Murid Darjah 6 Jadi Mangsa Kerahan Meramaikan Program Najib.. Ini Buktinya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu
rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang
diberikan serta menepati janji.
“Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap
bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan
itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
“Ini amanah yang kita galas, tidak pernah
khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada
majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai
Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis
anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Najib bercakap soal amanah..
Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan
jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam
satu majlis rasmi kerajaan iaitu 'Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan
Nelayan bersama Perdana Menteri?
Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis
rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden
Parti?
Najib bercakap soal amanah tapi dalam masa yang
sama beliau sendiri tidak tahu membezakan antara tugas yang diamanahkan sebagai
Perdana Menteri kepadanya dan Presiden Parti.
Jika pelajar-pelajar sekolah Menengah digunakan
untuk menyambut kehadiran Najib sebagai Perdana Menteri ianya mungkin bukan satu
masaalah tapi malangnya mereka digunakan untuk menyambut Najib sebagai Presiden
Parti..
Lebih malang lagi.. budak-budak sekolah Rendah
Darjah 6 pun dikerah..
Apa kena mengena budak-budak darjah 6 dengan
Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri ni?
P/S : KALAU BUDAK DARJAH 6 TUE DAPAT MENGUNDI. MESTI KEDAH BN BLEH MENANG. HARAP-HARAP MACAM TU LA...
TAPI KALAU DEPA MELUAT KAT UMNO/BN JUGAK, PASAL TUNGGU 3 JAM LEBIH KAT TEPI JALAN, HARAM NAJIB TAK PI JUMPA DEPA... MAKA AKAN TINGGILAH MAJORITI KEKALAHAN BN ...
No comments:
Post a Comment