Thursday, July 27, 2017

Jangan takut mengundi, kerajaan tidak tahu siapa undi siapa, kata Dr Mahathir


DALIA ISMAIL

Mahathir Muhyiddin


Kakitangan kerajaan dan anggota berpakaian seragam di negara ini tidak perlu khuatir dengan kemungkinan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) akan mengetahui undi terhadap parti yang disokong oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan  meimbulkan kebimbangan itu, kerajaan akan berjaya menimbulkan ketakutan kepada rakyat untuk memberikan undi kepada pakatan pembangkang.

"Pihak pemerintah cuba menakutkan orang (pengundi) kononnya mereka dapat tahu siapa undi untuk siapa.

"Mungkin ramai yang takut jika tidak undi kerajaan akan diambil tindakan terhadap mereka.

"Sebenarnya kerajaan tidak dapat menentukan siapa undi siapa.Sebab itu kita nak bagi tahu kepada pengundi jangan takut untuk mengundi.

"Kerajaan tidak akan tahu parti mana yangg awak undi pun...terutama kepada pengundi pos dan pegawai kerajaan," ujarnya dalam sidang media selepas menghadiri majlis mesyuarat mingguan pimpinan tertinggi di Ibupejabat parti itu petang ini.

Menurut Dr Mahathir lagi, kerajaan sebelum ini dakwanya sering mengambil tindakan terhadap rakyat yang secara terang-terangan menyokong parti itu.

"Kita dapati ramai yang takut kalau mereka undi parti lawan tindakan akan diambil ke atas mereka.
"Ada besar kemungkinan kerajaan akan kalah dan sebenarnya bila kalah kelak, kerajaan yang ada hari ini, sudah tentu tidak dapat mengambil sebarang tindakan pun.

"Untuk menentukan kerajaan BN kalah mereka perlu undi Pakatan Harapan dan jika kami menang, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pengundi yang tidak menyokong pembangkang, bahkan tiada tekanan yang akan kami buat ke atas sesiapa pun.

"Kalau perkara ini berlaku bermakna pengundi sebenarnya yang membuat keputusan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi, "ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Datuk Dr Shaharuddin.

Dr Mahathir juga menerangkan ketika di zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun, tidak dinafikan ada cara yang dilakukan yang mana undi tidak dirahsiakan.

"Ada kadang-kadang cara yang dibuat di kalangan pasukan beruniform undi tidak dirahsiakan.Dulu sewaktu itu banyak yang bermusuh dengan saya tetapi mereka dapat juga jawatan jadi menteri

"Sekarang ini kita mahu undi pos, kita perlu menghantar wakil daripada parti pembangkang untuk melihat pengundian dibuat.

"Kita khuatir badan tertentu yang menghantar pegawainya yang kelihatan bengis untuk menakutkan pengundi tidak boleh berlaku sekarang ini.," ujarnya.

AES/AwaS sejak ianya mula dikuatkuasakan sehingga terkini adalah sebanyak 142,135 notis saman dikeluarkan


Semalam 25 Julai 2017 Ahli Dewan Rakyat Kawasan Pokok Sena Dato' Haji Mahfuz Omar bertanyakan kepada Menteri Pengangkutan :
(a) berapakah jumlah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang baru dipasang sehingga kini dan berapakah jumlah pembayaran telah dibuat untuk pemasangan kamera tersebut; dan
(b) berapakah jumlah saman dikeluarkan dan berapakah pengguna dikenakan pemotongan mata dimerit sejak penguatkuasaan AWAS (Automated Awereness Safety System) pada 15 April 2017 sehingga sekarang.
Hari ini jawapan bertulis dari Menteri diterima dan ini jawapannya.
a) Sehingga kini sebanyak 21 kamera Automated Awareness Safety System (AwaS) telah beroperasi melibatkan 8 lokasi di negeri Perak, 2 lokasi di negeri Selangor, 3 lokasi di Kuala Lumpur, 2 lokasi di Putrajaya, 2 lokasi di negeri Johor, 1 lokasi di Kelantan, 1 lokasi di Kedah dan 2 lokasi di Terengganu. Segala kos berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem serta infrastruktur AwaS adalah dibiayai oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
b) Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jumlah saman yang dikeluarkan kepada pemandu kenderaan melalui sistem AwaS sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017 sehingga terkini adalah sebanyak 142,135 notis saman. Daripada jumlah tersebut sebanyak 12,354 notis saman telah dikeluarkan berkaitan kesalahan gagal patuhi lampu isyarat merah dan 129,781 berkaitan kesalahan memandu melebihi hadlaju yang ditetapkan. Manakala bagi pengguna yang dikenakan mata demerit adalah sebanyak 7,258 orang.
TAHNIAH kepada Menteri Pengangkutan kerana menjawap soalan dengan jelas dan tepat.
Jawapan Menteri Pengangkutan menimbulkan beberapa perssoalan antaranya ialah :
a) Bagaimana semua pembiayaan pembangunan, penyelenggaraan dan operasi sistem serta infrastruktur AwaS dibiayai sendiri oleh syarikat penyedia perkhidmatan iaitu LTAT sedangkan dalam jawapan Menteri di Dewan Rakyat pada sidang yang lalu, Menteri menjelaskan bahawa secara dasarnya, kaedah pembayaran akan terbahagi kepada dua iaitu fi tetap dan fi boleh ubah. Bagi bayaran fi tetap, MOT dan LTAT telah bersetuju supaya bayaran adalah mengikut jumlah pemasangan kamera sehingga April 2018, manakala fi boleh ubah adalah selaras dengan keputusan yang dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 November 2016 iaitu berdasarkan jumlah saman sah yang dikeluarkan oleh pihak JPJ.
Hari ini Menteri menyatakan bahawa semua kos pemasangan, penyelenggaraan dan operasi dibiayai sendiri oleh syarikat sedangkan sebelum ini telah dipersetujui MOT membayar berdasarkan fi tetap. Adakah benar Kerajaan melalui MOT tidak membayar sesen pun kos pemasangan kamera atau Menteri cuba mengelirukan Dewan dengan menyembunyikan pembayaran yang dibuat oleh MOT kepada syarikat?
b) Berdasarkan jawapan (b) jelas bahawa sebanyak 7,258 pengguna daripada 142, 135 telah membayar tawaran kompaun justeru dikenakan hukuman melalui sistem mata demerit. Persoalannya sehingga kini, pengguna tidak dimaklumkan status saman yang dikeluarkan adakah ianya akan dibawa ke Mahkamah atau bagaimana? Sejak Disember 2012 semua prosiding mahkamah bagi saman AES yang kini dijenamakan semula sebagai AwaS dibekukan oleh Jabatan Peguam Negara. Kenapa pengguna perlu membayar tawaran kompaun dan dipotong mata demerit sedangkan saman-saman tidak dibawa ke Mahkamah? Jika penerima saman tidak membayar kompaun, apa status mereka?
Tindakan MOT melalui JPJ meminta pengguna membayar kompaun tanpa menjelaskan bahawa saman tidak dibawa ke Mahkamah dan kemudian memotong mata demerit adalah tidak berhemah. Ianya jelas menzalimi pengguna yang tidak mengetahui hakikat sebenar proses undang-undang. MOT dan JPJ seolah-olah mengambil kesempatan di atas kurangnya pengetahuan pengguna tentang undang-undang.
Menteri Pengangkutan perlu jelaskan persoalan ini.
ZULHAZMI SHARIFF
Pengerusi
Sekretariat Protes AES (ProtAES)
26 Julai 2017

SUDAH CUKUP DENGAN JANJI-JANJI MANIS UMNO BN, RAKYAT INGINKAN PERUBAHAN


Kenyataan Media | 25 Julai 2017
Saya membaca kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bahawa kerajaan Umno BN sedia memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.
Apa yang semua sudah sedia maklum, kerajaan Umno BN memanf sudah terlalu banyak kesilapan yang sengaja dilakukannya.
Antaranya kesilapan dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang begitu zalim terhadap semua lapisan rakyat meskipun negara belum bersedia untuk melaksanakannya.
Umno BN juga telah banyak kali membuktikan bahawa mereka seolah-olah tidak peduli akan nasib golongan bawahan dengan jurang pendapatan ketara, yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin.
Kesan buruk kepada rakyat dan negara semakin menyerlah dengan gejala rasuah yang semakin membarah, keborosan melampau dan skandal dan ketirisan seperti 1MDB, FGV, Felda, Tabung Haji, NFC,KWAP sudah cukup menceritakannya.
Sikap tamak haloba pemimpin Umno BN dengan setiap peruntukan dan bajet negara yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat telah 'dicuri' sebanyaknya dan hanya meninggalkan 'hampas' kepada rakyat.
Rakyat sudah terlalu penat dengan kesemua janji yang telah ditabur dan habuan 'saguhati' yang tidak seberapa, pada hakikatnya rakyat semakin ditindas sehingga membebankan kehidupan seharian mereka.
Saya ingin menasihatkan kepada Tengku Adnan untuk letak jawatan dan berehatlah selama mungkin jika sudah kehabisan idea untuk membantu warga Wilayah Persekutuan.
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan lawan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,  sampai bilakah rakyat hendak diperbodohkan lagi?
*Datin Paduka Dr Tan Yee Kew*
Bendahari Agung
Parti KEADILAN Rakyat

Punyalah banyak isu nak lawan BN tapi dok gaduh nak cabut kemuncut diseluaq sendiri..


Punya Banyak Isu tapi....
Sejak lama menjadi pembangkang bersepah-sepah isu penyelewengan Umno/BN tak kira la semasa Umno/BN diketuai oleh Tun Dr. Mahathir atau diketuai oleh Tun Abdullah sehinggalah sekarang diketuai oleh Najib suami Rosmah.
Berbagai-bagai tawaran penyelesaian kita yang di dalam pembangkang tawarkan. Ada tawaran yang cukup-cukup realistik dan cukup-cukup baik tetapi tidak diambil peduli oleh orang ramai.
Yang diambil peduli ialah siapa yang nak jadi ketua jika Umno/BN ditumbangkan. Inilah yang digunakan dan terus digunakan oleh Umno/BN untuk terus berkuasa.
Dulu masa Tun Dr Mahathir jadi Pm dan Anwar jd TPM, jenoh kita yang pembangkang lawan. Kita bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, waktu itu PAS & Semangat 46 serta DAP di sebelah. Kita gagal jatuhkan Umno/BN kerana gabungan Tun Dr M & Anwar hebat tetapi kita berjaya tawan Kelantan.
Kemudian Anwar ditendang oleh Tun M, beriya-iya kita pulun nak jatuhkan Umno/BN yang dikepalai Tun M dan mengangkat Anwar sebagai calon PM. Peribadi Anwar diserang sehingga kita masih gagal jatuhkan Umno/BN di persekutuan & hanya berjaya di beberapa negeri.
Kemudian kita lawan lagi Umno/BN yang dikepalai oleh Tun Abdullah. Pun kita gagal walau pun masa itu Anwar juga calun PMnya. Umno/BN mainkan pelbagai isu melibatkan Anwar dan ketidak puasan hati beberapa tokoh lain kpd Anwar sehingga menimbulkan tawar hati orang ramai.
Sekarang kita lawan lagi Umno/BN yang diketuai Najib suami Rosmah yang bersama kita Tun M yang dulu gila punya jahat. Sekali lagi isunya ialah siapa nak jadi PM kalau kita jatuhkan Umno/BN NAJIB.
Hello..... siapa pun PM, kita mentadbir secara bersama. Kita adalah PAKATAN HARAPAN. Tiada mana-mana parti yang dominan di dalam HARAPAN. Semuanya di atas konsensus bersama. Ada tolak ansur. Lupa melupai.
Siapa PM hanya akan ditentukan apabila kita jatuhkan UMNO/BN NAJIB.
Punya banyak isu kehidupan kita yang kita boleh ulas dan gunakan akal fikiran untuk kebaikan semua tapi isu seorang PM juga yang kita pulun nak bergaduh.
Akhirnya NAJIB terus senyum simpul padan muka kita.
Berlapang dada la sama. Kita hidup dengan orang ramai bukan kita saja.
nak cungget pi minum sat.
Zulhazmi Shariff

Beranikah Tun M Bertanding Di Parlimen Pekan?


Khairul Amir

Parlimen Pekan


DI WAKTU usia yang sudah menjangkau 90 tahun, seseorang itu seharusnya berehat, meluangkan masa dengan keluarga dan apa yang lebih penting mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Namun tidak bagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat kembali aktif dalam politik.

Jika diikutkan tempoh masa iaitu selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri bukan satu waktu yang singkat.

Selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, rakyat pasti merasakan Mahathir sudah mahu bersara dalam arena politik negara.

Tetapi sebaliknya, Mahathir kini menentang kerajaan yang beliau terajui selama 22 tahun sebelum ini dan bersama pula dengan musuh politiknya sebelum ini iaitu Pakatan Harapan.

Terbaharu, Mahathir memaklumkan pula hasrat untuk bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persoalannya, beranikah Mahathir untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan?
Satu lagi persoalan, kenapa Pekan dan tidak kerusi Parlimen lain?

Jawapannya mudah sahaja, niat Mahathir adalah untuk menjatuhkan Najib dan sebab itu bekas Perdana Menteri itu mahu bertanding di Pekan.

Adakah rakyat Pekan akan menerima Mahathir jika beliau benar-benar bertanding di situ?

Najib bukan baharu di Pekan. Beliau telah menjadi wakil rakyat Pekan pada tahun 1976 pada usia 23 tahun.

Jika dikira, sudah 40 tahun Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan dan pasti telah mengenali dengan rapat semua rakyat di situ.

Berapa lama pula Mahathir berkhidmat di Pekan dan sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu, kerapkah Mahathir turut bertemu rakyat di Parlimen itu?

Bagaimanapun, tidak salah jika Mahathir mahu bertanding di Pekan.

Teruskan niat itu dan biar rakyat Pekan sendiri yang membuat keputusan.

Adakah sudah lama Mahathir berhasrat untuk bertanding di Parlimen Pekan?

Pada Mei 2017, Mahathir menyampaikan mesej khusus kepada penduduk Pekan.

Dalam mesej kira-kira empat minit itu, Mahathir berharap penduduk Pekan menolak Najib pada pilihan raya akan datang kononnya bagi menyelamatkan negara ini.

Pesanan Mahathir itu disiarkan dalam video di laman sosial Facebook PPBM.

Ternyata Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan Najib.

Umum mengetahui kenapa Mahathir berbuat demikian. Ianya untuk memenuhi agenda politiknya yang belum tercapai.

Apakah agenda berkenaan? Sudah tentu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Mungkin Mahathir akan berjaya mencapai hasratnya itu jika beliau berjaya menewaskan Najib.

Tetapi, adakah Mahathir berani berbuat demikian untuk bertanding di Pekan?

Rakyat pastinya menantikan sama ada bekas Perdana Menteri itu akan benar-benar bertanding di Pekan atau tidak.

Bukan sahaja Mahathir, hasrat itu sebelum ini juga dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Tidak kiralah Mahathir ataupun Azmin, jangan sekadar membuat kenyataan bagi mencari populariti murahan.

Jika mahu bertanding, bertandinglah di kerusi Parlimen Pekan menentang Najib.

Dalam sistem demokrasi negara juga tidak menghalang Mahathir atau Azmin untuk bertanding di Pekan.

Teruskah niat itu dan biarkan kepada rakyat Pekan untuk menentukannya.

Najib pastinya tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menentangnya di Pekan pada pilihan raya akan datang.

Kerana yang menentukannya bukanlah Najib tetapi rakyat dan pengundi di situ.

Mahathir juga telah dicabar bertanding di Pekan, jadi sahutlah cabaran itu.

Cuma kita minta Mahathir jangan cipta sebarang alasan jika kekalahan besar di Pekan nanti menjadi punca Pakatan Harapan menanggung malu besar akibat rasa bongkak bekas perdana menteri keempat negara itu sendiri.

Monday, July 24, 2017

KENYATAAN MEDIA ANAK: TS Shahrir...mengapa berbohong?



 Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) amat dukacita dengan penafian Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad, mengenai jumlah sebenar hutang peneroka Felda yang di kategorikan bersama Felda@menyerahkan tanam semula kepada Felda.

Isu timbunan hutang peneroka adalah sesuatu yang diketahui umum. Jumlahnya bukan sahaja mencecah RM100,000 seperti disebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir; di Kota Tinggi pada 15 julai lalu, bahkan ANAK boleh buktikan di sesetengah felda sedang menghampiri RM170,000!

Sebagai Pengerusi Felda sejak 6 Jan 2017 lalu, seharusnya TS Shahrir beroleh gambaran tepat mengenai jumlah hutang 94,956 orang peneroka. Apabila hutangnya besar, tempoh membayar balik memakan masa hingga 20 tahun. Kadangkala, belum merasa lega atau merdeka dari bebanan hutang, proses tanam semula berikutnya bermula, dimana hutang baru khususnya pinjaman sara hidup antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan dibuat hingga tempoh 7-8 tahun. 

Justeru, insentif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri mengenai pelupusan hutang bernilai RM5,000 seorang peneroka dan dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula berjumlah RM300 juta bagi tempoh lima tahun antara 2017-2021, bagi melupuskan hutang kos operasi,melebihi jangkaan RM40,000; tidak akan menyelesaikan derita dan sengsara peneroka mengenai beban hutang yang terlalu tinggi.

ANAK konsisten mencadangkan:

1. Melupuskan hutang peneroka sekurang2nya 50% seperti dalam penyata Kos Tanam Semula,

2. Mansuhkan faedah 6.25% atas pinjaman seperti dalam perjanjian Tanam Semula,

3. Mengkaji semula terma hutang pembangunan ladang seperti baja( mahal tetapi didakwa tidak berkualiti), kos penyelenggaraan ladang dan pinjaman persendirian seperti pembesaran rumah yang mengenakan kos perkhidmatan 2.5%.

4. Mempercepatkan proses Tanam Semula dari kerja penebangan, penyediaan tapak nurseri, menanam benih dan penyelenggaraannya. Proses tanam semula yang lambat@tidak efisien; menyebabkan Kos sara hidup meningkat.

Adakah TS Shahrir maklum, ada kes yang diadukan kepada saya, beserta penyata yang dilampirkan, ada peneroka yang terpaksa menanggung kos faedah atas pinjaman sahaja bernilai RM47,000!

ANAK sependapat dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pembentukan geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia( MPOB)kepada Felda hingga tahun 2020. Ia telah diperjuangkan ANAK sekian lama dan perjumpaan dengan pengurusan MPOB pun telah dibuat sebelum ini. Soalnya, mengapa setakat tahun 2020 sahaja?

ANAK ingin mengingatkan TS Shahrir, selagi mana isu hutang dan pendapatan peneroka tidak ditangani secara menyeluruh dan mekanisme yang betul, gesaan terhadap 17,000 peneroka felda yang melaksanakan kebun secara bersendirian , agar kembali bersama Felda, dalam tempoh 6 bulan ini, tidak akan berkesan.

Jika mereka bebas dari hutang dan beroleh pendapatan lebih baik, apa alasan untuk mereka bersama Felda?

Seharusnya, Kerajaan berterima kasih kepada 17,000 orang peneroka ini yang hakikatnya memenuhi hasrat dan dasar Felda ditubuhkan. Mereka tidak perlu terus menerus bergantung kepada Felda. Jika pun ada masalah penyelenggaraan kebun, beri khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang sepatutnya.

Tindakan mengasingkan mereka dan dinafikan dari mendapat sebarang insentif adalah suatu diskriminasi dan tindakan kejam yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hak asasi yang dijamin perlembagaan persekutuan.

ANAK mendesak TS Shahrir, jangan diteruskan amalan tidak demokratik seperti dilakukan TS Isa Samad.

Akuilah pandangan pihak lain termasuk parti pembangkang. ANAK yakin 6 insentif yang di umumkan YAB Perdana Menteri ada kaitan dengan kebimbangan terlepasnya 54 Parlimen yang ada Felda di dalamnya, pada PRU 14 akan datang.

ANAK dan Ngo2 lain bersedia mengadakan perbincangan demi kebaikan bersama.

Zaman Ugut dan ancam kepada peneroka sudah berlalu.

Muafakat membawa berkat!

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
24 Julai 2017

Cadangan Buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Cadangan Buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Oleh: yieMEGA

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA atau ringkasnya PPBM merupakan sebuah parti baru yang ditubuhkan atas dasar untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan rejim Barisan Najib. Ia dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohd dan Presidenya adalah Tan Sri Muhyidin Yassin.

Walaupun PPBM merupakan sebuah parti yang baru, namun pengikutnya terus bertambah dari hari ke hari. Perkara ini telah membuatkan beberapa pemimpin di dalam kerajaan rejim Barisan Najib tidak senang duduk, begitu juga saluran media massa swasta yang terkenal sebagai penjilat nombor satu kerajaan rejim Barisan Najib telah memperhebatkan serangan demi serangan ke atas PPBM bagi mengurangkan pengaruh parti tersebut di samping bermatlamat mengagalkan usaha PPBM untuk membentuk kerajaan selepas PRU 14 kelak.

Namun, usaha-usaha mereka ternyata sia-sia kerana sedikitpun tidak melemahkan para pemimpin parti PPBM malah mereka telah membuat pekerja-pekerja parti bertambah semangat demi memastikan kerajaan rejim Barisan Najib dapat digugurkan selepas PRU14. Apa-apa pun tujuan artikel penulis pada kali ini bukanlah untuk mempromosi parti PPBM tapi lebih kepada memberi cadangan yang mungkin berguna buat mereka di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) tak lama lagi.

Pertama sekali sebagai sebuah parti baru penulis ingin cadangkan agar mereka menggunakan graduan-graduan yang menganggur mahupun graduan yang sudah bekerja tetapi yang tak setaraf dengan kelayakkan akademik mereka sebagai calon-calon pilihan raya untuk parti mereka. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai serampang dua mata di mana PPBM boleh menarik sokongan ramai kerana mereka sendiri tiada isu yang boleh dimanipulasikan oleh kerajaan rejim Barisan Najib. Keduanya, PPBM membantu mengurangkan kadar pengangguran negara kita dengan mengambil graduan menganggur sebagai calon pilihan raya untuk parti mereka.


Keduanya parti tersebut hendaklah melancarkan manifesto dengan seberapa segera bagi membolehkan rakyat melihatkan apakah yang mereka akan dapat sekiranya mereka memilih PPBM di dalam PRU14 kelak dan ianya salah satu bentuk promosi yang tidak kurang pentingnya bagi sebuah parti baru seperti PPBM.

Ketiga cadangan penulis buat bersatu ialah mereka harus bertanding di semua kawasan dun di dalam negeri Terengganu kerana dengan cara itu berkemungkinan besar PPBM mampu membentuk kerajaan negeri Terengganu, untuk rekod orang Terengganu suka mencuba jadi sebagai sebuah parti yang baru mungkin akan menarik minat rakyat Terengganu untuk mencuba sejauhmana pentadbiran yang dilakukan oleh PPBM adalah lebih baik daripada kerajaan rejim Barisan Najib atau sebaliknya.

Dalam pada itu, PPBM perlu menggerakkan semua jentera-jentera parti mulai sekarang kerana dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh PPBM ianya mungkin mampu menarik minat rakyat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PPBM.

Akhir kalam, penulis percaya PPBM mampu menjadi sebuah parti politik yang kuat dan mampu menewaskan kerajaan rejim Barisan Najib di dalam PRU14 kelak. Penulis percaya ramai rakyat yang berada di luar sana mahukan PPBM menjadi kerajaan pasca PRU14 kelak. Golongan muda perlu diutamakan sebagai sasaran utama PPBM untuk menarik sokongan ramai.

Sunday, July 23, 2017

ÙMNO DAN BN SEDAR MEREKA AKAN KALAH DI KERUSI-KERUSI FELDA PADA PRU14


Keseluruhan rakyat malaysia khususnya warga Felda jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh kerajaan kleptokrasi yang sedang dipimpin oleh perdana menteri paling korup.
Umno dan BN sanggup melakukan apa saja untuk 'gula-gula' warga Felda dari saat ini sehinggalah ke hari mengundi pada pru14 nanti.
Kalau najib tun razak ikhlas nak bantu penderitaan rakyat beliau harus peruntukan rm5000 kepada keseluruhan masyarakat malaysia yang sedang mengalami penderitaan kos sara hidup yang amat tinggi kini. Bukan hanya pada warga Felda!!
Namun, najib tun razak lebih mementingkan pendekatan politik yang mana umno serta BN tidak mahu kehilangan kerusi-kerusi tradisi mereka di kawasan-kawasan Felda di seluruh pelusok tanahair.
Rakyat jangan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh parti najib sepertimana mereka memperbodohkan haji hadi awang!!
Haji hadi awang telah berjaya diperbodohkan!! Haji hadi awang bukan saja cakap macam orang bodoh kini tetapi kelihatan pun cukup bodoh!!
Sebab itu haji hadi awang lebih mementingkan untuk bela parti najib dari berpegang pada prinsip perjuangan untuk lawan rasuah!!
Agama islam suruh kita lawan rasuah tetapi kalangan yang berjaya 'dibangangkan' oleh parti najib seperti haji hadi awang, nik abduh nik aziz, nasrudin hassan tantawi serta beberapa orang lagi tokoh-tokoh Pas sedang giat membela parti umno yang terlalu korup itu!!
Kami yang berdarah umno 'pekat' pun merasa jijik dengan parti itu tetapi puak-puak Pas bangang ini sibuk membela parti najib!!
Ini saya betul-betul tak faham!! Namun saya amat kagum dengan parti najib yang telah berjaya secara cemerlang memperbodohkan puak-puak bangang Pas ini!!
Kita tidak mempunyai pilihan lagi untuk selamatkan malaysia!! Rakyat wajib tolak kerajaan kleptokrasi yang di- tunjang oleh umno seandainya mahu menjaminkan masa depan yang gemilang di bawah Pakatan Harapan.
Haramkan setiap undi pada umno dan BN!! Kali ini setiap undi mesti diberikan pada Pakatan Harapan untuk membina semula negara kita yang telah dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi!!
Ketua pesuruhjaya suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) jangan cakap politik!!  Beliau mesti bertindak secara telus, adil dan saksama sebagai penjawat awam untuk membela keseluruhan rakyat malaysia!!
Macamana ketua pesuruhjaya sprm kata mereka akan buat beberapa penahanan lagi keatas beberapa individu dalam masa beberapa bulan dalam isu kes skandal Felda?!
Siasatan belum selesai macamana ketua pesuruhjaya sprm dah katakan secara terbuka untuk membuat beberapa tangkapan lagi dalam masa terdekat?!
Suruh sprm siasat secara komprehensif dulu baru buat kenyataan!! Dia bukan ahli politik tapi adalah seorang penjawat awam yang sepatutnya memikul tanggungjawab secara teramanah yang mungkin!!
Saya nak tanya dato zulkifli selaku ketua pesuruhjaya sprm apa dah jadi dengan semua laporan-laporan yang saya buat keatas najib tun razak, rosmah mansor, jho low, riza aziz serta keseluruhan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat 1mdb pada tahun 2014?!
Adakah sprm sudah panggil mereka semua untuk proses siasatan?! Apa tindakan sprm keatas kesemua mereka setakat ini?!
Saya buat beberapa  laporan tentang kes skandal 1mdb pada sprm dah hampir dua tahun lebih!!
Kenapa sehingga kini sebagai pelapor saya tidak dimaklumkan langsung mengenai status siasatan sprm?!
Ketua pesuruhjaya sprm tolong pikul tanggungjawab secara teramanah mungkin selaku penjawat awam!! Berilah perkhidmatan secara professional, adil serta saksama!!
Tolong jangan terlalu banyak nak bercakap macam orang politik!! Tugas kamu untuk menyiasat seterusnya bertindak keatas semua para pengkhianat yang mengamalkan rasuah tanpa memilih dulu!! Kurangkan bercakap tetapi lebihkan tindakan secara professional selaras dengan akta penjawat awam!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
24 Julai 2017

Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir..!!!


Walaupun seteru politik nyata pada waktu itu, bahasa dan akhlak tetap mereka jaga dan saling menghormati lawan & kawan_
Setiap Muslim kena cari titik pertemuan, jika bertelagah.
2 perkara arwah TGNA respek kat Tun M w/pun masa tu mereka berlainan parti politik;
1. Tun Mahathir luluskan RM600 juta pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan
2. Tun Mahathir keras dengan Zionist, w/pun Negara Arab ramai membisu waktu itu.
Kehebatan politik arwah TGNA melangkaui zaman, sampaikan video video dia dulu kita masih boleh lihat macamana akhlak beliau dalam berpolitik bila berhadapan dengan lawan.
Dan memang kita tahu arwah TGNA dan TUN M memang seteru politik yang nyata, dalam berpolitik TGNA tetap Puji Tun M dan Tun M pula tetap Luluskan Pinjaman untuk Kelantan.
Itulah indahnya seni politik mereka berdua, hanya mereka yang tahu. Walaun pun sekarang, salah seorang sudah tiada, Tun M yang tidak pernah kita sangka sangka akan bersama saf pembangkang pun kini bersama2 untuk tumbangkan BN.
Mungkin berkat doa arwah Ustaz Fadzil Noor, Mantan Presiden PAS.
Jika arwah TGNA dan TUN M boleh rasional, inikan kita orang orang bawahan mereka berdua.
Bicara lah dengan Hikmah dan berpolitik lah dengan Matang, kita bina MALAYSIA BARU.
Al Fatihah buat arwah TGNA dan Arwah Ustaz Fadzil Noor.
Move Foward!
Syam Ghaz
2 tahun di Pusat Kajian Strategik jabatan khas bawah arwah TGNA selaku MB
6 tahun di Glc dimana beliau Chairman Bod dan selaku MB.

PRU 14: ANTARA BIRU, OREN DAN HIJAU


Gendang pilihan raya ke 14 nampaknya sudah dipalu oleh parti politik dengan rentak masing2. Seminggu dua ni nampak meriah di sekitar tanjong malim, pakatan harapan telah membuka gelanggang melalui program membina semula negara dengan mempertaruhkan jaguh  mereka YB Rafizi.
Minggu ini diikuti dengan program permukiman MB perak di tanjong malim. Persoalannya dimana kedudukan PAS dalam perlumbaan politik hari ini, adakah PAS sudah kehilangan begitu ramai jaguh sehinggakan tidak boleh membuka gelangang kempen dalam tempoh terdekat ini di tanjong malim.
Dalam aspek yang lain, pakatan harapan telah memulakan strategi untuk menawan putrajaya dengan mengemukakan kempen 100 hari kemenangan PR. UMNO dan BN seperti biasa menggunakan gula-gula kebendaan dan pembangunan untuk memikat pengundi pada pilihanraya akan datang.
Soalnya apa strategi PAS untuk menawan putrajaya, satu2 isu yang nampaknya sangat rapat dengan pas adalah untuk menghukum orang yang salah, antaranya menaikkan hukuman melalui pindaan ruu355, sebat dikhalayak dan hudud. Walaupun hasrat pas dlm satu sudut ada baiknya, namun hakikatnya ia diluar kemampuan dan kawalan PAS, pas tidak mungkin secara bersendirian memenangi lbh 111 kerusi parlimen bagi jaminan sokongan pindaan perlembagaan.
Dalam masa yang sama PAS perlu mendapat perkenan majlis raja2, juga diluar kawalan PAS. Ertinya pas perjuangkan sesuatu diluar kawalan mereka sendiri. Hakikatnya PAS sedang bergelut untuk pertahankan kelantan sehinggakan tidak bernafsu menawan putrajaya.
Jika benar PRU ke 14 seawal oktober ini, dimana kedudukan pas?...Secara bersendirian seperti hari ini, bersama BN atau bersama PH. jika secara bersedirian maka orang seperti saya tidak akan mengundi PAS, kerana saya akan mengundi parti yang bersedia dan mampu memerintah putrajaya, tidak ada guna mengundi PAS parti nak jadi pembangkang.
Jika pas bergabung dgn bn, pertimbangan saya ialah sejauhmana pas blh mengubah kepimpinan yang ada dlm BN untuk berubah menjadi baik dan layak disandarkan harapan untuk memerintah dgn lebih baik pada masa akan datang, atau PAS yang hanyut bersama umno/bn.
Saya tidak fikir PAS akan kembali ke PH kerana ketelanjuran sudah terlalu jauh. Andainya PRU14 seawal oktober ini, dengan kedudukan PAS yang begitu lemah, maka pada hemat saya kepimpinan PAS tidak menjadi faktor kepada kemenangan kepada PAS, sebaliknya menjadi faktor kemenangan parti lain, jika kepimpinan PAS berjaya membendung penghijrahan pengundi pas kepada PH, PAS akan memenangkan umno/bn.
Jika kepimpinan PAS tidak berjaya membendung penghijrahan pengundi PAS, maka PAS akan menangkan PH. PAS akan kekal sebagai pembangkan atau penasihat...itu pun jika pas bertanding untuk menangkan partinya sendiri. itulah hakikat pahit yang harus ditelan oleh pejuang PAS.
Benar dalam pas masih ramai pejuang tulen yang ingin menaikkan syiar Islam melalui kemenagan PAS, namun PAS hari ini dimiliki oleh kepimpinan yang tidak punyai gagasan dan wawasan yang besar untuk menang.
Nasihat saya kepada pejuang PAS yang tulen dan ikhlas agar bertindak sebagai pendesak kepada kepimpinan yang sedia ada untuk punyai gagasan dan wawasan yang boleh membanggakan ummah, atau tukar mereka dengan kepimpinan yang lebih berwawasan untuk pacu kemenagan ISLAM.
Dr Rosli Mahmud
Kg banggol judah
Machang kelantan

Inilah manusia yang di gelar "DIN PEDU" sewaktu dalam PAS dahulu..!!


BismillahirRahmanirRahim
TIMBALAN PRESIDEN SAYA IALAH SALAHUDDIN AYUB: ANAK CINA DIPLOMAT AMANAH
Tutur katanya tersusun dan satu satu butir katanya menyelinap ke sanubari yang mendengar pidatonya. Pemilihan katanya disulami dengan puitis dan bicara para pujangga. Kalam Tuhan dan sabda Nabi tetap tidak ditinggalkan. Bibirnya tidak lekang dari kuntuman senyuman riang dan ringan. Jarang menyakitkan kawan dan lawan. Tatkala tawa jenaka kawan memecah dewan, dia kekal senyum sekadar meraikan. Sewaktu ditemuramah oleh wartawan asing di dalam Bahasa Inggeris di Singapura, Salahuddin bertutur lancar sebagaimana bahasa ibundanya.
Di ruang tamu rumahnya di Taman Melewar tidak jauh dari rumah sahabat kami, Ust. Idris Ahmad terdapat almari penuh buku. Begitulah pejabatnya di Jalan Raja Laut, deretan bukunya memenuhi biliknya. Pernah sekali menemani membeli belah buku di Carboot Sale. Teruja melihat himpunan buku yang ada. Itu untungnya duduk di negeri orang putih. Telah jadi tradisi orang putih, buku bukan untuk disimpan. Buku untuk dibaca. Habis baca, jual atau bagi pada orang lain untuk dapat manfaat.
Salahudin Ayub meneruskan pengajiannya yang tertangguh. Dia ambil ijazah di dalam bidang Sains Pembangunan Manusia di UPM. Sesekali berkongsi idea tentang nota kuliahnya dengan aku. Saat itu, beliau adalah Timbalan Ketua Pemuda. Mahfuz Omar jadi ketuanya. Mereka adalah regu sejati, Dipenjara bersekali. Kedua-dua pemimpin Pemuda PAS ini menaiki bas ke merata tempat untuk bertemu dan berceramah. Sehingga Salahuddin menjadi Ahli Parlimen, bas espress menjadi tempat tidurnya. Stesyen Bas Medan Kidd, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Puduraya adalah tangga rumahnya. Benarlah rakan-rakannya memanggil Salahuddin Ayub dengan nama 'Din Pudu'. 
Markaz Tarbiyyah Taman Melewar adalah rumah kedua kami. Kadangkala kami tidur berselerak. Kalau satu bilik penuh, ada yang memilih di bilik mesyuarat, tidur di ruang tengah meja mesyuarat. Jarang aku dikejutkan dari tidur. Suara Salahuddin Ayub membaca al Quran perlahan-lahan seperti ingin mengejutkan aku untuk solat subuh berjemaah. Penampilannya sama kemas dengan bossnya, Mahfuz Omar. Disisir rambutnya macam Ust. Fadzil menyisir rambut. Perlahan-lahan dan berkali-kali. Sedangkan penampilan aku, berseluar jeans selalu.
Salahuddin Ayub dilahirkan dari rahim seorang wanita Cina, Ayahnya orang Johor tetap berbudaya Melayu walaupun berkahwin dengan gadis Cina pilihan hatinya. Aku teringat puisi 'Melayu' Usman Awang yang mendefinisikan tentang Melayu. Ramai yang tahu puisi itu.Melayu bukan sekadar bangsa tetapi satu kebudayaan. Aku cuma hendak kongsikan cuplikan puisi yang bertajuk 'Piagam Melayu' karya Syed Putra Ahmad, sahabatku yang meriwayatkan Melayu:
Melayu bukan kulit tapi rupa bangsa
Melayu itu budaya buah agama
Semuanya terjelma dalam bahasa
Budi yang halus falsafah mulia
Dianyam dihampar dalam kata-kata
Dalam berbuat peradaban terbina
(sebenarnya puisinya panjang)
Beliau tinggalkan bumi Pontian untuk tinggal di Taman Melewar selepas menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian. Rumahnya sekadar persinggahan sementara. Amanah yang digalas menuntut beliau menghabiskan usia di jalanraya dan lebuhraya. Kak Fatimah, isterinya tetap mengambil upah menjahit baju bagi menampung harga perjuangan dan kebahagian rumahtangga.
Pengujung tahun 2009, Tok Guru dan keluarganya hendak menunaikan umrah tetapi dikhabarkan ditaja oleh seseorang. (akupun lupa cerita yang lebih  lanjut). Rupa-rupanya rancangan kunjungan ke tanah suci itu telah menimbulkan polemik hangat dan dianggap sebagai satu cubaan rasuah. Mesyuarat AJK PAS Pusat memutuskan untuk menghantar Salahuddin Ayub dengan seorang lagi (tak ingat) bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz bagi menyelesaikan isu tersebut. Aku pun tak tahu bagaimana Salahuddin Ayub berdiplomatik dengan Tok Guru hingga isu itu selesai dengan baik. Aku patut tanya Salahuddin hal ini.
Personalitinya yang tenang memang menyenangkan. Kalau pemain bolasepak, wataknya seperti Soh Chin Aun. Sambil berlari, bolanya sentiasa di kaki dan menyusun strategi. Team bolasepak dibawah pimpinan Soh Chin Aun memang 'lajen'. Sifat dan sikap itu terdapat padanya sewaktu memimpin Dewan Pemuda PAS ketika itu. Di bawah kepimpinannya, idea 'Hiburan Alternatif' dapat direalisasikan dengan tanpa sebarang masalah. Bagai menarik rambut di dalam tepung. Beliau dihantar ke beberapa kawasan yang bermasalah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Itulah watak pendamai.
Pada PRK Parlimen Teluk Intan, rumah aku dijadikan rumah tetamu untuk para pimpinan PAS Pusat. Tambahan pula, rumah aku hanya sepelaungan dengan Markaz PAS Teluk Intan. Antara yang tidur di rumah aku ialah Salahuddin. Dia memilih tidur di lantai daripada katil yang kusediakan. Sahabat-sahabat lainlah yang tidur atas katil. Jangan korang kata, alaa.. tidur di lantaipun nak heboh. Kalau hati sudah busuk, payah nak bawa berkira.
Salahuddin pilih tidur di lantai kerana dia nak baca buku sebelum tidur. Dia tidur bersebelahan rak buku. Sambil duduk-duduk dia membelek-belek buku aku. Rak buku memang penuh. Salahuddin Ayub memang kaki buku. Kalau dalam ceramahnya, dia ambil beberapa kata-kata yang dipetik daripada buku yang baru dibaca. Seperti kebanyakan pimpinan politik, mereka suka baca buku sejarah dan politik. Begitulah Salahuddin Ayub.
Pada 2008, Muktamar PAS Pusat diadakan di Ipoh. Masa itu Hj. Nizar Jamaluddin jadi MB walaupun PAS hanya ada 6 ADUN sahaja. Berkebetulan aku balik dari UK untuk ziarah arwah ayahku yang sedang sakit. Sehari sebelum  Muktamar Pemuda PAS Pusat berlangsung, ayahku telah dijemput kembali kepada ke pangkuan Ilahi. Malam itu, Salahuddin Ayub datang menziarahi dan mengucapkan takziah atas kehilangan insan yang sangat besar dalam hidup aku.
Sebelum Salahuddin Ayub meninggalkan Dewan Pemuda PAS Pusat, aku karang sebuah puisi yang bertajuk 'Jangan Ucapkan Selamat Tinggal'. Puisi itu kudeklamasikan semasa majlis perasmian Muktamar Pemuda yang dirasmikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Salahudin Ayub tinggalkan Dewan Pemuda, akupun turut tinggalkan Dewan Pemuda. Masa itu kami sudah tidak lagi muda!
Setelah beberapa tahun menjadi Ahli Parlimen, Salahudin minta pandangan aku tentang hasratnya untuk menggunakan AP sebagai ahli Parlimen untuk membeli kereta Mercedes. Aku tidak setuju. Nanti apa kata orang bawahan kita. Baru beberapa tahun jadi ahli Parlimen, sudah tunjuk kemewahan. Memanglah sirah nabi dulu, ada sahabat guna kuda hitam yang baik untuk perang dan pengangkutan. Bersyarah panjanglah aku pada boss aku. Dia diam.
'Kalau nak beli kereta yang  selesa, beli kereta Honda sahaja'. Aku cakap. Akhirnya dia beli kereta Honda CRV. Dia bukan akur dengan nasihat aku. Dia ada fikirannya sendiri.
Sekembalinya aku ke tanahair, aku beli kereta Mercedes C200 dengan menggunakan AP pelajar. Salahuddin senyum saja bila aku bawa kereta Mercedes. Sebelum dia berkata-kata apa, awal-awal aku cakap, 'Ana bukan ahli Parlimen PAS, tak pa pakai Mercedes. Tak  jadi fitnah perjuangan'. 
Salahuddin seperti biasanya, senyum tetap menyenangkan.
* Foto: Sewaktu kecil Salahudin Ayub ditimang emak, sekarang dilambung ombak. Teruskan!
Sumber: FB Dr. Muhaimin Sulam

Sunday, July 16, 2017

Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan




Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? Datuk Seri Salleh Said Keruak yang sebelum ini mendakwa barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) meminggirkan DAP, kini berkata kuasa untuk menentukan perdana menteri sekiranya pembangkang menang berada di tangan parti tersebut.


“DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ini bermakna DAP akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, bukan Tun Dr Mahathir Mohamad or Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang cuba mereka cadangkan,” kata menteri komunikasi dan multimedia itu dalam blognya.


Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? Khamis lalu, PH setuju melantik Anwar dan Dr Mahathir masing-masing sebagai ketua umum dan pengerusi gabungan 4 parti, sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi presiden.


Dr Mahathir juga membayangkan 4 parti itu sudah setuju melantik Anwar sebagai perdana menteri sekiranya menang pilihan raya umum akan datang, bagaimanapun berkata ia selepas pelbagai proses membebaskannya daripada penjara diselesaikan oleh “perdana menteri ke-7”, merujuk pengganti Datuk Seri Najib Razak.


Salleh sebelum ini mempersoalkan barisan kepimpinan PH, kerana tidak ada wakil DAP untuk 3 jawatan teratas.


Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan?


“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?” soalnya Jumaat lalu.


Semalam, Salleh berkata PH cuba “menyembunyikan” fakta dominasi DAP dalam PH, dengan berkata ia rancangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Menteri Umno Makin Meroyan Setelah HARAPAN Ditubuhkan? “Kit Siang mahu orang Melayu berfikir bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan kekal orang Melayu. Dia tahu inilah satu-satunya cara PH mendapatkan undi orang Melayu,” kata Salleh. - fmt

KALAU TAK CERDIK TU TETAP MENONJOL TAK CERDIKNYA!


Selepas terbentuknya PAKATAN HARAPAN, maka ramai yang meraban. Termasuk satu makhluk yang tidak dikenali. Baca kenyataan Ustazah Mariam mengenainya:

3 hrs · Shah Alam · 

Saya ingin mengesahkan bahawa Surat Terbuka ini adalah Palsu, penama tidak dikenali dan bukan ahli Amanah Subang. 

Berdasarkan fakta berikut:

1. Gelaran YDP tidak ada dalam Perlembagaan Amanah.

2. Tidak ada istilah kawasan Sungai Buloh dalam perlembagaan melainkan kawasan hanya untuk di peringkat parlimen.

Dengan dua fakta ringkas ini, cukup jelas bahawa penama surat ini bukan ahli Amanah kerana beliau tidak mahir dan tidak faham istilah-istilah gelaran jawatan mahupun kawasan tadbir Amanah dalam perlembagaan Amanah.

Saya mohon supaya tidak diviralkan dan sekiranya surat terbuka ini sampai kepada pembacaan dalam group whatsapp tuan/puan saya mohon bantu untuk nafikan terus supaya ahli kumpulan lain tidak keliru dengan maklumat fitnah ini.

Terima kasih.

Ustazah Mariam Abdul Rashid 
Timbalan Ketua
Parti Amanah Negara
Kawasan Subang.16 Jul 2017
Paya Jaras, Sungai Buloh

Berikut surat dari makhluk palsu tersebut:

>>>>>PALSU>>>>>>>

SURAT TERBUKA BERKENAAN PENGABAIAN TERHADAP TUAN GURU HJ. AHMAD AWANG OLEH HAR^PAN.

Saya selaku YDP Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi kawasan Sungai Buloh mewakili suara akar umbi di kawasan ini ingin melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan pemilihan jawatankuasa Pakatan HAR^PAN sebagaimana yg diumumkan oleh Pengerusi HAR^PAN Tun Dr. Mahathir baru-baru ini.

Bagi kami adalah tidak wajar sosok sehebat Tuan Guru Hj. Ahmad Awang di ketepikan langsung dari menjawat jawatan kanan dalam HAR^PAN.

Ini kerana jasa-jasa dan sumbangan tuan guru Ahmad Awang sangatlah besar terutamanya kita menggerakkan tsunami didalam PAS menentang Hj. Hadi. Di kala Presiden Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta yg pada masa itu merupakan Timbalan Presiden PAS pun penakut untuk menentang Hj. Hadi maka hadirlah Tuan Guru Ahmad Awang dengan penuh gaya bangkit membawa arus tsunami yg hebat di dalam PAS hinggakan PAS hari ini lumpuh di serara negara.

Namun apa yg mendukacitakan setelah kejayaan dikecap legasi hebat tuan guru ini cepat benar dilupakan seolah-olah ade gerakan terancang untuk mengabaikan individu yg banyak berjasa dalam Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta ini. Jika semasa gerakan tsunami menumbangkan PAS dulu tuan guru itu diusung kemana sahaja, disanjung-sanjung dan dipuja-puja namun kini semuanya sepi bahkan hanya diundang untuk membacakan doa merasmi serta hanya berhidang meggi sahaja. Inikah cara kita menghargai wira yg membentuk asas parti kita? Seharusnya Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai presiden parti mendesak agar HAR^PAN meletakkan Tuan Guru Ahmad Awang sebaris dengan Tun Mahathir yg bertindak sebagai Pengerusi dan juga Datuk Seri Anwar yg berjawatan Ketua Umum.

Justeru kami mendesak agar Tuan Guru Ahmad Awang dilantik sebagai Mursyidul Am bagi HAR^PAN bagi menghargai sumbangan beliau dan kami ahli Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta di kawasan sungai buloh yg berjumlah 300 000 orang memberi amaran akan meninggalkan HAR^PAN jika Tuan Guru Ahmad Awang tidak dilantik sebagai pemimpin kanan HAR^PAN.

Sekian, terima kasih.

Dr. Ustaz Mohd Habib Abdullah (Ph.D Hadas Kubro, Univ. Mutaah Jordan)
Yang Di pertua,
Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta.
Kawasan Sungai Buloh.
Parlimen Subang.

>>>>>PALSU>>>>>>>

Begitulah gelagat makhluk yang tak takut dosa memfitnah.

KANTOI!

Mukhriz - "Kerana Kepimpinan UMNO, Felda, MARA & Tabung Haji Bermasalah"



BAN Politik

Struktur kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) sengaja dibuat seperti sedia ada dengan prinsip kerjasama jitu antara empat parti berbanding BN.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata susunan berkenaan juga bukan menjadi masalah kepada HARAPAN.

“Kalau dalam BN, Umno dilihat terlalu dominan.

"Bagi orang Melayu mungkin (mereka) suka dengan dominasi Umno dalam BN, (sebab) kononnya Umno akan mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu.

“Tetapi sebenarnya kalau kita lihat masalah Felda, MARA, Tabung Haji dan semua ini agensi-agensi yang berkait dengan orang Melayu dan Islam ini, bermasalah kerana kepimpinan Umno juga," katanya seperti dipetik Sinar Online hari ini.Bekas menteri besar Kedah itu bercakap kepada selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri di Dewan Padang Sera, Jerlun di Kedah, semalam.

HARAPAN pada 14 Julai lalu mengumumkan barisan kepimpinan serta logonya selepas tertangguh beberapa kali.

Melalui susunan itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi, manakala jawatan presiden disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas seteru Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik sebagai penasihat umum.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu pula dilantik sebagai timbalan presiden HARAPAN.

Mukhriz sendiri dilantik menjadi naib presiden bersama Datuk Seri Azmin Ali, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.

Pengumuman itu menarik kritikan BN yang mempersoalkan keberkesanan struktur HARAPAN yang tidak menjelaskan siapakah yang sebenarnya menjadi ketua.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi misalnya berkata, HARAPAN akan tenggelam dalam lautan politik kerana ia dikemudi tiga nakhoda berbeza.

Kata Mukhriz tiba masanya untuk parti politik di negara ini menunjukkan struktur kepimpinan yang memberi ruang kepada semua parti.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno terhadap HARAPAN menunjukkan mereka mulai resah dengan kejayaan gabungan berkenaan.

Mengenai kritikan DAP tidak diberi jawatan utama dalam HARAPAN, Mukhriz berkata, ia menafikan tuduhan pihak lain bahawa parti berkenaan akan menjadi dominan nanti.

"(Dulu) kata DAP akan ke depan, apabila kita dah tunjuk (struktur kepimpinan HARAPAN) dia kata DAP terpinggir pula," katanya.MK

Umno Terperanjat Dengan Berita Ini





Umno Terperanjat Dengan Berita Ini. Barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan Khamis lalu selepas lama dinantikan membuktikan tanggapan kononnya DAP akan memonopoli pakatan pembangkang itu meleset, demikian menurut seorang penganalisis politik.


Bercakap kepada FMT, Prof Madya Awang Azman Pawi dari Univeriti Malaya berkata, struktur kepimpinan dengan PKR dan PPBM mengetuai barisan kepimpinan, menggabarkan dominasi pemimpin Melayu, dengan jawatan ketua umum, pengerusi, presiden dan 2 daripada 3 timbalan presiden diperuntukkan kepada orang Melayu.


Umno Terperanjat Dengan Berita Ini. Ini menurut beliau, akan meyakinkan pengundi-pengundi Melayu konservatif yang mungkin takut penguasaan orang bukan Melayu dalam PH.


Pengkritik-pengkritik sentiasa menyuarakan fakta DAP, yang merupakan parti pembangkang terbesar dari segi kerusi Parlimen, akan menjadi “pemimpin sebenar” PH manakala parti gabungan yang lain hanya “pengikut”.


Selepas mesyuarat majlis presiden Khamis lalu, PH mengumumkan pemimpin PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua umum sementara bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri Anwar, diumumkan sebagai presiden. Beliau akan dibantu 3 timbalan – Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan rakannya dari PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula sebagai naib presiden bersama Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.


Umno Terperanjat Dengan Berita Ini


Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai ketua setiausaha, manakala ahli Parlimen DAP, M. Kula Segaran dilantik bendahari.


Dalam kenyataan bersama dibacakan Dr Mahathir, gabungan itu turut mengumumkan akan mengemukakan permohonan baru untuk mendapatkan pengampunan bagi Anwar, yang kini dilarang bertanding sebagai calon pilihan raya selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 2015.


“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan…Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” kata kenyataan itu.


Awang Azman juga berkata, barisan kepimpinan memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan pembangkang kelihatan seperti jika PH berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


“Jika anda melihat struktur, seseorang boleh menganggap yang Anwar akan menjadi perdana menteri sebaik sahaja dia dibebaskan dari penjara dan menerima pengampunan.


“Pada masa ini, Dr Mahathir akan memegang jawatan tersebut dengan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.”


Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh berhubung kesalahan meliwat, dan tidak akan dapat bertanding dalam PRU14 yang perlu diadakan sebelum 24 Ogos 2018.


Awang Azman berkata kombinasi Dr Mahathir, Anwar dan Muhyddin adalah pasukan terbaik untuk menerajui pembangkang dalam PRU14.


Menurut beliau, barisan kepimpinan PH akan menyebabkan “panik” dalam Umno memandangkan 2 bekas mantan pemimpin Umno kini bekerjasama untuk memimpin pembangkang.


Sementara itu, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen berkata, kesimpulan barisan itu berjaya menyelesaikan krisis kuasa sejak 2 bulan lalu.


Kata beliau, perkembangan itu juga menunjukkan sokongan jelas yang Anwar sebagai pemimpin utama, sebagaimana majoriti ahli-ahli Parlimen PH inginkan.


Katanya, kedudukan Dr Mahathir sebagai pengerusi juga memberi isyarat penting tentang peranan PPBM dalam memerangi kubu Umno.


“Kami menjangka GE14 menjadi persaingan yang sangat sengit dan Anwar dan Dr Mahathir bersama-sama sangat penting.


“Paling penting, dengan adanya Anwar dan Dr Mahathir dapat membantu (sokongan) parti-parti Sabah dan Sarawak berpindah ke Pakatan Harapan sekiranya senario parlimen tergantung disaksikan.”


Umno Terperanjat Dengan Berita Ini


Pun begitu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) melahirkan keprihatinan pihaknya ekoran kurang wakil belia dan wanita dalam struktur kepimpinan PH.


“Melihat kepada barisan presiden, saya tidak dapat membantu tetapi hanya memikirkan barisan ikonik daripada kalangan ‘The Who: Meet the new boss, same as the old boss’,” kata pengurus hubungan luar Ideas, Azrul Mohd Khalib.


“Kekurangan wakil belia dan wanita dalam barisan ini adalah sesuatu yang bermasalah. Umur purata adalah 61 tahun dengan yang paling muda Chong Chieng Jen berusia 46 tahun yang menyegarkan. Wan Azizah adalah satu-satunya wanita.”


Azrul berkata, banyak negara sedang berusaha untuk mengukuhkan agenda pembaharuan dengan mempunyai orang muda dalam barisan kepimpinan.


Bagaimanapun katanya, persepsi dan mesej yang dihantar oleh pimpinan PH adalah pemimpin muda tidak boleh dipercayai, dan pemimpin-pemimpin lama – yang terdiri daripada lelaki – mahu kekal di barisan hadapan, dan agenda itu akan menjadi cerita lama yang sama, lagu lama yang sama.


Justeru katanya, persekitaran itu tidak baik untuk mereka yang mencari perubahan dan mengharapkan pembaharuan dan arah baharu untuk negara, terutamanya bagi golongan muda Malaysia yang kebanyakannya merupakan pengundi baru.


Umno Terperanjat Dengan Berita Ini. “Jika PH berharap dapat meningkatkan jumlah pengundi di kalangan pengundi muda dan mendapat sokongan mereka, mereka memerlukan wajah-wajah baharu yang boleh memberi inspirasi, bercakap dalam bahasa mereka dan tidak takut kepada perubahan.” - fmt

Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti?





Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti? Umno bimbang melihat Pakatan Harapan menampilkan barisan kepimpinan yang mematahkan dakwaan ia didominasi DAP, kerana itu Datuk Seri Salleh Said Keruak mempertikaikan mengapa DAP tidak membolot jawatan tertinggi pakatan pembangkang, kata Pemuda PPBM.


“Ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM), presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), kemudian timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).


Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti? “Ia menunjukkan mereka takut sampaikan menteri propaganda Umno sendiri bagi kenyataan,” kata Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.


Salleh di blognya hari ini menyoal pegangan minoriti DAP dalam struktur Pakatan Harapan yang diumumkan lewat malam semalam, walaupun DAP mempunyai bilangan ahli Parlimen paling ramai dalam kalangan parti komponen PH.


Pakatan Harapan hanya menampilkan 3 pemimpin DAP dalam struktur baharu ini, iaitu Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen (naib presiden) dan Ahli Parlimen DAP M Kula Segaran (bendahari).


Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti?


Tiga naib presiden ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, manakala Setiausaha Agung PKR dilantik ketua setiausaha.


“Salleh kata struktur baru ini perkecilkan DAP tapi sebelum ini beliau kata PH didominasi DAP…kalau ada lagi pihak Umno menyatakan PH didominasi orang Cina DAP maksudnya mereka betul kurang cerdik,” kata Syed Saddiq.


Nafi anak MB Johor sertai PPBM


Di sidang media yang sama, Syed Saddiq tampil membetulkan tanggapan mengatakan anak menteri besar Johor, Akmal Saufi Mohamed menyertai PPBM.


Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti?


“Dia bukan ahli Pemuda dan beliau masih dalam Umno,” katanya, menjawab kenyataan DAP Johor Isnin lepas.


“Walau tanggapan ini dibuat oleh rakan DAP, tapi salah tetap salah, saya nak betulkan tanggapan tersebut.”


Umno Kecut Perut.. Kenyataan Menteri Ini Sebagai Bukti? Akmal sendiri menafikan dakwaan itu dan mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat kepada DAP menuntut laporan tidak bertanggungjawab itu diturunkan serta membuat permohonan maaf secara terbuka. - fmt

Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar





Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar. Gabungan 4 parti di bawah Pakatan Harapan malam tadi mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi, di samping memilih logo baharunya yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.


Anwar diumumkan “ketua umum” dan Dr Mahathir sebagai “pengerusi”, jawatan sama yang dipegang dalam parti masing-masing.


Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar. Dalam kenyataan bersama dibacakan Dr Mahathir, gabungan itu turut mengumumkan akan mengemukakan permohonan baru untuk mendapatkan pengampunan bagi Anwar, yang kini dilarang bertanding sebagai calon pilihan raya selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 2015.


“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan…Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” kata kenyataan ditandatangani pemimpin tertinggi PKR, DAP, Amanah dan PPBM, selepas mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.


Antara hadir pada mesyuarat itu ialah Dr Mahathir sebagai pengerusi PPBM, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.


Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar


Ketika ditanya sama ada struktur baharu itu merestui Anwar sebagai calon perdana menteri, Dr Mahathir menjawab:


“Dia akan dibebaskan hasil usaha perdana menteri yang terdahulu daripadanya dan kita akan mohon supaya dia dapat pengampunan diraja dan selepas itu kita akan melalui proses undang-undang,” katanya, sambil menambah ia sesuatu yang tidak dapat dilakukan serta merta “kerana perdana menteri yang akan mengambil alih ini mempunyai tugas yang banyak”.


Sebelum ini, timbul beberapa desakan supaya Dr Mahathir menjawat perdana menteri sebelum melantik Anwar yang kini masih menjalankan hukuman penjara.


Dr Mahathir enggan menjawab sama ada rancangan itu dipersetujui PH. “Yang itu kita akan isytihar tak lama lagi,” katanya.


“Nombor 7 akan kita isytihar,” kata Dr Mahathir merujuk perdana menteri ke-7 selepas Datuk Seri Najib Razak. “Tapi hari ini kita isytihar nombor 8 sahaja.”


Logo baharu ‘puncak gunung’


Logo rasmi yang dipilih mewakili gabungan itu berlatarbelakang warna merah, dengan perkataan “Harapan” dibahagikan oleh sebuah segitiga di tengahnya.


“Kita besarkan A menjadi satu gunung puncak yang tinggi,” kata Dr Mahathir selepas mesyuarat itu.


Logo baharu itu sekiranya didaftarkan akan buat pertama kali digunakan pembangkang pada pilihan raya umum. Sebelum ini, parti pembangkang di bawah Pakatan Rakyat yang kini dibubarkan menyertai pilihan raya dengan logo masing-masing.


Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar


Senarai kepimpinan diumumkan hari ini hasil daripada rundingan yang memakan masa beberapa bula melibatkan pimpinan tertinggi 4 parti itu.


Selain Dr Mahathir dan Anwar, Wan Azizah dilantik menjadi presiden, dibantu timbalannya Muhyiddin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).


Empat naib presiden turut dilantik mewakili setiap parti, iaitu Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.


Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai ketua setiausaha, manakala ahli Parlimen DAP, M. Kula Segaran dilantik bendahari.


Dalam kenyataannya, PH berjanji menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April 2015, dalam masa 100 hari selepas membentuk kerajaan sekiranya menang pilihan raya umum akan datang.


Ia antara 7 janji lain yang turut menyentuh harga petrol, kos kehidupan, reformasi institusi, rasuah, 1MDB dan Felda.


Logo Baru Pakatan Harapan Tersebar. “Melalui kesatuan politik di antara PKR, DAP, Amanah dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan,” kata kenyataan itu. - fmt

Kini kami kembali bertaut


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) telah mencapai kata sepakat untuk membentuk satu kesatuan politik yang lebih jitu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan pembentukan struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

Ini adalah satu mercu tanda baharu dalam politik tanah air yang akan menggalas harapan rakyat untuk menyaksikan perubahan besar politik negara ke arah pembentukan sebuah kerajaan yang lebih demokratik, adil dan menyantuni keperluan rakyat.

Dengan struktur kepimpinan baharu ini, saya yakin Pakatan Harapan akan mampu bergerak dengan lebih mantap untuk membela nasib rakyat.

Saya ingin mempertegaskan agenda Pakatan Harapan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan tadbir urus yang baik serta memberikan keutamaan kepada usaha untuk memajukan ekonomi dan meringankan beban rakyat.

Ini termasuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengawal kenaikan harga barang, memerangi rasuah hingga ke akar umbi dan melakukan reformasi institusi termasuk menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.

Pakatan Harapan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja skandal 1MDB dan mendapatkan kembali wang rakyat yang dicuri daripada 1MDB.

Langkah-langkah juga akan diambil untuk memulihkan FELDA dan membela nasib para peneroka FELDA.

Dengan pengalaman luas pimpinan Pakatan Harapan dalam pentadbiran kerajaan, termasuk seorang mantan perdana menteri, dua mantan timbalan perdana menteri, seorang mantan menteri besar dan dua orang menteri besar dan ketua menteri, serta ramai lagi pimpinan yang telah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat dan lain-lain, saya percaya Pakatan Harapan akan dapat mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul dan mengurus negara dengan cemerlang.

Pakatan Harapan juga akan terus mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak setiap rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak yang sah untuk semua kaum, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kemuliaan institusi raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.

Saya percaya gandingan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum akan memantapkan barisan kepimpinan dalam mengemudi sebuah gabungan politik baharu untuk menyongsong perubahan politik di negara ini.

Saya berasa amat bersyukur kerana kedua-dua tokoh ini adalah amat dekat dengan saya ketika saya berada di dalam kerajaan, khususnya semasa saya dan Datuk Seri Anwar adalah anggota kabinet Tun Dr Mahathir.

Kini, kami kembali bertaut semula dalam saf perjuangan politik baharu bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul dan membina semula negara ini sebagai sebuah negara yang sejahtera dan dihormati oleh dunia.

Saya berdoa semoga Pakatan Harapan dapat memberikan sinar harapan baharu kepada rakyat untuk memulakan satu perjalanan ke arah membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

Keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi untuk memuktamadkan satu barisan kepimpinan yang mantap, beramanah dan teruji adalah satu muafakat politik yang amat bersejarah.

Insya-Allah, dengan dukungan rakyat seluruhnya dan izin Allah SWT. Bahtera Pakatan Harapan akan berjaya melayari samudera perjuangan untuk membela rakyat dan memulihkan negara.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

'Jangan campur tangan politik Bagan Datuk'


Ahmad Zahid Hamidi
 
Ahmad Zahid Hamidi
 
BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu orang luar mengganggu gugat kestabilan politik di Bagan Datuk.

Beliau berkata campur tangan politik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) dua penggal lepas telah menyebabkan tsunami politik kepada sebahagian pengundi Parlimen kawasan itu.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk meminta para penduduk di kawasan itu supaya bersatu demi pembangunan tanpa mempercayai anasir negatif luar.

"Saya tahu ada orang (pembangkang) dari Teluk Intan, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang, Kuala Lumpur datang kacau kita.

"Kita perlu bersatu atas nama pembanguan dan kemajuan untuk semua rakyat Bagan Datuk,” katanya pada majlis Jamuan Mesra Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bagan Datuk di SJK Cina Sin Min Sungai Tiang malam ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon serta kira-kira 2,000 warga pendidik dari 11 sekolah SJK Cina di Bagan Datuk.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan tambahan masing-masing RM200,000 kepada SJK Cina dan SJK Tamil di Bagan Datuk bagi mengadakan kelas tambahan pelajar. - Bernama