Skandal penyelewengan RM2.55 juta di Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Kedah tetap dibayangi UMNO
Oleh SAIBURI SUDIN
Saya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga beranggapan bahawa pembaca telah mengikuti pendedahan oleh rakan sekerja SS iaitu Enggang Qadha bahawa orang penting di Bahagian Perumahan sendiri adalah individu yang terbabit, pernah ditahan reman oleh SPRM terhadap kes tersebut serta menunggu masa untuk didakwa di mahkamah. Tiga fakta penting yang dikaitkan dengan individu berkenaan ialah:
1) Dia adalah orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri
2) Dia adalah sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli
Basir
3) Dia adalah orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB
Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid
Dia ialah Abd Rahman bin Mohd Saad, Ketua PSU di Bahagian
Perumahan.
Dengan pendedahan ini maka ternafilah segala fitnah jahat dan
dakyah media maya UMNO Be End bahawa penyelewengan dilakukan oleh 'Kerajaan PAS
Kedah', sama ada anggota Exco, jauh sekali dilakukan oleh Menteri
Besar.
Kesalahan MB tetap ada, iaitu terlalu mempercayai SUK
bernama Rasli Basir dengan alasan tidak mahu mengganggu pentadbiran negeri oleh
pegawai. Rupanya harapkan pagar, pagar khekah kepala
tuan!
Abd Rahman Mohd Saad memegang dua watak penting, sebagai
KCS dan ahli politik UMNO. Semasa BN, Mahdzir Khalid selaku MB telah memberi
kepercayaan kepada Rahman dengan melantiknya sebagai Pengarah Urusan Permodalan
Kedah Berhad.
Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.
Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB yang lain ialah Dato’
Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’
Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir
Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin
UMNO.
Sewaktu PRU12 PKB telah mengeluarkan wang tunai
sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008
untuk dana pilihanraya UMNO. Abdul Rahmanlah yang menguruskannya bagi pihak MB
dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir dan Rahman yang menandatangani cek tunai & tandatangan untuk membukanya. RM200 ribu buat open cek, gilo ko apo? Gila kena kat hangpa..
Bayaran untuk kerja-kerja amal seluruh negeri Kedah, siasatan awal mendapati bahawa kerja amal tersebut kononnya peruntukan diagihkan kepada setiap daerah di Kedah. Apabila siasatan dibuat di semua pejabat daerah, tiada pejabat daerah yang menerima peruntukan tersebut.
Setelah siasatan dijalankan dengan lebih teliti (pakai lada
picit ibu jari) maka termaklumlah bahawa duit tersebut diagihkan kepada
bahagian-bahagian UMNO khusus untuk kerja pilihanraya BN!!! Angkut dengan kereta
pi hantag tunai dekat bilik gerakan BN. takkan sampai semua kot, mesti ada tiris
kot jalan... he he
Tarikh wang dikeluarkan ialah 4 Mac 2008 iaitu empat hari sebelum hari mengundi PRU12. Hai, takkan masa tu baru kalut nak buat sumbangan kerja amal. Kalau ada kerja amal pun patut ada baucer sokongan pihak yang menerimanya, malangnya baucer sokongan itu tidak dijumpai.
Badrudi adalah Penolong Pengurus Kewangan, manakala Abd Rahman adalah pengarah Urusan. Bagi membolehkan pengeluaran cek tunai sebanyak RM100 ribu, cek dipecahkan kepada RM10 ribu setiap satu. Ini bukan masa PRU, namun duit tersebut dilaporkan diagihkan untuk tujuan politik BN.
Tujuan laporan ini ialah untuk
mengenali watak orang yang dikaitkan dengan skandal RM2.55 juta (yang tak pasai2
dikaitkan dengan PAS itu), bukan nak divert isu dengan mengungkit cerita lama.
Bagaimanapun harap pembaca jangan buat apa-apa penilaian lagi setakat ini sebab
laporan belum berakhir. Ada lagi laporan mengenai PKB.
Apa pulak kaitan dengan Rasli?
Itu cerita lain pulak... tunggu selepas ini.
P/S : waktu depa perintah dulu depa rembat duit rakyat kedah. x perintah pun depa sempat rembat jugak. sakan sungguh puak-puak ni. hat dok luar poket depa balas, yang dok dalam seluaq pun depa sapu jugak. pada aihhh..... kesian ahli-ahli umno kat bawah ni, melopong ja. tu pun pulun tak tentu hala kata pemimping depa baik... bodo piang ...
No comments:
Post a Comment