Wednesday, October 31, 2012

UMNO/BN : BUKU PERCUMA UNTUK SEMUA RAKYAT ...

Buku mengampu Najib diedar secara percuma di kaunter kedai buku MPH

KALAU difikirkan, dalam ramai-ramai pimpinan Umno, Najib Razak merupakan pemimpin yang paling terdesak untuk meraih publisiti bagi menggambarkan dirinya seorang pemimpin yang hebat. Dalam masa yang singkat beliau mahu rakyat percaya beliau pemimpin yang hebat.

Sebelum ini tentu anda masih ingat bagaimana beliau mengupah kartunis menerbitkan sebuah komik yang menggambarkan dirinya sebagai "Hero" ala-ala kartun superman. Komik itu dilaporkan telah diedarkan kepada pelajar sekolah rendah.


Lucu melihat gelagat pemimpin nombor satu Umno ini. Macam-macam cara beliau mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat dan wajar disokong pada pilihanraya umum yang akan datang.

Terbaru, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan taktik terbaru Najib untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin hebat. Sebuah buku yang mengampu Najib Razak diedarkan secara percuma di kaunter kedai buku MPH.


Buku yang mengampu Najib bertajuk "Najib, nation on his mind, people on his heart" (Najib, negara di dalam mindanya, rakyat di dalam hatinya) itu diedarkan secara percuma. Orang ramai digalakkan untuk mengambil lebih dari satu buku tersebut.

Seorang pemimpin, jika benar hebat, tidak perlulah dia sendiri mengangkat dirinya, jika benar hebat tidak perlulah terbitkan buku mengampu dirinya sendiri dan diedarkan secara percuma, nampak sangat terdesak.

Buat macam-macam untuk naikkan diri sendiri, tapi bila Anwar cabar berdebat, takut! Habis punah segala propaganda menggambarkan Najib seorang pemimpin hebat. Kalau betul hebat sahutlah cabaran Anwar berdebat, barulah rakyat boleh menilai kehebatan beliau, sama ada realiti atau fantasi.

ReJaM© "Ini namanya masuk bakul angkat sendiri... "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/buku-mengampu-najib-diedar-secara.html#ixzz2Avg9Izc1

No comments:

Post a Comment