Friday, October 19, 2012

TERKINI : PM NAJIB ISYTIHAR YTARIKH PRU 13 ...

Najib terpekik sana-sini, bila PRUnya?
Sangkakala untuk UMNO
Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan kolonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diwujudkan dan menentang Malayan Union.
Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO. Hari ini UMNOlah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka.
Pada tahun 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka daripada berkuasa.

UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan


Calon UMNO lawan calon PAS, UMNO kalah, Melayu juga yang menggantikannya. Calon PKR Melayu lawan calon Melayu UMNO, UMNO kalah, Melayu juga yang jadi MP. Calon DAP Melayu lawan calon BN, BN kalah, Melayu jugak yang jadi MP. Jadi apa masaalah kita kalau UMNO tewas? Dunia Melayu tidak kiamat. Tidak mati orang Melayu jika PM kita bukan Najib Tun Razak. Yang kita hendak banggakan keturunan sangat apa hal? Membangga-banggkan keturunan dan asal usul, ialah perangai Iblis.

Kita jangan sekali-kali memaafkan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelakunya Melayu. Kalau tidak, apa yang saya kata berulang-kali sebelum ini, akan tiba suatu hari pesalah akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita akan kata- tidak mengapa sebab pelaku itu Melayu dan UMNO pulak tu! (
Jangan sampai Umno tiduri isteri anda!)

Rakyat sudah tidak minat dengar cerita dongeng Shahrizat. Apa pun dia kata, tidak memberi kesan kepada orang Melayu. yang orang tahu, RM250juta duit rakyat dikebas keluarganya untuk memewahkan kehidupan mereka. Dia berhenti kerana tidak mahu membebankan UMNO. Hello- antara yang menyuruh dia berhenti ialah pemimpin UMNO jugak, termasuk Dr Mahathir dan Rafidah Aziz. Mustahil, orang UMNO tidak percayakan Mahathir? Dia kan Mursidul am parti syaitan UMNO?


Ketika menyambut permukiman orang UMNO yang diangkut dengan bas di Stadium Bukit Jalil- Najib kata dia nak menghadap Agong. Kenapa tak buat? Paling akhir, Najib kata PRU akan diadakan pada bila-bila masa sebab BN sudah menepati semua janji. Jika demikian mengapa teragak agak lagi mahu mengadakan PRU?

Najib memekik dan menjerit sana-sini untuk menaikkan semangat ahli UMNO. Di kalangan ahli UMNO yang masih setia kepada agenda perjuangan UMNO- membela agama, bangsa dan negara, pekikan dan lolongan tersebut mengangkat semangat. Tapi, mungkin juga kali ini, lebih dari 1 juta ahlinya akan tetap mengundi calon parti lawan. Dalam tahun 2008, calon UMNO hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. 1 juta ahlinya berhijrah kesetiaan.

Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah, agenda terbesar UMNO hari ini ialah, bayar sini dan bayar sana. RM500 setelah 55 tahun, bererti nilai penerima hanya RM2.49 sehari. Peneroka Felda yang mendapat durian runtuh RM20,000 hanya mempunyai nilai 98 sen sehari. Itulah barisan hadapan transformasi luar bandar Najib.

Setiap hari laporan SB, JASA, KEMAS dan MIO berbeza beza. Pening kepala Najib. MIO kata kalau buat PRU, UMNO kalah. Tapi Rais Yatim kata, tak betul- kita boleh menang. Daim kata UMNO selesa dalam 3 buah negeri sahaja. Itu beberapa bulan yang lalu. Hari ini keadaan dalam 3 buah negeri tersebut pun sudah tidak menentu. Melayu Johor bosan tengok TV3¼ (
TV3 kini sudah betul-betul jadi TV3¼), Utusex Malaysia, Berita Hairan. Orang Melaka tidak mahu dilahabaukan lagi. Orang Pahang dan jenuh dengan lanun dan perompak mengondoli bukit dan hutan negeri Pahang.

Hanya ada satu cara hendak membuktikan siapa salah dan siapa betul. Adakan PRU.
 
TARIKH??? tunggu rosmah ....

No comments:

Post a Comment