Kerajaan BN dulu sebat duit Kerajaan PR Lanie pula kena tanggung rugi RM11juta...
TERIMA KASIH SEBAB KENA CUCI TAIK KAMI
Kerajaan tanggung rugi RM11 juta akibat 'arahan
politik' kerajaan terdahulu
Oleh MUSLIM ABDUL RAZAK
ALOR SETAR – Akibat penyelewengan yang berlaku
semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah di
bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11
juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.
MB Kedah mendedahkan demikian semasa sidang
media selepas majlis penyerahan lembu korban di Stadium Suka Menanti.
“Sekarang kita kena bayar sebanyak RM11 juta
kepada Syarikat Senisinga Sdn Bhd disebabkan Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed)
di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah
dipersetujui bersama semasa itu.
“Kita dah kalah kes ni (di mahkamah) dan
sekarang kita pula yang kena bayar. Jika tidak dibayar maka YIked mungkin akan
ditutup. Ini disebabkan pemerintahan yang lepas,” terangnya.
Tambah beliau, selain itu, setelah disiasat
masalah ini didapati pegawai yang bertugas semasa itu mendapat arahan politik
daripada pemerintah semasa itu. “Kerajaan negeri telah
ambil beban tanggung biawak hidup,” katanya.
Sementara itu, kini YIKed telah membayar
sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan
secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment