Sunday, June 18, 2017

Rantai berlian merah jambu 22-karat RM116.8 juta dibeli untuk isteri MO1



DOKUMEN terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (Department of Justice — DOJ) hari ini menjadi tumpuan umum apabila ia mendedahkan tentang pembelian loket dan rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri Malaysian Official (MO1).

Cina gemuk Jho Low ("LOW") didedahkan sebagai orang yang mengatur pembelian RANTAI BERLIAN MERAH JAMBU 22 KARAT untuk isteri kepada MALAYSIAN OFFICIAL 1 (MO1) menggunakan duit derma yang kononnya sudah dikembalikan semula kepada kerabat diraja Arab Saudi.


Pada muka surat 224, dokumen itu mendedahkan sejumlah dana dikesan telah diselewengkan untuk membeli berlian merah jambu 22 karat yang dibentuk menjadi seutas rantai berlian ("22 carat pink diamond necklace") untuk isteri kepada MALAYSIAN OFFICIAL 1.

Permata dan rantai itu telah dibeli daripada Lorraine Schwartz Inc. pereka barangan kemas yang berpengkalan di New York, yang mana merupakan pakar kepada barangan kemas dan perhiasan berlian.

Dokumen DOJ turut mendedahkan jumlah harga keseluruhan permata dan rantai itu ialah $27,300,000 (RM116.8 juta).

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengakui bahawa MALAYSIAN OFFICIAL 1 (MO1) adalah merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya telah kata secara terbuka, jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan (dokumen DOJ), Ia adalah Perdana Menteri," kata Menteri Umno, Dato' Abdul Rahman Dahlan seperti yang dipetik oleh sumber berita BBC.

"Tidak ada misteri tentang Malaysian official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya.

Jadi jelas dalam dokuman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ini telah menuduh Datin Rosmah yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perempuan yang menerima RANTAI BERLIAN MERAH JAMBU 22-KARAT.

Anda boleh baca sendiri dokumen setebal 251 muka surat itu sila klik link ini — Department of Justice, 15 Jun 2017


Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/rantai-berlian-merah-jambu-22-karat.html#ixzz4kPoPQM4r

No comments:

Post a Comment