SATU perbualan WhatsApp Group antara Jamal Jamban bersama-sama dengan machai bawahannya tersebar di laman sosial facebook.
Dalam Group WhatsApp yang bernama Gerakan Merah itu, Jamal Jamban menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor, jika Dato' Seri Azmin Ali, MB Selangor sekarang kalah dengan gerakan mereka.
Jamal Jamban dalam perbualan itu turut meluahkan hasratnya untuk bertanding di kerusi DUN Sekinchan, dan berjanji akan melantik Dato Ismail Kijo, sebagai Exco kanannya.
"Saya juga tawarkan diri untuk kerusi MB. Sebab Dato' Noh (Noh Omar Udang) dah jadi menteri. Dato' Ismail Kijo adalah Exco kanan saya, itu janji saya," tulis Jamal Jamban yang menggunakan nombor WhatsApp +6012904 8455.
Dalam perbualan itu, Dato' Ismail Kijo mengucapkan terima kasih kepada Jamal Jamban atas kepercayaan yang diberikan padanya. Malah beliau turut menyatakan kesetiaannya kepada Jamal Jamban.
"Terima kasih DSJY (Dato' Seri Jamal Yunos) atas kepercayaan yang diberi pada saya, DSJY yang terbaik, sebab itu saya setia mengikut pemimpin yang bijak memimpin," tulis Ismail Kijo yang menggunakan nombor WhatsApp +60193175155.
Berikut printscreen perbualan yang dimaksudkan itu.
Bagi mengesahkan bahawa nombor telefon tersebut memang benar-benar milik Jamal Jamban, aku telah membuat sedikit siasatan nombor berkenaan.
Hasilnya, aku dapati pemilik nombor telefon +6012904 8455 ada meletakkan gambar Jamal Jamban berbaju biru dengan logo BN.
Dalam erti kata lain memang sahlah itu nombor Jamal Jamban. Jika orang lain tentu sekali tak hingin nak letak gambar Jamal Jamban sebagai DP (Display Picture) WhatsApp.
Patutlah si Jamal Jamban ni beriya-iya benar menyerang Menteri Besar Selangor tak habis-habis, rupa-rupanya dia tengah berangan nak jadi MB Selangor.
Jika anda rakyat Selangor, dan mahu orang gila (Jamal Jamban) jadi Menteri Besar Selangor yang baru, jangan lupa undi BN pada pilihanraya umum yang akan datang.
*** Bagaimana printscreen ini boleh tersebar? Tunggu aku akan dedahkan dalam tulisan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment