Cadangan Buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Oleh: yieMEGA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA atau ringkasnya PPBM merupakan sebuah parti baru yang ditubuhkan atas dasar untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan rejim Barisan Najib. Ia dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohd dan Presidenya adalah Tan Sri Muhyidin Yassin.
Oleh: yieMEGA
Walaupun PPBM merupakan sebuah parti yang baru, namun pengikutnya terus bertambah dari hari ke hari. Perkara ini telah membuatkan beberapa pemimpin di dalam kerajaan rejim Barisan Najib tidak senang duduk, begitu juga saluran media massa swasta yang terkenal sebagai penjilat nombor satu kerajaan rejim Barisan Najib telah memperhebatkan serangan demi serangan ke atas PPBM bagi mengurangkan pengaruh parti tersebut di samping bermatlamat mengagalkan usaha PPBM untuk membentuk kerajaan selepas PRU 14 kelak.
Namun, usaha-usaha mereka ternyata sia-sia kerana sedikitpun tidak melemahkan para pemimpin parti PPBM malah mereka telah membuat pekerja-pekerja parti bertambah semangat demi memastikan kerajaan rejim Barisan Najib dapat digugurkan selepas PRU14. Apa-apa pun tujuan artikel penulis pada kali ini bukanlah untuk mempromosi parti PPBM tapi lebih kepada memberi cadangan yang mungkin berguna buat mereka di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tak lama lagi.
Pertama sekali sebagai sebuah parti baru penulis ingin cadangkan agar mereka menggunakan graduan-graduan yang menganggur mahupun graduan yang sudah bekerja tetapi yang tak setaraf dengan kelayakkan akademik mereka sebagai calon-calon pilihan raya untuk parti mereka. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai serampang dua mata di mana PPBM boleh menarik sokongan ramai kerana mereka sendiri tiada isu yang boleh dimanipulasikan oleh kerajaan rejim Barisan Najib. Keduanya, PPBM membantu mengurangkan kadar pengangguran negara kita dengan mengambil graduan menganggur sebagai calon pilihan raya untuk parti mereka.
Keduanya parti tersebut hendaklah melancarkan manifesto dengan seberapa segera bagi membolehkan rakyat melihatkan apakah yang mereka akan dapat sekiranya mereka memilih PPBM di dalam PRU14 kelak dan ianya salah satu bentuk promosi yang tidak kurang pentingnya bagi sebuah parti baru seperti PPBM.
Ketiga cadangan penulis buat bersatu ialah mereka harus bertanding di semua kawasan dun di dalam negeri Terengganu kerana dengan cara itu berkemungkinan besar PPBM mampu membentuk kerajaan negeri Terengganu, untuk rekod orang Terengganu suka mencuba jadi sebagai sebuah parti yang baru mungkin akan menarik minat rakyat Terengganu untuk mencuba sejauhmana pentadbiran yang dilakukan oleh PPBM adalah lebih baik daripada kerajaan rejim Barisan Najib atau sebaliknya.
Dalam pada itu, PPBM perlu menggerakkan semua jentera-jentera parti mulai sekarang kerana dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh PPBM ianya mungkin mampu menarik minat rakyat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PPBM.
Akhir kalam, penulis percaya PPBM mampu menjadi sebuah parti politik yang kuat dan mampu menewaskan kerajaan rejim Barisan Najib di dalam PRU14 kelak. Penulis percaya ramai rakyat yang berada di luar sana mahukan PPBM menjadi kerajaan pasca PRU14 kelak. Golongan muda perlu diutamakan sebagai sasaran utama PPBM untuk menarik sokongan ramai.
No comments:
Post a Comment