Wednesday, January 30, 2013

UMNO KEDAH: NAJIB BUAT DONO JER ...

KEMELUT UMNO KEDAH- NAJIB USAH BUTA DAN TULI

Oleh: Mummy Rokiah (blogger pro UMNO)
Datuk Ahmad Bashah               Fail - MI
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 

Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 

 
Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi. 

Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang. 

Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.

Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja. 

Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan. 

Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula. Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.

Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya. 

Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.

SPR: KAMI ANJING UMNO/BN ...

Peraturan sialan yang cukup haramjadah!


Sehingga ke saat ini SPR masih bersikap pekak badak dan buta hati terhadap laungan rakyat yang impikan sebuah pilihanraya yang adil, bersih dan penuh integriti tulin. Sikap SPR yang begitu rupa terutama sikap Pengerusi apa tah lagi Timbalan Pengerusi SPR cukup 'menaikkan darah' rakyat yang sedang  menunggu dan menantikan kesedaran dan perubahan sikap mereka.
SPR di bawah pimpinan dua 'ekor' itu masih bersikap mahu menjadi balaci dan abdi bodoh lagi tolol kepada Umno. Bilalah SPR mahu membebaskan diri dari kelangkang Umno yang busuk lagi membusukkan itu. Tidak cukupkah pendedahan Sabah menginsafkan dua 'ekor' itu agar tidak terus berlaku jahat dan khianat kepada negara.
Nampaknya rakyat kena bersetuju dengan Mat Sabu untuk turun ke jalan raya lagi sekali dan lebih lama jika pilihanraya ke 13 terus dipenuhi dengan najis kotor Umno/Bn.
 
Peraturan Baru Pilihanraya:
Kerajaan Umno/Bn (syaitan yang dikenali) telah meminda rang undang-undang kesalahan pilihanraya pada April 2012:
1. Melarang logo parti yang tidak bertanding dipasang.
2. Pondok panas ditambah jarak dari 50 meter ke 100 meter untuk menyukarkan pengecaman pengundi hantu dan warga asing.
3. Dalam bilik mengundi kedudukan wakil parti tidak menghadap pengundi tetapi melihat belakang pengundi. Ini menyukarkan pengecaman pengundi hantu.
4. Calitan dakwat kekal tipis dihujung jari bukan dicelup.
5. Pengundian awal untuk anggota keselamatan diragui kerana kesan calitan dakwat akan hilang jika mereka mengundi awal 2 hari, boleh mengundi 2 kali.
6. Pertambahan kakitangan SPR dari 100,000 kepada 240,000.
 
PROJEK ANALISIS DAFTAR PEMILIH MALAYSI (MERAP) MENDAPATI:
1. 59,000 nama pengundi yang lahir di luar negara menggunakan kod 71.
2. Nama tanpa dijelaskan jantina, alamat tiada nombor jalan dan nombor rumah. Lokaliti hanya mencatat nama individu dan nama kampung sahaja.
3. Nama bukan nama rakyat Malaysi mirip kepada nama Indonesia, Pakistan dan Bangladesh. 
 
Dipetik dari sumber Harakah 1812

PDRM: KAMI TAK DAK KEJA NAK BUAT DAH ...

Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPURn: ‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.

Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan
mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.

“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.



“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir.

“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.

“Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis.  Ini semua muslihat politik Umno sahaja,” kata Ahli Parlimen Batu itu.

Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.

Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

SPR: TAK ACI LA BUAT MACAM NI ...

Selangor Bubar DUN Hujung Februari

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat,” jelas Khalid.Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN. ~keadilandaily

PM NAJIB: STRATEGI KITA TERKANTOI AWAL ...

Permainan tarikh terkantoi?

SELENA TAY
Sudah jelas bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) akan diadakan pada bulan Mac ini. Ini bererti hasrat Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk melakukan strategi serang hendap dan memberi Pakatan Rakyat (PR) satu kejutan dengan membubarkan Parlimen secara tiba-tiba telah gagal sama sekali.

Kini rakyat 1Malaysia sudah maklum dan sudah bersedia menghadapi PRU13 pada bulan Mac.

Semua parti komponen dalam Pakatan bersama dengan ahli serta penyokong PR sudah bersiap-sedia dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.

Adakah ketidak-cekapan pentadbiran Kerajaan BN telah menyerlah kerana perlu menunggu hingga tempoh melepasi 5 tahun selepas 8 Mac 2008 baru mampu mengadakan pilihanraya?

Oleh itu, rakyat 1Malaysia harus memilih untuk menukar kepada pentadbiran yang lebih cekap, telus, bersih dan adil dibawah PR. Rakyat tidak perlu takut membuat perubahan kerana kewibaan PR telah terbukti terlaksana di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak (walaupun lebih kurang 10 bulan sahaja mentadbir).

Sudah tibalah masanya untuk rakyat Malaysia memberanikan diri dan mengorak langkah untuk maju ke depan. Kita tidak boleh berada di takuk yang lama untuk selama-lamanya. Sampai bila kita hendak berasa takut untuk buat perubahan?!

Kini kita pun sedang berada dalam zaman internet dan media sosial. Ayuh, beranikanlah diri sebelum terlewat.

BN KEDAH: UMNO PASTI TUMBANG ...

Anggota Parti BN Kedah Perlu Henti Bercakaran Jika Mahu Menang PRU-13

Photo: Anggota Parti BN Kedah Perlu Henti Bercakaran Jika Mahu Menang PRU-13
KULIM: Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusi BN negeri  Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota partikomponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnyabekerja keras untuk kemenangan parti.
 KULIM: Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota partikomponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnyabekerja keras untuk kemenangan parti.
 
 Demokrasi dalam UMNO sudah mati.Ada ketua bahagian menghalang ahli drp bercakap memberi idea memberi kritik yg membina kearah kebaikan parti.Begitu juga UMNO Kedah langsung tak pernah mengadakan satu program dailog dan mesra dgn pemimpin sama ada cara terbuka atau tertutup untuk memulihkan semangat dan hala tuju parti.
Seluruh p[impinan UMNO banyak bergantung pada tokoh dari pusat.Tokoh temnpatan negeri Kedah tidak main peranan.
UMNO Kedah ada :
a.menteri...Jamil Khir
b.tim menteri....Johari baharom
c.tim mneteri....Masitah Ibrahim
d.tim menteri....Mukhriz Tun Mahadir
e.Pegawai PM....Ghazali Ibrahim
f.Pegawai PM.... Lat Sahriman
g.MKT UMNO....... Aziz Sheh Fazir
h.MKT UMNO....... Aziz Rahim
i.MKT UMNO .......Mahazir Khalid

Yang begitu ramai tokoh hebat yg diatas apa mereka buat dan sumbang dan bantu UMNO Kedah.Atau pun UMNO Kedah tak pernah minta bantuan drp mereka.Dato Basha tak pernah buat team untuk kuat Kedah.Atau dato Basah jalan sana sini SOLO takut duit habis.Menafaatkan merekam.
 
UMNO Kedah ada lagi EXCO Pemuda.EXCO Wanita,EXCO Puteri.Apa mereka buat.Apa mereka rancang.Apakah kerja mereka cuma pergi mesyuarat dgn fail di Menara dato Onn sahaja.Bila balik Kedah simpan dalam jubok kereta

PM NAJIB: MAMPUIH KITA KALI NI ...

UMNO apa lagi...?

DISANGKA panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah dilema yang sedang menghantui UMNO-BN membuatkan mereka hilang arah dalam rangka politik buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang sering mereka putarkan.
Di sebalik sensasi isu kalimah Allah yang dimomok-momokkan, dalam kekecohan Perkasa yang konon mahu membakar Bible versi bahasa Melayu, dua tokoh politik negara, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bertemu dalam suasana penuh mesra memberi renjatan mengejutkan UMNO-BN.
Apalagi, ia bukanlah pertemuan formal di pentas ceramah. Malahan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut hari lahir beliau ke-82 di rumah Pengerusi DAP itu.
Mungkin hasil pertemuan ini polemik isu kalimah Allah yang dicipta balaci dan propagandis UMNO-BN terbantut tidak sampai klimaksnya.
Ada yang kata PAS dah lain. Ada yang kata DAP pun dah lain. “Dulu bujang sekarang dah kahwin,” sindir seorang teman UMNO. Lebih ekstrim, ada juga pencacai UMNO menuduh yang bukan-bukan, “Tengok, ini bukti PAS barua DAP.”

Sudah tentu orang yang melabel ‘barua’ bagi pertemuan dua tokoh utama oposisi ini cetek akal.
Ia sama dangkal kalau kita menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi barua kepada Kristian apabila beliau mengunjungi Pope Benedict XVI di Rom, pada 18 Julai 2011.
Apapun persepsi yang tercipta dengan pertemuan bersejarah dua tokoh yang sering dilaga-lagakan itu, ia telah mengukir satu lembaran baru ukhwah yang terpahat di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Bila mana seorang pemerintah Kristian, Raja Najashi yang memerintah Habsyah memberi suaka politik kepada sekumpulan umat Islam yang memohon perlindungannya, ia telah memulakan satu era baru dalam sejarah awal ketamadunan Islam dan menggambarkan ketinggian sifat manusiawi. Ini yang UMNO-BN cemburui.
Dominasi UMNO terhadap parti gabungan di bawah BN seperti MCA dan MIC jauh bezanya dengan amalan PR. Amalan jahiliah ‘dominasi’ UMNO ini sudah tak terbendung lagi sehingga melingkupkan ekonomi negara. Sebab itulah banyak benda yang tak mampu dijawab Najib sendiri.
PR menjunjung prinsip hak untuk berbeza pendapat, bekerjasama memartabatkan rakyat. Sudah tentu ia tidak lari daripada acuan demokrasi. Yang pasti, UMNO gagal memperbodohkan rakyat Malaysia. Kesedaran dan sensitiviti di kalangan kita semakin kukuh. Jadi, UMNO apa lagi? -Roketkini.com

Tuesday, January 29, 2013

PEMUDA UMNO: KITA PERLU BERUBAH ...

'Mengira dengan betul' ialah satu perkara yang sukar dilakukan oleh pemimpin UMNO?

Adun Paloh, Datuk Nozula dalam kenyataan yg disiarkan oleh Berita Harian semalam mendakwa bahawa 500,000 orang rakyat Kelantan berhijrah keluar mencari kerja.. Logikkah angka ini sedangkan penduduk Kelantan pun hanya 1.5juta? Ertinya satu daripada tiga orang berhijrah? 
Adun Paloh, Datuk Nozula dalam kenyataan yg disiarkan oleh Berita Harian semalam mendakwa bahawa 500,000 orang rakyat Kelantan berhijrah keluar mencari kerja.. Logikkah angka ini sedangkan penduduk Kelantan pun hanya 1.5juta? Ertinya satu daripada tiga orang berhijrah?
 

Zaman dah berubah

Zaman dah berubah..InsyaAllah kerajaan juga akan berubah..dah lama sangat dah..

Masa untuk berubah.. Anda mampu lakukan..

UMNO KEDAH: ADUN BN BOIKOT MAJLIS DYMM SPB YDP Agong???

Boikot?..Termalu..? Sasau..? Atau Derhaka?...

Oleh : PARANG KEDAH

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.

Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini. Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.



Tapi yang hairan bin ajaib..tak seorang pun ADUN-ADUN BN yang hadir. Nak boikot siapa sebenarnya?
MB? Kerajaan Kedah? atau nak boikot Yang diPertuan Agong. Kalau ia pun tak suka dengan MB, tak suka dengan projek kampus induk tu, takkan dengan agong pun tak suka juga.

Adakah ini sikap sebenar ADUN-ADUN pembangkang ini? Dimana taat setia yang selalu dilaung-laungkan.
Antara rukun negara yang menjadi tasbih zikir UMNO/BN ini..yang lebih dari rukun Islam dan rukun Iman mereka hormati...antaranya "kesetiaan kepada raja dan negara". Hah...kalau majlis yang dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong pun gagal hadir..setia apa namanya.

Pada hemat PK, ADUN-ADUN pembangkang ini sebenarnya dan naik sasau bila Kampus Induk KUIn di Kuala Ketil itu selamat dilaksanakan dan perasmiannya pun berjaya diadakan. Mereka ini kalau boleh nak bagi gagal dan tak jadi maka bolehlah nanti jadi point untuk hentam Pakatan Rakyat Kedah menjelang PRU ke13 nanti.

Mungkin juga, mereka malu.,,malulah sejak 1985 KUIN didirikan, bermula dari Osman Arof sehingga Mahadir Khalid, Kerajaan BN Kedah dulu masih gagal mendirikan sebuah kampus tetap KUIN selain hanya meneruskan pengajian di kolej sementara di Mergong yang tidak dapat menampung kapisiti jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dengar-dengar hujung telinga PK, masa zaman Osman Aroff menteri besar dulu ada juga ura-ura nak buat Kampus Induk KUIN di sebuah daerah di Yan..tapi tangguh-tangguh..akhirnya tak buat. PK tanyalah..."kenapa tak buat."...jawab sipenyampai tu...."nak buat macamana..asyik dok buat padang golf saja..Ustaz Azizan ni dia pulun..tu yang boleh siap cepat.".

Betulah tu..PK pun setuju..UMNO ni kalau projek menguntung mereka..lebih-lebih lagi untuk mereka..cepat pelaksanaannya tapi kalau untuk rakyat..."hemmmmm...tak apalah..gunalah hat tu dulu...lagi pun jurusan agama saja..buat apa dok buat besaq-besaq..nanti-nanti..lawan kita balik". 

 

BN: UMNO PENANG BUAT KEJA BODOH ...

Risalah perang saraf bodoh untuk burukkan DAP disebarkan


SEORANG sahabat menunjukkan sebuah risalah "perang saraf" berbentuk buku kecil untuk memburukkan DAP disebarkan di Kampung Baru semalam. Difahamkan barangkali berpuluh ribu cetakan risalah ini sudah diedarkan seluruh Kuala Lumpur.

Gua sempat belek lebih kurang seminit, untuk snap risalah ini. Apa yang gua perhatikan risalah ini dipenuhi dengan fitnah yang terang-terangan kantoi. Contohnya, risalah ini ada memetik salah satu laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk "Tiada lagi DEB".




Si pembuat risalah ini masih memasukkan laporan bertajuk "Tiada Lagi DEB" yang tersiar di Utusan Malaysia sebelum ini meskipun akhbar itu sudah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM220,000 kepada Guan Eng kerana laporan fitnah tersebut.



Laporan yang terang-terang disahkan oleh mahkamah sebagai fitnah pun boleh dimasukkan dalam risalah ini, nampak sangat si pembuat risalah ini memang nak buat fitnah.

Tambahan pula, risalah ini sama seperti risalah memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebelum ini rujuk sini ~ Anwar sembah mayat Teoh Beng Hock, di mana tiada identiti orang-orang yang terlibat menghasilkannya.

Namanya pun nak buat fitnah, mana berani nak tulis nama, kalau tulis nama takut kena saman.

ReJaM© "Baling batu sembunyi tangan, sudah berak sembunyi punggung... "

UMNO: PENGUNDI HANTU KAMI BERJALAN LANCAR ...

PR KENA JAGA NI STRATEGI TAWAN TERANGGANU 2004 DAH MUNCUL DI SELANGOR-KENA WASPADA

Pemilik banglo terkejut terima 28 surat PM tertera nama tidak dikenali
NUR FARHANA ABDUL MANAN
SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama.
Sumber : SH

 
 “Daripada jumlah itu, dua adalah  Melayu, seorang India dan lainnya adalah pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36 hingga 90 tahun.

“Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan tetapi tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : SH

UNIT MEDIA UMNO: TOLONGLAH...JANGAN SAMAN KAMI ...

TAKUT KENA SAMAN!!! Blogger UMNO mengaku berbohong

Oleh: Kamera Kampung



(Baca link ini dulu bagi faham jalan cerita)

Akibat takut kena saman, akhirnya sebuah blog UMporNO dari Baling membuat pengakuan bahawa laporan yang dibuat oleh akhbar BN bahawa Tahak Lahamad memohon tanah di Gunung Inas adalah bohong. 


Macamtulah baru jadi Lelaki Gentel! Jelas blog tersebut, anak-anak Tahak yang sebenarnya memohon bukannya Tahak. Padanlah depa pi cari nama Tahak dekat Pusat Khidmat Cikgu Joe tak jumpa... 


lepas tu buat fitnah kata, orang pejabat pusat khidmat ADUN Kupang curi duit, buat magic 'hilangkan dokumen'... Syok sangat buat fitnah, akhirnya kantoi.

Bila Pusat khidmat acah nak saman... mulalah terketag-ketag. Tau pun takut... sebab dah terbukti ADUN Kubang Rotan YB Nasir dah saman dua orang penyokong UMNO yang buat buat fitnah melalui RTM kononnya beliau tak pernah turun padang... dah bicara pun tunggu nak jatuh hukum saja.

Isu tanah di Gunung Inas tu dah hampir selesai pun bila.. PTG bila-bila masa saja akan keluar geran. Tanah tu sudah diusahakan sejak 50 tahun tapi 50 tahun di zaman BN juga... permohonan depa tak pernah dilayan. 


mai masa Pakatan barulah permohonan dilayan... nak dapat geran kena ukur dulu tanah oleh jabatan ukur bertauliah, itu prosesnya... 

nak mudahkan urusan orang kampung YB Cikgu Joe cari juruukur yang tawar harga lebih rendah, letak kat Pusat Khidmatnya yang dekat dengan kawasan penduduk... tak payah depa pi Sungai Petani atau Alog Setaq. 

Sebab takut para pemohon tanah tu 'terasa' akan budi Cikgu Joe.. tuu yang naik meroyan habih puak2 tu... mulalah guna pihak media untuk reka fitnah.

Hai politik UMNO BN makin hari makin hudoh!!!

WARKAH AKHIR: TUNKU MARAHKAN UMNO ???

Ini warkah terakhir Tunku Abd Rahman sebelum meninggal dunia



Marah Betul Tunku Abdul Rahmah Kepada UMNO dan Mamak Mahather Kutty..

Surat wasiat tengku menyatakan kekecewaannya dan meminta supaya dikuburkan seperti org biasa kerana marahnya dgn umno..

BN: CINA RAMAI EKSIDEN, UNDI PRU 13 BLEH MENANG LA KITA...


 Apa cerita ni? @#$%^&)(&;*()... Dah mentekedarah duit rakyat berjuta, bila mai musim raya dia Kong Hee Fat Choy boleh pula AES tak beroperasi.... apa ni... Kenapa musim perayaan lain sebelum ini AES on,, hentam saman pemandu ?... Tak ker cibai punya muluk apek ni...



 
Orang-orang melayu Umno parlimen Lumut,,, tolonglah sedaq sikit,, termasuk dengan adik-adik navy pengkalan Lumut,,, Hangpa sanggup lagi ka nak pangkah apek ni sebagai AP Lumut., walaupun hangpa undi POS, tetapi undi hangpa tetap rahsia, aku dalam servis dulu sempat 4 kali mengundi, setiap kali tangan aku ni demi Allah, aku belum pernah undi BN mau pun UMNO., tak ada apa-apa tindakan pun,, aku boleh juga servis sampai pencen?.

Jadi jangan takut nak undi siapa pun, syarat jangan undi BN,,, mari kita tukar sekali dulu... Kalau rasa tak puas hati PRU 14 lima tahun lagi pangkah balik yang lama,,, kenapa tak berani nak mencuba..

Yang lepas tu tak apa lah, Yang akan datang ni.. PRU 13 ni,, janganlah... Hangpa lihat sendiri,,, betapa rasict perkaumannya apek ni....Sanggupkah kita umat melayu diperdajal oleh apek sekoq ni...

ULAMA MUDA UMNO: BANGKAI PAS, KAMI MAHU ...

Ulama Muda Fathul Bari cadang nak meminang seorang lagi?

Bila dah menikmati pelbagai rasa memanglah ada nikmatnya yang tak terkata,,, Dari satu dah dapat dua,,, sekarang dah nak yang ketiga... amboi..yap bedu...bedu......

Kalau no 2 orang Filipina, yang ketiga pula dari negara mana..


Amboi-amboi hangpa,, dengar ke nama Fathul Bari nak nikah sorang lagi..... eee teringin juga ka.... 

Oii,, jangan buat cerita fitnah kat dia, kang kena doa lagi ha ha ha...  

Kali ini dia nak pinang perghh,, lagi lawa dari yang nombor 2 Filipina mari... weeiii..yang no 3 ni sama cantik, sama sepadan dengan Fathul bari, macam pinang dibelah sepuloh beb.... 

Sekarang tengah duk tunggu masa,, setuju atau tidah dari orang sebelah sana yang dah kena pinang.... 

Setuju ajalah,, jangan malu-malu.... perjuangan harus diteruskan... 


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Umno supaya mempertimbangkan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai parti itu.

Namun katanya ia bergantung kepada Nasharudin untuk menerima tawaran tersebut.

"Sangat baik untuk ditawarkan kepada orang seperti beliau, walau bagaimanapun ia kembali kepada pendirian Ustaz Nasha. Beliau secara terang berkata bahawa akan bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang nak memperjuangkan Islam, kekal dengan prinsipnya.

"Saya kira tiada masalah sebab kita nak sehalakan perjuangan kita. Namun sekiranya Ustaz Nasha belum bersedia untuk menyertai Umno, juga tiada masalah, yang penting, apa yang akan diperjuangkan itu jelas," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

SURAT TERBUKA UNTUK Y.A.B PERDANA MENTERI ...

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN UMNO-KERAKUSAN KUASA HISHAMUDDIN HUSSEIN

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur


29hb Januari 2013

Menemui Datuk Seri Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Pertama sekali kami berdoa semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri kerana mengambil langkah yang cukup berani melawat Gaza minggu lepas. Kami amat berbangga dengan keberanian Datuk Seri.

Kami meminta maaf jika kedatangan surat ini sedikit sebanyak mengganggu Datuk Seri dan merencat perencanaan kerja untuk pilihan raya 13.

 
Kami tidak berniat untuk mengganggu tugas Datuk Seri atau cubaan untuk mensabotaj parti. Matlamat kami untuk memastikan parti dapat menghadapi pilihan raya dalam keadaan tidak ada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan.

Kami sebenarnya sudah beberapa kali cuba untuk berjumpa Datuk Seri bagi menjelaskan perkara ini tetapi penjaga-penjaga pagar Datuk Seri sering menjadi penghalang utama.

Kami tiada pilihan lain melainkan dengan cara ini sahaja yang boleh kami lakukan agar mesej yang kami hendak sampaikan sampai ke telinga Datuk Seri.

Datuk Seri, sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO dan PM manakala Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden dan TPM, Tun banyak memberi kepercayaan kepada Anwar untuk menguruskan pelbagai hal ehwal negara dan parti.

Kepercayaan yang diberikan oleh Tun telah disalah guna oleh si rakus Anwar. Beliau menggunakan kepercayaan Tun untuk membina empayarnya baik dalam parti dan kerajaan.

 
Jika hendak diperkatakan tentang Tun dan Anwar kisahnya sangat panjang dan semua orang mengetahuinya bagaimana rakus nya Anwar mempergunakan kepercayaan Tun M untuk dia berada di tempat tertinggi termasuklah memangku jawatan Perdana Menteri.

Kisah berkenaan kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah setelah ia hampir memusnahkan UMNO pada tahun 1998 hasil tajamnya pandangan Tun pada kelibat Anwar Ibrahim.

Kini setelah lebih 15 tahun berlalu Anwar Ibrahim kedua dikesan wujud kembali di dalam UMNO di bawah pentadbiran Najib dengan modul dan sukatan pelajaran politik yang sama dilakukan Anwar dalam UMNO satu ketika dulu.

 
Datuk Seri mungkin terlepas pandang gerakan demi gerakan yang sedang berlaku ketika ini. Dalam masa Datuk Seri sedang berusaha untuk menang 2/3 majoriti dalam PRU13,ada pula pihak sedang mengambil kesempatan untuk menyusun gerakan bagi memperkukuhkan kedudukan dalam politik terutama sekali pada pemilihan parti yang akan berlangsung nanti.

Datuk Seri sedang dikelilingi oleh parasit-parasit parti.Datuk Seri sedang dibuai dengan nyanyian yang enak di telinga Datuk Seri oleh pencacai-pencacai terutama sekali sepupu Datuk Seri,Hishamuddin yang sedang memasang badan untuk ke peringkat tertinggi dalam parti dan sepupu Datuk Seri ini menjadi semakin angkuh kerana sepupunya adalah Perdana Menteri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang bahawa sepupu Datuk Seri sedang membina empayarnya di dalam UMNO untuk kepentingan politik dirinya ? Kepura-puraan beliau di depan Datuk Seri hanyalah umpan untuk menyedapkan mata dan telinga Datuk Seri. Datuk Seri ada pengalaman mengenal budaya ampu dan bodek ini tatkala Datuk Seri hampir-hampir tewas di Pekan,Pahang pada PRU11 lalu.

 
Sebagai mahu memenuhi tembolok politik peribadinya,Hishamuddin sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah terhadap saingannya,menghantar SMS kepada seluruh rangkaiannya,menggunakan KDN untuk menutup segala kebejatan moralnya dan apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara,Musa Hassan sampai sekarang tidak disanggah dengan bukti dan beliau hanya menafikannya semata-mata.Ini jugalah stail Anwar masa dalam kerajaan satu ketika dulu.

Hishamuddin umpama biawak hidup yang terpaksa Datuk Seri usung dan pikul.Beliau terlalu banyak mengguna serta memperalatkan nama Datuk Seri terutama sekali dalam soal pemilihan calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU13, kononnya Dato Seri memberikan beliau mandat untuk menapis serta mengenal pasti calon-calon dan Hishamuddin terlalu banyak berjanji dengan setiap pemimpin UMNO atau ahli UMNO yang beliau temui.

Sikap hipokrit Hishamuddin ini cukup tebal Datuk Seri,di depan Datuk Seri lain cakapnya dan di belakang Datuk Seri lain pula tindakannya dan senario ini sama beliau lakukan di depan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Datuk Seri,beliau juga sedang ligat memasang orang-orang tertentu untuk bertanding dalam pemilihan parti dengan alasan kononnya Datuk Seri yang minta mereka ini menentang calon sedia ada.Begitu jugalah dengan menawarkan orang-orang tertentu untuk menjadi calon kerana Datuk Seri yang minta.

 
Tidak cukup beliau mengatur pertandingan UMNO di peringkat Bahagian,sepupu Dato Seri ini juga sudah pun menyusun orang-orang tertentu di dalam sayap-sayap parti untuk bertanding merebut jawatan sehingga diberitahu apa sahaja keputusan mesyuarat sayap-sayap parti perlu disampaikan kepadanya.

Kesan daripada menggunakan nama Datuk Seri ini,kita yakin dan amat percaya kalau gerakan sepupu Datuk Seri ini tidak dibendung ataupun diambil tindakan oleh Datuk Seri boleh mewujudkan budaya sabotaj ataupun lompat parti.

Surat ini untuk peringkat ini tidak mahu menyebut atau mendedahkan lagi bagaimana sepupu Datuk Seri ini mengumpul kekayaan terutama sekali di negeri Johor hingga mampu membeli sebuah rumah mewah di kawasan elit di Kota London baru-baru ini, tetapi surat ini lebih kepada mahu memberitahu sikap sebenar Hishamuddin yang selama ini setiap saat dan ketika memperdagangkan nama Datuk Seri.

 
Datuk Seri sedar atau tidak,helikopter dan kenderaan siapa yang digunakan oleh sepupu Datuk Seri untuk sebarang program parti ataupun peribadi beliau? Datuk Seri sedar atau tidak bagaimana akrabnya sepupu Datuk Seri ini dengan tokoh korporat Cina di Johor bernama Lim Kang Hoo itu ? Pernah Datuk Seri tanya sepupu Datuk Seri hubungan sebenar mereka berdua hingga Lim Kang Hoo begitu bermaharajalela di Johor?

Kenapa begitu hina sekali anak seorang pejuang UMNO sanggup bersekongkol dengan seorang tauke cina untuk meranapkan harta-harta anak bangsa sendiri di bumi Johor ?

Datuk Seri kami sedar apa yang kami lakukan ini ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Namun apakan daya kami kerana kami tiada jalan lain untuk menyampaikan mesej kepada Datuk Seri.

Sedar atau tidak oleh Datuk Seri sekarang ketika kita sedang sibuk untuk memantapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya, Hishamuddin pula sibuk memantapkan rangkaiannya untuk menghadapi pemilihan UMNO ?

 
Beliau sedang sibuk mencatur orang sana-sini untuk berlawan orang itu ini kononnya itu permintaan Datuk Seri. Dalam masa yang sama juga sibuk mencaturkan orang untuk dilantik sebagai menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Ini adalah permulaan Surat Terbuka kepada Datuk Seri berkaitan dengan gelojohnya nafsu politik sepupu Datuk Seri ini dan akan menyusul lagi pendedahan tentang apa yang sepupu Datuk Seri lakukan ini boleh memecahbelahkan UMNO,boleh menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan mungkin juga menghalang transformasi politik yang Datuk Seri laung-laungkan selama ini.

Surat ini dibuat kerana ucapan Datuk Seri masa Perhimpunan UMNO lalu yang bertajuk Ubah Atau Rebah dan sekiranya Datuk Seri masih gagal merubah sepupu Datuk Seri ini,yakin dan percayalah Datuk Seri akan rebah bersama-sama sepupu Datuk Seri yang sedang bernafsu besar dalam politik negara ini.

Sekian dulu untuk yang pertama ini dan akan menyusul nanti beberapa pendedahan yang mengejutkan Datuk Seri tentang sepupu Datuk Seri ini.
Sekian
Warga-warga Johor
 http://hishamhipokrithantu.blogspot.com/