Sunday, October 21, 2012

PANAS : NAJIB UMUM CALON UMNO PRU 13 ...


Najib umum penubuhan jawatankuasa khas elak sabotaj parti 2008 berulang


KUALA LUMPUR, — Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.

Menurut Najib, cadangan itu telah dikemukakan oleh jawatankuasa pengurusan dan ia akan dipengerusikan oleh pengerusi lembaga disiplin iaitu Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.

“Pada hari ini, majlis tertinggi yang bersidang bersetuju menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan untuk menurunkan kuasa kepada sebuah jawatankuasa khas untuk memantau dan seterusnya mengambil tindakan segera ke atas ahli parti yang mengkhianati dan mensabotaj parti atau calon Barisan Nasional (BN).

“Jawatankuasa ini akan diketuai oleh beberapa individu yang tidak mempunyai kepentingan dan juga ahli-ahli lembaga disiplin serta orang-orang tertentu,” kata perdana menteri (PM) dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Najib lagi, keputusan mewujudkan jawatankuasa ini diambil selaras dengan fasal 10.15 yang dibaca dengan 20.3 perlembagaan Umno serta ia mencerminkan ketegasan Umno untuk mengelakkan perkara sama berulang pada pilihan raya umum 2008 lalu.

“Penubuhan jawatankuasa ini mencerminkan hasrat dan pendirian kita (Umno) yang akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli parti yang merosakkan parti,” kata Najib lagi.

Najib turut menjelaskan susulan daripada penubuhan jawatankuasa ini, seorang anggota akan dilantik di setiap cawangan untuk memantau dan melaporkan kepada jawatankuasa tersebut.

Selain itu, Najib juga berkata definisi sabotaj dan mengkhianat tersebut akan dihuraikan supaya ahli parti jelas dan tidak ragu akan tindakan yang boleh disabitkan kesalahan dibawah fasal tersebut.

Antara tindakan sabotaj dan mengkhianati yang dimaksudkan Najib antaranya ialah menyokong parti lawan, menghasut untuk menentang parti dan lain-lain termasuklah daripada segi menyalahgunakan wang.

Menjawab soalan mengenai cawangan-cawangan yang sudah dikenalpasti oleh Umno sebagai bermasalah, Najib menerangkan skop siasatan oleh jawatankuasa khas tersebut akan merangkumi ke semua bahagian di seluruh negara.

“Ia akan melibatkan semua bahagian. Kadang-kadang bahagian itu baik, cuma terdapat satu dua anggota yang berperangai tidak baik,” jawab Najib.

Langkah oleh Najib ini dilihat sebagai satu lagi langkah drastik dan terdesak untuk mengelak sekali lagi berhadapan situasi sama pada 2008 apabila BN memperoleh keputusan terburuk dalam sejarah Plilihan Raya Umum negara.

Kekalahan tersebut bukan sahaja BN kehilangan 2/3 majoriti malahan kehilangan lima negeri yang akhirnya menyebabkan kepada tertubuhnya Pakatan Rakyat (PR).
 
P/S: TAK PAYAH JAWATAN KUASA KHAS AAIHH.. RAMAI KUAR UMNO X DAK APA PUN....

No comments:

Post a Comment