyaimi Enterprise engkar bayar....Adakah pihak pengurusan KPK akan mengambil tindakan mahkamah terhada Rosyaimi Enterprise untuk memaksa Rosyaimi Enterprise membayar hutangnya?

16. Kilang itu dulunya telah disewakan kepada souncern, Dalam kes kilang ini di tutup,pekerjanya diberhentikan, satu perjanjian antara Pengurusan Souncern dengan KPK 30 ribu sebulan, dikatakan Pihak souncern tidak bayar sewa kerana mungkin alasan akan dikemukakann kepada dewan ini bahawa mesin tidak dibaiki? Telah digantikan oleh Syarikat Fox valley yang menyewa untuk tujuan penternakan lebah sebanyak 20 ribu sebulan,adakah kadar 20 ribu telah ditentukan secara saksama? Adakah kerana kita nak bagi kepada kawan kita,kita bagi jumlah sewa sejumlah itu

17. Dalam kes Pasar Pasir puteh, lembah binjai,kg laut...kalau fasa-fasa yang lain boleh dibatalkan kenapa fasa yang pertama  tidak boleh dibatalkan terutama kawasan yang melibatkan rumah-rumah orang kampung?

18. Kenapa kita tidak pergi kepada cara perkongsian keuntungan dengan orang kampung dan dirundingi mereka yang terlibat bersesuaian dengan corak cara membangun bersama islam seperti di dakwa?

19 Harapan saya perkara dibawah Pejabat Pembangunan negeri, ada jalan-jalan yang telah dibuat dikawasan DUN SALOR  yang telah dijanjikan akan dibayar peruntukkan khas dibawah KPK.

20. Di Pasir Puteh, berkaitan pejabat tanah dan jajahan...Dalam kelulusan asal oleh Pejabat Daerah Pasir Puteh...Pasar ini diluluskan dengan plan 2 tingkat tetapi tiba-tiba tinggal setingkat, setingkat itu hilang menjadikan ianya cramp,takkan kes buat pasar pihak YB tidak boleh berunding?

No comments:

Post a Comment