Monday, June 19, 2017

AS Mula Tindakan Rampas Aset Dibeli Guna Dana Dicuri Dari 1MDB



JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memulakan tindakan untuk merampas aset bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dikatakan dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menjadikan jumlah yang disalahgunakan kepada AS$4.5 bilion.


Advertisement

Dalam pemfailkan saman sivil ketiga dan terbaharu bagi pelucutan hak, DoJ ingin menyita antara lain, kapal layar Equanimity bernilai AS$165 juta (RM704 juta) dimiliki Jho Low, dan hak filem komedi "Dumb and Dumber To" dihasilkan Red Granite, syarikat penerbitan dimiliki bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Najib Razak.

DoJ juga mengatakan dalam samannya, sekurang-kurangnya AS$27 juta digunakan oleh Low untuk membeli rantai berlian merah jambu 22 karat untuk isteri "Malaysian Official No.1".

"Kenyataan hari ini mendedahkan satu lagi bab daripada banyak tahun, skim penipuan berbilion dolar, menjadikan jumlah yang dicuri dikenal pasti sebanyak AS$4.5 bilion," kata Pemangku Penolong Peguam Negara AS, Kenneth Blanco dalam satu kenyataan.

"Wang ini membiayai gaya hidup mewah yang didakwa menjadi konspirator bersama bagi segala perbelanjaan dan kerugian rakyat Malaysia."

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan semalam di Los Angeles, pendakwa persekutuan berkata pada 2014, ahli perniagaan Malaysia Jho Low mencuri AS$850 juta daripada dana yang dipinjam daripada sindiket bank, kononnya bertujuan membayar semula bon yang diterbitkan dalam fasa sebelum skim penyelewengan itu.

Bagaimanapun, wang itu dibelanjakan untuk membeli Equanimity.

Konspirator juga membeli AS$3.2 juta karya Picasso dan AS$9.2 juta Basquiat, menurut DoJ. Low menafikan salah laku itu.

Ini susulan saman rampasan aset awam tahun lepas terhadap aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa DoJ.

Beberapa hartanah itu juga dimiliki Low, individu disiasat AS yang dikatakan menjadi tumpuan atas dakwaan transaksi penipuan dengan 1MDB.

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mengakui dimaklumkan saman terkini dan pada masa sama meluahkan kekecewaan di atas kegagalan pendakwa raya AS tidak memberi pemberitahuan awal kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai pemfailan saman itu.

Beliau juga berkata AGC masih belum diberi sebarang bukti menunjukkan wang itu dicuri daripada 1MDB daripada mana-mana siasatan yang dilakukan di seluruh dunia terhadap firma pelaburan negara itu.

1MDB yang lahir daripada idea Perdana Menteri Najib Razak pada tahun pertama beliau memegang jawatan pada 2009, mengumpul RM42 bilion hutang selepas mencatatkan keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya, antara September 2009 dan Mac 2010.

Pada 2015, Wall Street Journal melaporkan berbilion ringgit masuk ke dalam akaun bank perdana menteri, yang kemudiannya dibersihkan daripada segala salah laku oleh pihak peguam negara.

Bagaimanapun, pendedahan itu menyebabkan siasatan antarabangsa dilancarkan terhadap 1MDB bersama beberapa negara seperti Switzerland dan Singapura berkaitan skandal tersebut.

Singapura bertindak menutup dua cawangan Swiss – Falcon dan BSI – kerana pengubahan wang haram yang didakwa dicuri daripada 1MDB, dan mengenakan denda UBS dan DBS kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram. Lima bekas kakitangan bank di Singapura didenda dan dipenjarakan berhubung peranan mereka dalam pergerakan haram dana 1MDB.

Di Switzerland, Coutts Bank juga didenda kerana dana haram dikaitkan dengan 1MDB.

DoJ mencipta sejarah pada Julai tahun lalu apabila memfailkan rampasan kira-kira AS$1 bilion aset didakwa dicuri daripada 1MDB.

Ia adalah kes terbesar di bawah inisiatif pemulihan aset kleptokrasi, dan rekod bertambah dengan rampasan lebih AS$540 juta aset dengan saman terhadap 1MDB semalam lapor The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment