Thursday, October 18, 2012

DAH RAMAI MASUK UMNO/BN, TENTANG PAS/PR !!! ANDA BILA LAGI ???

Ahli-ahli UMNO mula memenuhi jawatan dalam SPR?




Gambar di atas telah dikirim oleh seorang pembaca dengan ayat “Salam, dapat print screen baru dr member yg menunjukkan org SPR dapat beg lambang BN”.

Mungkin ianya bukanlah satu isu jika dikatakan orang SPR menggunakan beg yang berlogo BN..

Tetapi apa yang tersirat sebenarnya ialah dalam kita dari Pakatan Rakyat punya keyakinan yang tinggi untuk mengambil alih pentadbiran Negara dari UMNO/BN selepas PRU13 ini.. UMNO sedang berusaha dengan berbagai cara untuk menghalangnya.

Kita telah menyaksikan pertambahan pengundi yang mendadak dibeberapa negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat..

Selain menyaksikan pertambahan undi itu.. tanpa kita sedari ahli-ahli atau penyokong UMNO mula diisi kedalam semua jawatan yang ada dalam SPR..

Seorang sahabat yang telah menghadiri temuduga untuk satu jawatan dalam SPR telah menyatakan beliau telah ditanya Parti manakah yang beliau sokong dan undi dalam PRU yang lalu..

Oleh kerana jawapannya tidak seperti yang mereka harapkan.. temuduga itu berakhir dengan kegagalan..



Apakah kita boleh mengharapkan Kakitangan SPR bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka sedangkan mereka adalah ahli-ahli Parti yang sedang menghalang kemaraan Pakatan Rakyat?

Sasaran terakhir untuk mengekalkan kuasa UMNO ialah Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat..

Sikit investment dikhabarkan akan dibuat untuk membeli Polling And Counting Agent (PACA)...

Ini lebih murah dari membeli MP atau ADUN...

No comments:

Post a Comment