DAP Tepuk Meja Pertahan TGNA Dalam Parlimen, MCA Tepuk Tangan Hina Islam
Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini berkobar-kobar bangkit mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.
Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".
"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.
Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan alat pembesar suara di hadapan Loke dan meminta ketua pemuda DAP itu tidak membawa hujah politik dalam dewan.
Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.
Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.
Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Chua di perhimpunan agung ke-59 MCA semalam terang-terang menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.
Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri, Najib Altantuya yang hadir dalam perhimpunan itu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.
Beliau mempersoalkan sama ada Umno sudah terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Bagaimanapun, pemimpin Umno, Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Chua hanya memberikan pandangan berhubung kunynnya ia dasar negara dan bukan menghina Islam.
No comments:
Post a Comment