Dr Asri : Umno Perlu Undur Sebab Gagal Sekat Politik Wang
Umno harus berundur dari persada politik negara
ekoran pengakuan pemimipinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam
Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai
parti itu.
Saranan itu dibuat oleh bekas Mufti Perlis,
Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana amalan itu menyebabkan negara diterajui
pemimpin yang kaya tetapi tidak semestinya mampu mentadbir negara dengan
bijak.
Selain itu, menurutnya budaya politik wang itu
akhirnya akan melibatkan unsur-unsur rasuah yang akhirnya tidak dapat
dikawal.
“Terima kasih kepada Ustaz Syahrin kerana
menjawab dengan jujur, tetapi saya rasa kalau Umno begitu parah bererti Umno
kena berundur.
“Kita tidak akan dapat keluar dari masalah ini
jika Umno terus dengan cara itu sebab tak kira parti mana akan terpaksa ikut
amalan itu.
“Kerana orang Melayu dah terbiasa memilih
pemimpin bukan kerana ketajaman minda dia, ada idea dan sebagainya tetapi soal
dia banyak duit.
“Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin
Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin
disuburkan,” ujar Dr Mohd Asri dalam program Wacana Sinar bertajuk ‘Peranan
Ulama Menasihati Pemimpin’ di sini hari ini.
Seorang ahli panelis program itu Syahrin Md
Jamaluddin mengakui bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam
mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno.
Syahrin yang merupakan Exco Pemuda Umno berkata
pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber
kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.
Syahrin memberi contoh di mana ahli Umno akan
meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan
keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka.
Sementara itu, seorang lagi panelis Datuk
Siddiq Fadzil pula berkata mekanisma pemilihan pemimpin berdasarkan wang itu
merupakan mekanisma ‘enjit-enjit semut’.
“Ini yang dipanggil mekanisma ‘enjit-enjit
semut’, siapa sakit naik atas,’ jadi mekanismanya begitu, pemimpin yang naik
atas itu juga pemimpin sakit. -TVS
No comments:
Post a Comment