Saman DoJ jika penyelewengan libatkan MO1 fitnah – Mahfuz
Kerajaan Malaysia dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat jika dakwaan itu berunsur fitnah.
Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.
“Apa pun respon yang berlaku, Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah ‘campur tangan Amerika’ seperti kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
“Manakala Peguam Negara dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan tiada bukti yang mensabitkan perdana menteri.
“Kenyataan balas sebegini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina,” katanya.
DoJ dalam usaha untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB.
DoJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 muka surat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DOJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion. dalam kenyataan media, semalam. Khamis lalu, DOJ memberitahu siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) telah berlaku dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Justeru, kata Mahfuz, kerajaan perlu menghantar wakil dari Jabatan Peguam Negara bagi menyemak dokumen pendedahan DoJ serta prosiding perundangan di Amerika Syarikat untuk tindakan undang-undang terhadap fitnah DoJ ke atas Malaysia.
“Kerajaan Malaysia juga boleh menggunakan tindakan diplomatik dengan menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang didakwa oleh Malaysia sebagai campur tangan asing di Malaysia dan buktikan tiada transaksi wang tersebut seperti dakwaan DOJ,” katanya. –
No comments:
Post a Comment