Bahaya kepada negara : Soros 5, Pemerintahan Umno/Bn?
Soros:
1. Mengadakan
pertemuan mesra dengan Mahathir Perdana Menteri Malaysia pada waktu
itu.
2. Mengadakan pertemuan muhibbah dengan Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia
sekarang.
3. Mengadakan
pertemuan perkenalan dengan beberapa pemimpin pembangkang
Malaysia.
4. Dikatakan
ada menyumbang dana kepada NGO pro kerajaan Umno/Bn. Okaylah
tu!
5.
Dikatakan ada menyumbang dana kepada NGO pro pembangkang. Orait apa? Adil kot
(?)...pro sana bagi, pro sini bagi! Tak kanlah asal jumpa Soros nak jatuhkan
kerajaan! Kalau tak jumpa Soros pun kena jatuh jugak kerajaan memerintah sebab
setiap 5 tahun kan ada pilihanraya? Pilihanraya tu tempat jatuhkan kerajaan yang
memerintah, bagi yang tidak bersetuju dengan kerajaan memerintah atau bila parti
lawan lain membuat tawaran yang lebih baik dari parti yang memerintah! Kalau
tidak, baik tak yah ada pilihanraya! Biar parti tu sahaja menongkat
langit!
Para
pemimpin Umno/Bn:
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu).
2.
Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu
(Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri
seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
3.
Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang
(KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL) dan terbaru
mahu kuasai tanah rakyat di Penggarang Johor?
4.
Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga
mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan dan baru-baru ini ada
pemimpin Umno yang membeli tanah kampong orang Melayu dengan harga murah dan
menjual kepada taukeh dengan harga mahal jutaan RM?
5.
Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada
1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
6.
Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg
Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7.
Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak
setiap rakyat dibawah dasar DEB?
8. Siapa
yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18%
pada 2000?
9.
Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan
Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
10. Siapa
yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari
54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang
sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran
UMNO?
11. Siapa
yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak
diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
12. Siapa
yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan
Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp
Parlimen?
13. Siapa
pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal
1990-an?
14. Siapa
yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai
Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
15.
Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri
menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah,
Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun
2002?
16. Siapa
yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu
untuk mendapat biasiswa?
17. Siapa
yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?
18. Siapa
yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”,
“presint”, “bajet” dan lain-lain?
19. Siapa
yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam
pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar
bandar semakin melebar?
20. Siapa
yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa
pengantar Inggeris di universiti-universiti?
21. Siapa
yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik
kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
22. Siapa
yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau
YDPA?
23. Siapa
yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura,
Pulau Batu Putih dan Singapura sendiri terlepas ke negara
orang?
24. Siapa
yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an
dahulu?
25. Siapa
yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam
dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak
yang bersekolah ketika itu?
26. Atas
alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga
menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan? Dan siapa yang tidak memperdulikan untuk
memberi peruntukan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dalam Bajet 2013
baru-baru ini?
27. Siapa
yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan
kepada 40% bukan Melayu?
28. Siapa
yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya
orang Melayu senang diperbodohkan?
29. Siapa
yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah
golongan majoriti yang miskin di negara ini?
30.
Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa
penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
31. Siapakah yang belasah komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta. Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion).
32. Siapakah yang bailout Konsortium Perkapalan Berhad satu ketika dahulu? Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion(?)

33. Siapakah
yang dapat untung atas angin daripada Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak
RM1.67 billion satu masa dahulu?.
34. Siapakah (parti pemerintah waktu itu?) yang buat Stadium Trengganu, lepas itu tak sampai 2 tahun runtuh? Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
35. Siapakah yang menyebabkan berlakunya skandal Bank Bumiputra dahulu? Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion (?)
36. Mamak-mamak mana yang buat kerja bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an (?)
37. Siapa dan kroni siapa yang menyebabkan Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion)?
38. Siapakah yang pernah menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham?
39. Siapa punya idea menubuhkan Petronas Philharmonic Orchestra? Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra beberapa tahun yang lalu hingga tidak kedengaran lagi pada hari ini apakah nasibnya, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (?)
40. Siapa punya kerja ini? Satu waktu dahulu Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun?

41. Siapakah kini yang membayar khidmat perunding imej
APCO yahudi dengan bayaran ratusan ribu?
42. Siapa punya kepala hotak ini? Kerajaan Umno/Bn telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan. Kerajaan Umno/Bn telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan (?)
43. Siapa punya idea dan apa faedah dan keuntungannya kini hingga Program Angkasawan Negara menelan belanja – RM40 juta?
44. Siapa punya kerja yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal yang akhirnya tidak digunakan dalam PRU12?
45. Siapakah yang pernah membuat kerja membazir yang tidak ada nilai keuntungan mengakibat kerajaan terpaksa menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta?
46. Siapa punya kerja ini, agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit?
47. Siapa punya barua ini pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin umno/BN yang bernilai berbillion-billion ringgit?
48. Siapa punya akal ini, membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP), sedangkan subsidi petroleum untuk rakyat mahu dikurangkan pantang ada peluang?
49. Siapa ini yang sanggup memakai cincin bernilai jutaan ringgit? Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
50. Siapa punyai akal ini, satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta?
51. Siapa punya rancangan ini buat Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta?
52. Siapa punya angkara pula menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion?
53. Siapa tak sakit hati mendengar Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!?
54. Siapa yang redha kalau betul Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam?
55. Siapa tak marah “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM ?) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76 ?
56. Siapa tak geram apabila mendengar senang-senang dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya sedangkan rakyat hanya mendapat BR1M RM500, dalam 55 tahun sekali, manakala SAR tak dapat satu sen apa pun?
57. Siapa tidak merungut Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari?
58. Siapa tak mengeleng kepala mendapat tahu, kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta dan katanya bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan ?

59. Siapa
dan zaman siapa memerintah yang berusaha melemahkan institusi raja-raja Melayu
yang menjadi simbol ketuanan Melayu?
60. Siapa
yang melemahkan sistem kehakiman negara bermula dengan tribunal pemecatan Tun
Salleh Abas?
61. Siapa
yang menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti orang Melayu, Soros
ke?
62. Siapa
yang memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan dan menyesatkan begitu ramai
umat Melayu terutama yang menyokong dan yang menjadi ahli
Umno?
63. Siapa
yang cerdik sangat menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu
iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang
orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja
?
64. Siapa
lupa kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad.
Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno ?
65. Siapa
yang mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang
Singapura boleh masuk secara bebas ke sana ?
66. Siapa
yang membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan
usahawan- usahawan Melayu dan melenyapkan peranan agensi seperti MARA yang
banyak berjasa kepada orang Melayu?
67. Siapa yang tidak kata membazir apabila Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan Umno/BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
68 . Siapa yang tak cemas apabila mendapat tahu hutang negara meningkat sebanyak RM565 bilion ringgit di bawah pemerintahan Umno/BN? (rujuk [http://iffdec2011.gfintegrity.org/])

69. Siapa
tidak risau melihat 'fakta' ini?: TOP 10 Negara : Aliran
Kewangan Haram Keluar yang tertinggi dalam tempoh 1 dekad (2000 - 2009) US
DOLLAR -Sumber Global Financial Integrity (GFI) :
1. China: $2.74 trillion
2. Mexico: $504 billion
3. Russia: $501 billon
4. Saudi Arabia: $380 billion
5. MALAYSIA: $350 billion
6. United Arab Emirates: $296 billion
7. Kuwait: $271 billion
8. Nigeria: $182 billion
9. Venezuela: $179 billion
10. Qatar: $130 billion
Jumlah ini adalah hasil daripada aktiviti haram seperti jenayah, rasuah, pengelakan cukai, dan lain-lain (?).

70. Siapakah yang sedang berusaha ‘menggadai’ pemilikan
harta orang Melayu dalam FELDA dengan cara menyenarai saham FGVH ke Bursa
Malaysia?
71.
Siapakah yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza)
pusat perniagaan bumiputera di pusat KL bagi memberi laluan kepada projek
pembinaan stesen MRT ?
72. Siapakah yang ingin membawa masuk
sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited sebagai antara ‘rakan kongsi
strategic’ kepada FGVH di Bursa Malaysia?
73. Siapakah pengkhianat negara yang
membenarkan pemilikian kad pengenalan segera dengan ‘menganugerahkan’ taraf
warganegara segera, ‘Jus Soli’ kali kedua kepada warga asing demi mempertahankan
kuasa rakus dalam PRU dan seolah-olah
sudah tiada keyakinan lagi kepada rakyat tempatan yang setia kepada
negara?
74. Siapakah yang sedang berusaha
mempertaruh kehidupan damai rakyat melalui projek Lynas dekat Kuantan yang
berpotensi menjadikan rakyat negara ini sebagai zombie?
75. Siapa punya dajal pulak ni? Pada
tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di
atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
(?)
76. Siapa punya idea ini? Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.(?)
77. Siapa yang buat kerja ini? 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada seorang taukeh berpengaruh(?)
78. Siapa yang merana kerana ini? Pada tahan 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) diambil untuk projek kolam udang.
79. Siapa yang kena halau? Seluas 273 ekar rezab Melayu Kg. Chu Badak Sentul K.Lumpur yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
80. Siapa yang ajar MARA buat kerja ini? Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut
laporan itu yang pernah dibentangkan di Dewan Rakyat, peruntukan RM54 juta yang
dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih
tinggi berbanding harga pasaran. Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di
bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin
meningkatkan pendapatan mereka.
Berikut
beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:
Ketuhar
berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419. Katil Boleh Lipat berharga
RM500 berbanding harga pasaran
RM100. Dua dapur gas
pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90. Mesin
gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga
pasaran RM79. Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60. Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus
urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut
digunakan untuk kursus menggunting rambut.
Laporan
tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan
terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian
Kewangan.
81. Siapa
yang beriya-iya menentang mansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma
untuk rakyat konon bankrapkan negara?
82. Siapa
yang kata turunkan harga kereta untuk kurangkan hutang rakyat konon bakal
bankrapkan negara?
83.
Siapakah yang menyebut cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk dikenakan
kepada rakyat adalah bagi mengelak negara bankrap?
84. Siapa
punya kroni yang menjadi CEO sebuah syarikat air yang mendapat pendapatan hampir
sejuta sebulan? Yang ini walaupun untuk seorang tidak bankrapkan negara, tapi
kalau untuk rakyat ‘yes!’, negara pasti bankrap!?
85. Siapa
yang mengajar rakyat ‘ajaran sesat’ agar berani memilih syaitan yang dikenali
dan bukan malaikat yang tidak dikenali?
86.
Siapakah yang berkata projek pembangunan atau habuan sewaktu kempen pilihanraya
bukan rasuah?
87.
Siapakah pemimpin di negeri Sembilan yang turut serta dalam majlis MCA yang
menentang pelaksanaan hudud di negara ini?
88.
Siapakah yang pernah mengeluarkan kenyataan satu waktu dahulu kononnya SAR
adalah tempat lahirnya militant Islam?
89.
Siapakah yang memaki peneroka yang berjuang mempertahankan hak mereka sebagai
‘haramjadah’?
90. Siapa
punya Bajet 15 tahun berturut-turut defisit?
91. Siapakah yang enggan melaksanakan
hukum Hudud dalam keadaan partinya berkuasa untuk berbuat demikian? Soros
ke?
Soalannya siapakah yang lebih bahaya kepada masa depan
negara ini : SOROS atau Para pemimpin Umno/Bn?
No comments:
Post a Comment