Monday, October 29, 2012

UMNO KEDAH : KUBUR KAMI HAMPIR SIAP ...

Mahdzir Khalid hang jangan dok kona banyak sangat, mai jawab soalan2 ni...!!!


"Jawapan Mahdzir sekadar melepas batuk di tangga.."

-YB Abd Ghani Ahmad



Alor Setar - Jawapan yang diberikan oleh Bekas MB, Dato' Seri Mahdzir Khalid berhubung isu 'projek sakit' seperti yang didedahkan oleh Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak adalah tidak meyakinkan rakyat dan sekadar 'melepas batuk di tangga'.


Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad sebagai mengulas kenyataan Mahdzir seperti yang disiarkan oleh agensi berita Bernama.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Ghani yang diedarkan kepada wartawan:

1. Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid serta kerajaan BN terdahulu diminta memberi penjelasan lengkap berhubung empat ‘projek sakit’ yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Rakyat kini terpaksa menanggung beban angkara kerja mereka dahulu.

2. Jawapan yang berikan oleh Mahdzir Khalid seperti dilaporkan oleh Bernama, bagi mengulas kenyataan YAB Dato Seri DiRaja berhubung empat ‘projek sakit’ itu umpama melepas batuk ditangga. Ia juga menggambarkan seolah-olah pihak BN tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah yang mereka cetuskan.

3. Mengenai Yayasan Islam Kedah (YIKed) yang perlu membayar syarikat Long Island RM11 juta kerana tidak memindahkan 15 lot tanah di Tandop, Mahdzir Khalid berkata, masalah itu boleh diselesaikan tetapi ia tidak dilaksanakan. Saya minta beliau terangkan jalan penyelesaiannya, sedangkan bayaran RM11 juta itu adalah perintah mahkamah setelah YIKed kalah dalam kes saman di mahkamah.

4. Kalau Mahdzir Khalid kata ada jalan penyelesaiannya, maka mengapa penyelesaian itu tidak dibuat semasa beliau jadi Menteri Besar? RM11 juta duit rakyat terpaksa dibazirkan untuk membayar tuntutan adalah jumlah yang sangat besar.

5. Mengenai Projek 99 East Langkawi, Mahdzir mengakui tanah terbabit milik beberapa pihak dan bukan milik Permodalan Kedah Berhad (PKB) sahaja. Kenyataan tersebut selari dengan dakwaan Ustaz Azizan Razak bahawa KCB telah menjanjikan tanah (dalam terma perjanjian) yang bukan miliknya. Mahdzir kena jelaskan, bukankah tindakan ini mengundang risiko kerana proses pemilikan tanah dan bayaran premium melibatkan kos yang besar? Bukankah nisbah pemilikan saham 20:80, iaitu hanya 20 peratus untuk KCB adalah sangat kecil? Mengapa pihak asing dibenarkan membuat pemilikan hingga 80 peratus, seolah-olah tindakan mahu menjual negeri?

6. Mahdzir mendakwa, projek ternakan udang pula adalah antara kerajaan negeri dan Kementerian Kewangan dilaksanakan semasa Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar. Persoalannya bukankah perjanjian pengurusan projek yang memperuntuk nisbah keuntungan 40:60 ditandatangani pada 27 Disember 2007 semasa Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar? Kedah Agro (pihak Negeri) mendapat 40 peratus, manakala Kedah Aquaculture (Kementerian Kewangan Diperbadankan) mendapat 60 peratus. Mahdzir kena jelaskan mengapa keuntungan RM6.15 juta pada tahun 2007 tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama yang diwujudkan? Ke mana perginya wang tersebut? Perkara ini disahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membuat keputusan pada 5 Jun 2012 bahawa Kedah Agro tidak mengagihkan keuntungan dan memerintah Kedah Agro membayar RM2.16 juta kepada Kedah Aquaculture. Kedah Agro di bawah pengurusan sekarang terpaksa membayar RM2.16 juta sedangkan duit keuntungan RM6.15 juta itu sudah lesap di zaman BN dulu. Mahdzir tolong jelaskan, adilkah ini?

7. Dalam Projek Jerai International Park pula Mahdzir berkata, projek telah lama dihentikan dan masalah yang timbul hanya membabitkan pembinaan perumahan dan boleh diatasi melalui perbincangan. Soalnya mengapa perbincangan tidak dibuat semasa zaman BN di bawah empat menteri besar (Tan Sri Osman Aroff, Tan Sri Sanusi Junid, Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Seri Mahdzir Khalid)? Sekarang syarikat dari Qatar itu mahu menyaman kerajaan negeri sebanyak RM22 juta, Mahdzir tolong jelaskan ini salah kerajaan BN dahulu atau sekarang? Jika BN yang salah, Mahdzir kena akuinya dan meminta maaf dari rakyat Kedah, jangan berdolak dalik.

No comments:

Post a Comment